Cuti sekolah bukan semata-mata masa rehat dari buku dan kelas. Ia juga peluang keemasan untuk anak-anak berkembang dari segi kreativiti, emosi dan hubungan keluarga. Tapi… tak semua ibu bapa tahu apa nak buat di rumah. Jangan risau! Artikel ini akan beri inspirasi aktiviti DIY yang bukan saja fun, murah dan mudah — tapi boleh bantu anak belajar sambil bermain. Siap sedia untuk jadi kawan main anak sepanjang cuti ni?
Buat Slime Sendiri Di Rumah
Slime bukan sekadar mainan viral — ia juga alat bantu sensorimotor dan ekspresi diri anak. Hanya perlukan gam putih, baking soda, air dan sedikit pewarna. Libatkan anak dalam setiap langkah, dari sukatan hingga campur warna. Anak akan rasa seronok, puas dan ‘proud’ hasilkan slime sendiri!
Fakta menarik: Aktiviti seperti slime merangsang deria sentuhan dan bantu kawal stres anak — sesuai sangat untuk anak aktif dan mudah gelisah.
Kraf Guna Barang Terpakai
Daripada kotak susu, gulungan tisu, hingga botol plastik — semua boleh jadi projek seni! Ajar anak buat robot, rumah mini, atau bingkai gambar. Selain jimat, ini juga cara bijak ajar anak tentang kitar semula dan sayang alam sekitar. Bonus: rumah penuh hasil seni anak = priceless memories.
Ads
Fakta menarik: Kajian menunjukkan aktiviti seni seperti melukis dan kraf bantu perkembangan motor halus dan kreativiti kanak-kanak.
Deko Kecil Dalam Rumah
Ajak anak pilih sudut rumah untuk ‘transformasi mini’. Contoh: baca buku bawah khemah kain, susun mainan ikut warna, atau buat wall gallery lukisan sendiri. Aktiviti ni bantu anak rasa ‘ownership’ terhadap ruang mereka — sekaligus pupuk tanggungjawab.
Fakta menarik: Apabila anak diberi peluang ubah ruang sendiri, mereka lebih cenderung untuk menjaganya dengan baik.
Ads
Jurnal Cuti Sekolah Anak
Setiap hari, anak tulis atau lukis apa yang dia buat dan rasa. Tak perlu fancy. Buku kosong, pensel warna, dan sedikit galakan sudah cukup. Ini bukan saja bantu skill menulis dan emosi, tapi juga kenangan berharga bila besar nanti. Boleh juga jadikan aktiviti bonding malam sebelum tidur.
Fakta menarik: Kajian dari Harvard menyatakan, menulis jurnal bantu kawal emosi dan tingkatkan daya fokus anak.
Ads
Projek Masak Mudah Sama-Sama
Sandwic, kek cawan, atau aiskrim homemade — anak-anak pasti teruja bila boleh jadi ‘chef kecil’. Selain ajar kemahiran hidup, mereka juga lebih terbuka untuk makan makanan sihat yang mereka hasilkan sendiri. Jangan risau dapur bersepah, yang penting memori tercipta!
Fakta menarik: Kanak-kanak yang terlibat dalam penyediaan makanan lebih cenderung untuk mencuba dan menikmati makanan sihat.
Cuti sekolah bukan tentang duit banyak atau lokasi mewah. Kadang-kadang, aktiviti paling ringkas di rumah jadi momen paling bahagia untuk anak-anak. Apa yang mereka perlukan hanyalah masa, perhatian dan ruang untuk jadi diri sendiri. Jadi, ayuh ibu bapa — jadikan cuti kali ni lebih bermakna, satu memori yang anak takkan lupa sampai bila-bila!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ayah bukan tiket untuk anda cepat marah pada isteri dan anak-anak kerana kemarahan yang terlalu kerap hanya akan memberi kesan buruk pada emosi anak.
Sebagai ketua keluarga, segala gerak geri ayah diperhatikan oleh isteri dan anak-anak. Ayah adalah ‘superhero’ bagi anak-anak.
Bayangkan sekiranya ayah sebagai ketua keluarga mempunyai kelakuan yang tidak sepatutnya tentu sahaja akan menghasilkan anak-anak yang turut tidak berperibadi mulia.
Ayah jangan cepat marah! Kadangkala ada kalangan ayah yang cepat naik angin walaupun sekadar perkara remeh temeh dilakukan oleh anak-anak.
Bukan bermaksud ayah tidak boleh marah anak-anak. Tetapi biarlah berpatutan dengan jenis kesalahan dan tahap usia mereka.
Ini antara faktor kenapa ayah perlu mengawal api kemarahan terhadap anak-anak dan isteri.
1. Ketika api kemarahan sedang meledak, kita memang mudah menuturkan kata-kata kesat dan kasar tanpa mempedulikan siapa yang kita sedang marahi.
Bayangkan anak anda masih kecil dan hanya terkebil-kebil matanya tatkala anda menengkingnya. Tidakkah anda berasa sayu hati melihatnya?
2. Sebagai ketua keluarga yang sering dianggap hero oleh anak-anak, apa salahnya anda lebih banyak memberi kesedaran kepada anak-anak berbanding asyik memarahi mereka sahaja.
Ia memang tidak mudah apatah lagi anda rasakan perbuatan mereka itu semuanya salah. Tetapi itu bukan cara terbaik mendidik anak-anak.
3. Selain dari itu, ayah juga perlu mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak-anak atau isteri (terutama di hadapan anak-anak).
Walau tahap kemarahan anda sudah seperti gunung berapi yang hendak meletup, jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan kesat dan kasar kepada anak-anak.
Ingatlah ia akan melekat dalam memori anak anda sehingga ke akhir hayat mereka jika anda menghamburkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya.
4. Elakkan juga daripada mengutuk atau menjatuhkan maruah anak di hadapan orang lain.
Anda sendiri tidak suka diperlakukan sedemikian, begitu juga dengan anak anda walaupun mereka masih kecil.
5. Jangan abaikan tanggungjawab untuk menjaga emosi anak-anak. Keperluan itu sangat penting dalam membentuk jati diri anak.
Belajarlah menghargai anak anda, Insha Allah mereka akan menghargai anda kerana anak-anak belajar daripada papa dan mama mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bapak, ini tanda-tanda anak yang kuat ‘bonding’ dengan bapanya.Istilah’anak bapak’ ialah anak yang rapat dengan bapanya merujuk kepada hubungan yang rapat dan penuh kasih sayang antara anak dan bapanya. Hubungan ini sering dicirikan oleh komunikasi yang baik, saling mempercayai, dan menyokong antara satu sama lain dalam pelbagai aspek kehidupan.
Kanak-kanak yang rapat dengan bapa mereka biasanya berasa selesa berkongsi perasaan dan pengalaman, dan mendapatkan nasihat atau sokongan daripada bapa mereka. Hubungan seperti ini boleh memberi impak positif yang ketara kepada perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai sikap tanggungjawab menjadi salah satu kunci kejayaan anak di sekolah dan dalam kehidupannya bila dia dewasa nanti. Kalau nak anak kita bijak, berdikari dan bertanggungjawab maka biasakan dia diasuh dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi.
Kadang-kala sikap ibu bapa yang tak mahu anaknya membuat kerja atau berdikari akan menjadikan anak tidak tahu bertanggungjawab dan terlalu manja. Anak yang bertanggungjawab biasanya akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jadi macam mana cara nak didik supaya boleh berdikari dan bertanggungjawab?
Mula-mula sekali ayah kena mainkan peranan penting. Ayah kena jadi role model kepada anak kerana anak memerhati tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan oleh ayah. Ini antara perkara-perkara yang anda mesti ajarkan pada anak kalau nak mereka membesar sebagai anak yang bertanggungjawab dan berdikari.
1. Ajar anak solat dan mengenal Allah SWT dan Rasulullah s.a.w
Ini perkara asas paling penting yang ayah kena ajar pada anak. Kenalkan Allah dan Rasul kepada anak anda. Ajar mereka solat dan beritahu kenapa kita wajib bersolat. Ia satu tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh semua hamba Allah. Bila anak tahu bersolat dan tahu solat itu wajib, Insya-Allah dia automatik akan jadi anak yang bertangggungjawab.
2. Ciptakan suasana keluarga yang bahagia supaya hubungan antara anak dan ibu bapa tetap terjaga dengan baik
Keluarga yang bahagia akan memberi kesan kepada perkembangan positif anak. Bila mereka selalu melihat kebahagiaan ibu ayah maka secara tak langsung si kecil mudah mendengar kata. Amalan makan sekeluarga, menonton TV sekeluarga atau beriadah sekeluarga antara perkara mudah yang boleh membentuk sikap tanggungjawab dalam diri si kecil.
3. Mengajar anak tentang sesuatu perkara yang baik dan buruk sehingga mereka dapat membezakan mana yang boleh dan tak boleh buat
Biasakan anak diberitahu tentang perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Berikan contoh dan kerap berpesan kepada mereka supaya sentiasa berbuat baik dan berusaha menjadi orang yang baik.
4. Didik anak bertanggungjawab menjaga semua barang kepunyaannya
Sejak kecil lagi biasakan anak tahu menjaga barang kepunyaannya. Contohnya kemaskan mainan selepas bermain, simpan kasut di rak kasut, dan lain-lain perkara mudah yang boleh menjadikan tanggungjawab itu satu kebiasaannya.
5. Ajar anak mengenal masa dan menghargainya
Disiplinkan anak untuk sentiasa menjaga masa. Mula-mula kenalkan jam dan masa kepada mereka dan beritahu kenapa pentingnya manusia menjaga dan menepati masa. Tunjukkan juga contoh anda seorang ayah yang menepati masa.
6. Biasakan anak pandai menggunakan masa dengan cara menyediakan jadual waktu kegiatan seharian
Untuk lebih memahamkan anak betapa pentingnya menjaga masa, sediakan jadual waktu untuknya. Dengan cara ini dia boleh lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
7. Memberikan tanggungjawab pada anak untuk membersihkan barang-barang kepunyaannya
Ajar anak supaya tahu menjaga dan membersihkan barang-barang kepunyaanya. Dengan cara ini dia akan sayang dan menghargai semua barang miliknya. Tanggungjawab ini penting supaya dia tidak mempersiakan barang yang orang beri kepadanya.
8. Didik anak mengakui kesalahan dan tidak berbohong
Ajar anak supaya sentiasa mengakui kesalahannya jika dia berbuat salah. Jangan takut untuk bercakap benar dan bertanggungjawab atas setiap perbuatannya.
9. Melatih anak tidur sendiri sejak kecil dalam biliknya sendiri
Ini juga satu cara ajar anak bertanggungjawab dan berani. Jika anak sudah ada bilik sendiri, sebaiknya ajar mereka tidur dan jaga bilik tidur mereka.
10. Mengajar anak cara membersihkan dirinya seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan dan sebagainya
Kemahiran ini mesti diajar pada anak sejak kecil. Biarkan dia belajar berdikari dan bertanggungjawab menjaga kebersihan dirinya. Kalau anak nak buat sendiri biarkan sahaja tetapi anda pantau keselamatan mereka di bilik air.
11. Melatih anak memakai pakaian sendiri tanpa bantuan dan menyikat rambut
Biasakan anak dengan kemahiran ini sejak kecil lagi. Kalau mereka sibuk hendak pakai pakaian sendiri sejak usia kecil, biarkan sahaja. Jangan halang atau anda sendiri sibuk nak tolong buatkan. Walaupun silap pada awalnya tapi lama-kelamaan dia akan mahir.
12. Mengajar anak mengemas tempat tidurnya setiap kali selepas bangun dari tidur
Bila sudah tidur di bilik sendiri, ajar anak supaya kemas katil dan bilik mereka sebaik bangun dari tidur. Jangan manjakan anak dengan cara anda yang tolong kemaskan.
13. Mengajar anak untuk menolong membuat kerja-kerja rumah yang bersesuaian mengikut tahap usianya
Jangan biarkan anak duduk bersenang-lenang bermain game dan menonton TV sahaja. Biasakan mereka menolong ibu ayah membuat kerja-kerja rumah. Barulah anak ringan tulang dan tahu tanggungjawab!
14. Membiasakan anak untuk tidak malu meluahkan kasih sayang kepada ahli keluarga
Ayah, jangan malu beritahu isteri dan anak-anak yang anda sayangkan mereka. Bila anak tengok dan terbiasa dengan suasana ini, maka dia pun akan hargai ibu ayah dan adik-beradiknya serta tidak malu meluahkan kasih sayangnya.
15. Mengajar anak tentang adab sopan dan peraturan yang mesti dipatuhi dalam kehidupan
Sebagai ketua keluarga, ayah wajib mengajar anak tentang adab sopan dan peraturan penting yang mesti dipatuhi dalam kehidupan untuk menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Okey semua ayah, pastikan anda ajarkan anak anda semua perkara ini kalau nak mereka bertanggungjawab nanti. Ingat, anak yang bertanggungjawab lebih berkeyakinan diri dan mudah berjaya dunia dan akhirat.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 Oktober 2017 menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa Mustajab Di Bulan Ramadan menjadi amalan penting bagi ibu bapa yang mendoakan kebaikan keluarga termasuk doa agar anak menjadi pintar, berilmu dan diberkati Allah.