Semasa kita masih kecil, setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi.
Ada penulisan berbentuk surat rasmi, surat tidak rasmi, perbualan dan pelbagai lagi format penulisan yang lain. Kesemuanya diajar seawal kita masih di bangku sekolah rendah, dan kemahiran penulisan tersebut diasah dengan lebih tajam setibanya di sekolah menengah. Adakah gaya penulisan menggunakan pen atau pensil tersebut merupakan satu-satunya cara berkomunikasi yang diajar semasa berada di sekolah? Atau terdapat kaedah komunikasi lain selain penulisan tersebut?
Lukisan dan contengan juga adalah bentuk komunikasi
Sekumpulan penyelidik daripada Michigan State University, Amerika Syarikat berpendapat, pengajaran penulisan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak perlu lebih daripada sekadar penulisan berasaskan format tertentu atau dengan menggunakan alatan tertentu seperti pensel. Ia perlu lebih daripada ruang lingkup tersebut.
Ads
Mereka mendapati, guru-guru di tadika kurang menggalakkan ‘penulisan’ untuk tujuan berkomunikasi, sebaliknya hanya sekadar penulisan semata-mata. Menurut Hope Gerde, pensyarah di Jabatan Pembangunan Manusia dan Kajian Keluarga, setiap kanak-kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri. Menurut beliau, setiap guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan idea mereka dengan menggunakan apa sahaja jenis ‘penulisan’ yang mereka boleh hasilkan atau gemari. Ini termasuklah cara ‘penulisan’ atau komunikasi melalui lukisan atau contengan.
Terdapat hanya sedikit kajian berkenaan bagaimana guru-guru tadika melihat penulisan pada pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah minat dan keseronokan kanak-kanak tersebut. Amat penting untuk memahami pendapat guru memandangkan pendapat mereka akan mempengaruhi segala arahan pengajaran. Tambahan lagi, menggunakan penulisan sebagai salah satu alat komunikasi adalah cara yang berkesan untuk menguatkan kemahiran menulis pada umur yang masih muda. Ia sememangnya akan meningkatkan kejayaan akademik kanak-kanak tersebut.
Ads
Kurang bimbingan kepada kanak-kanak
Kajian mendapati, sokongan persekitaran seperti ruangan menulis yang telah ditetapkan diwujudkan dalam 94% daripada keseluruhan bilik darjah. Walau bagaimanapun, terdapat perbincangan yang terhad berkenaan bagaimana kanak-kanak diajar untuk menggunakan bahan yang disediakan.
Ads
Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mendapati, secara umumnya guru-guru tadika bersetuju bahawa kanak-kanak menyukai aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun, guru-guru turut menyatakan bahawa terdapat kekurangan daripada segi bimbingan mengenai bagaimana untuk mengajar kanak-kanak tersebut menulis, walaupun mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan.
Mungkin selepas ini, terdapat sedikit kebebasan untuk kanak-kanak mengekspresikan cara komunikasi mereka dengan menggunakan cara yang lain tanpa meninggalkan konsep penulisan sedia ada. Ia bertindak sebagai langkah penambahbaikan kepada konsep sedia ada yang terlalu terhad. Selain itu, guru-guru juga perlu membimbing kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan alatan dalam bilik darjah agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia keibubapaan hari ini, ramai ibu ayah rasa tertekan bila anak belum pandai membaca, terutama bila nampak anak orang lain dah boleh baca buku cerita dengan lancar. Tapi sebenarnya, setiap anak ada masa dan gaya belajar yang berbeza.
Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, beliau berkongsi 7 cara ajar anak membaca yang boleh dijadikan panduan berguna untuk ibu ayah lain. Katanya, jangan sesekali paksa anak atau stres, sebab tekanan hanya akan buat anak hilang minat untuk membaca. Bahaya tau!
Nak tahu macam mana cara dia ajar anak sampai pandai membaca dengan santai? Jom tengok satu-satu.
Mulakan seawal mungkin seawal 6 bulan pun dah boleh bacakan buku cerita. Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam suasana yang sering dibacakan buku dan selalu berkomunikasi akan memiliki kosa kata yang lebih banyak.
Sebelum ajar anak membaca, biar dulu mereka pandai bercakap dan faham arahan. Menurut pakar terapi carakerja (OT), bawah umur 2–3 tahun tak perlu ajar ABC atau 123 lagi, cukup fokus pada perkembangan asas dulu.
Irama dan lagu bantu stimulasi otak anak. Bila anak menyanyi sambil menari, dua-dua belah otak aktif! Kalau guna fonik, boleh guna lagu popular seperti “Abu Ada Ayam” atau lagu ABC. Janji anak enjoy!
Setiap huruf boleh dijadikan aktiviti menyeronokkan. Contohnya, huruf A untuk ayam — guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Biar anak kupas kulit telur tu sendiri.
Aktiviti begini bantu kuatkan motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-tangan. Boleh juga buat “game tabur huruf”: sebut bunyi huruf dan suruh anak cari yang betul. Seronok dan efektif!
Kalau guna fonik, ajar anak gabungkan bunyi seperti /beh/ + /aa/ = ba. Kalau ikut kaedah suku kata pun sama konsep — ‘b’ kawan dengan ‘a’ jadi “ba”.
Ibu ini siap DIY guna muka Hello Kitty, letak huruf satu-satu untuk anak belajar! Nak versi comel lagi, boleh cari flip-card menarik di pasaran.
Bila anak dah boleh gabung dua huruf, teruskan dengan aktiviti suku kata. Contohnya bahagian tubuh: Da-hi, Pi-pi, Da-gu, Ka-ki.
Anak lebih cepat tangkap bila belajar sambil melihat, menyentuh dan bermain — bukan hanya melalui buku. Katanya, dia suka “bawa keluar” isi dari buku jadi benda nyata yang anak boleh pegang dan rasa.
Bila anak dah boleh membaca sedikit, jadikan membaca sebagai rutin bersama. Contohnya, ibu baca satu ayat, anak sambung ayat seterusnya. Tampal poster bacaan di tempat yang mudah dilihat — dinding, peti ais, ruang tamu. Membaca bukan hanya di buku, tapi di sekeliling kehidupan anak.
Pesan ibu ni, “Please jangan stress!” Bila kita tegang, anak pun boleh rasa. Bila kita paksa, minat mereka hilang. Cuba fikir aktiviti yang menarik minat anak, peluk dan puji selalu.
Katanya, setiap hari dia cuma luangkan 5–15 minit untuk aktiviti membaca. Selebihnya, main, main, dan main! Tahu-tahu saja, anak dah boleh membaca dengan lancar.
Cara ajar anak membaca bukan melalui paksaan, tapi melalui kasih sayang, komunikasi, dan keseronokan. Semoga perkongsian ini bantu ibu ayah di luar sana faham bahawa perjalanan membaca anak tak perlu stres — yang penting, enjoy the process dan raikan setiap kemajuan kecil mereka.
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Tidak perlu bermodal besar untuk berikan anak rasa seronok, hanya menggunakan dua bahan ini mereka sudah boleh bermain dengan gembira sambil menajamkan skil motor halus dan menajamkan sensori. Modal yang keluar pun tak sampai RM5!
Puan Umairah Jamaah berkongsi cara mengajak si kecil melakukan aktiviti yang dipanggil messy play dengan tepung dan minyak untuk menghasilkan doh mainan.
Beliau memberitahu anak-anaknya cukup excited dengan aktiviti ini. Ia juga merupakan terapi kepada jari jemari kecil yang mungkin sudah terbiasa dengan hanya menyentuh skrin gajet! Berikut ialah perkongsian beliau,
Anak-anak yang dah biasa slide-slide screen tab atau smart-phone jari diorang ‘kejung’ sikit. Elok la ibu ayah buatkan doh ni sebagai TERAPI atau senaman jari.
Mudah sesangat resepi kali ni sebab guna dua bahan aje. Bahan-bahan pun yang sedia ada kat dapur rumah. Kos bahannya pun murah.
Nama benda ni ‘Cloudy dough’. Sangat-sangat membantu untuk meransang deria-deria kat badan Si Cilik. Kerah otot-otot kat jari jemari tu bergerak dengan lebih baik.
Dah tunggu apa lagi. Jom klik kat setiap gambar untuk arahan lebih jelas.
Dah boleh terus buat. Nisbahnya 4:1. Guna cawan yang sama untuk sukat.
4 cawan tepung jagung. 1 cawan minyak. Guna minyak terpakai pun bagus. Jimat
Gaul bersama untuk hasilkan doh yang buat anak anda gembira. Anda boleh ajak anak gaulkan dua bahan ini untuk rangsangan sensori pada jari jemari mereka.
Siap untuk diguna. Main tekap-tekap menggunakan penerap comel. Buat snow-man. Bina apa saja watak yang anak anak suka.