Penjagaan gigi diperingkat awal amat penting kerana gigi susu memberi ruang sebelum pertumbuhan gigi kekal. Memberus gigi dengan betul amat penting supaya kesihatan gigi anak anda sentiasa bersih dan rapi. Gigi yang rosak mempunyai banyak sebab antaranya makanan yang manis dan cara memberus gigi yang salah.
“Doktor, anak saya suka makan buah je tapi gigi dia dah start rosak, especially yang celah gigi depan, nape ye?”
Kan Dr Izaza ada bagitau, “Gigi rosak ada banyak sebab, antaranya cara berus gigi yang salah dan kedua sebab makanan manis”
Makanan manis ni tak semestinya gula-gula dan coklat tau, tapi makan buah pun boleh rosakkan gigi sebab buah kan manis
Ads
Anak yang suka makan buah memang bagus, sebab buah ni sumber vitamin dan mineral semulajadi yang sihat dan selamat
Cuma gigi jadi tak sihat bila makan buah-buahan yang manis dan sedap tapi, gigi anak tak diberus dengan betul
Sebab tulah Dr Izaza sangat tekankan cara berus gigi yang betul dan kena rajin FLOSS gigi dengan betul di samping berus gigi
“Kenapa kena floss Doktor, berus gigi je tak cukup ke?”
Ads
Bila makan buah, serat buah especially serat buah yang bertali macam buah mangga, buah nanas dan buah nangka, serat buah senang sangat akan melekat di celah gigi
Kalau tak floss gigi lepas makan buah, serat tu akan melekat pada celah gigi dan celah gigi akan rosak disebabkan ada sisa serat buah
Ads
Ingat, makanan yang manis bukan sahaja makanan yang bergula ya. Makanan yang semulajadi manis pun antara salah satu punca gigi rosak
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang masalah gigi, boleh terus follow Dr. Izaza di laman facebook
Sudah banyak kes bayi tersedak susu yang berlaku di Malaysia. Malangnya kebanyakan bayi ini tidak dapat diselamatkan. Kejadian tersedak susu biasanya berlaku kerana bayi tidak diawasi ketika sedang menyusu. Sesetengah bayi yang masih tidak pandai memegang botol susunya sendiri dibiarkan sendiri sambil botol susunya ditahan dengan bantal atau kain.
Di dalam penulisannya, Dr Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan tentang kejadian tersedak susu. Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada kita semua.
Tolonglah jangan duk biar je baby kita tu menyusu sendiri.
Sempit sangat rasa dada ni bila teringatkan kes-kes bayi tersedak susu. Kebanyakannya berlaku kat baby yang umurnya bawah 6 bulan.
Kadang tu ada pengasuh atau parent yang cuai, dia biarkan je baby pegang botol sendiri dan teguk susu tu sampailah tertidur. Lebih dahsyat, ada jugak yang selamba pergi sendal botol tu kat bantal dan pergi buat kerja lain.
Akhirnya susu tu menitik masuk berterusan hingga penuh kembung mulut bayi tu. Sekali dia tarik nafas, terus tersedak sebab susu tadi tu termasuk ke paru-paru dia. Sedar-sedar je dah membiru seorang diri kat dalam buaian.
Sebab tu penting sangat-sangat kena pantau dan duduk dengan anak tiap kali dia menyusu.
Lepas menyusu je paling bagus terus sendawakan dulu si kecil tu. Tak pun posisikan sekejap badan dia dalam keadaan mengiring. Kalau termuntah, tak adalah baby kita tu tersedak sebab nanti ia terus mengalir keluar dari mulut.
Kalau baby menangis, jangan kelam kabut nak sumbat susu je. Periksa jugak mungkin ada keperluan fisiologi lain yang kita belum penuhi. Mungkin pampers dah penuh, boleh jadi dia dah mengantuk sangat.
Risau benar kalau ter overfeeding sampai buatkan perut si kecil tu penuh sangat. Akhirnya nanti tak pasal-pasal dia termuntah dan tersedak.
Cek jugak pengasuh yang jaga anak kita tu. Tak nak lah tersilap serahkan anak kita kat pengasuh yang sebarangan.
Kalau ikutkan guideline JKM, seorang pengasuh sepatutnya paling banyak pun dia boleh jaga 3 orang je kanak-kanak yang berusia bawah setahun. Kalau lebih dari 3 orang, risiko terlepas pandang tu akan jadi sangat-sangat tinggi.
Itu yang anak kecil tersedak sampaikan badan dah keras kaku pun pengasuh kita tak perasan!
Tolong #sebarkan ilmu penting ni terutamanya dengan pasangan yang baru nak terima cahaya mata. Sedih sangat kalau benda tak elok ni berlaku kat bayi kita sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin seminggu awal berbanding tarikh jangkaan, penyanyi Adira Suhaimi bersyukur, urusan melahirkan anak ketiganya berjalan lancar.
Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata bayi perempuan seberat 3.4 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan 8 Ogos lalu jam 1.20 tengah hari.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat dan bayi juga sihat. Cuma, saya masih lemah, mungkin kesan ubat selepas pembedahan.
“Mengikut perkiraan awal, saya dijadualkan bersalin pada 16 Ogos ini, namun dimasukkan ke hospital, malam kelmarin selepas menunjukkan tanda mahu bersalin.
“Mengenai nama, saya memilih pangkal huruf A, sama seperti kakak dan abangnya, cuma masih belum ditentukan. Ada ketika, nama anak itu datang secara spontan,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Terdahulu, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek yang dilahirkan pada 10 Mac 2017, manakala Asan pada 9 September 2018.
Berita gembira itu turut dikongsi suami Adira menerusi Instagram yang menyifatkan, kehadiran bayi itu sebagai rezeki tidak ternilai dalam rumah tangga mereka.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi nampak kecil tapi boleh menggganggu perkembangan anak. Bukan sahaja masalah pertuturan dan penghadaman, ia juga boleh menyebabkan trauma apabila sakit gigi menyerang! Pemilihan ubat gigi berflourida dan tindakan membantu & memantau anak semasa memberus gigi adalah disarankan.
Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab berkongsi mengenai masalah penjagaan gigi anak yang sering dihadapi ibu bapa. Ada ibu bapa yang takut untuk menggunakan ubat gigi berflourida kerana tabiat anak suka menelan ubat gigi kerana tidak pandai untuk meludah semasa memberus gigi.
Sebenarnya pemantauan daripada ibu bapa amat penting kerana anak kecil masih belum pandai memberus gigi dengan baik. Ini supaya semua bahagian gigi dapat dibersihkan dengan baik. Berikut ialah perkongsian beliau;
Seorang ibu membawa anaknya yang berumur 2 tahun ke klinik gigi kerana risau gigi anaknya mengalami kerosakan (karies). Walaupun anaknya belum pernah mengadu sakit gigi, tetapi si ibu risau dengan keadaan gigi anaknya yang mulai hitam-hitam.
“Doc, saya perasan gigi anak saya sekarang ni banyak yang hitam-hitamlah.”
“Anak Puan menyusu botol ke?”
“Aah Doc. Dia hisap susu botol. Tapi tidaklah sampai dia tertidur. Kalau dia tidur pun saya akan cabut botol tu dari mulut dia.”
“Oh macamtu. Puan ada berus atau bersihkan gigi anak tak ya setiap hari?”
“Ya ada Doc. Saya memang berus gigi dia setiap hari guna ubat gigi K***** **** tu. Tapi hairan sebab gigi dia rosak juga. Kenapa ya Doc boleh jadi macamtu? Risau pula tengok gigi dia dah tak cantik dan hitam-hitam gitu.”
“Maaf Puan. Ubat gigi yang Puan guna untuk anak tu, mengandungi fluorida tak ya?”
“Haa tak Doc. Saya tak guna ubat gigi yang berfluorida sebab saya dengar fluorida tu bahaya. Anak saya pula memang suka telan ubat gigi tu. Tu yang saya tak berani nak guna ubat gigi berfluorida.”
Sebenarnya ubat gigi berfluorida ini boleh dan perlu digunakan untuk anak-anak kecil yang sudah mempunyai gigi susu.
Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.
Seperti yang kita tahu, lapisan enamel gigi susu pada kanak-kanak tidak sepadat seperti gigi kekal yang ada pada gigi orang dewasa dan ianya mudah rosak.
Risiko kerosakan akan semakin meningkat jika anak terdedah kepada diet yang tinggi gula serta penggunaan botol susu untuk tempoh waktu yang lama.
Jadi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan ditambah dengan teknik memberus gigi yang betul berupaya untuk menjadi langkah yang berkesan bagi mencegah terjadinya kerosakan gigi.
“Tapi Doc, takpe ke kalau ubat gigi berfluorida tu ditelan oleh anak-anak? Tak bahaya ke?”
Ubat gigi bukanlah sejenis makanan. Ianya adalah bahaya untuk ditelan tidak kira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak kerana ia turut mengandungi bahan kimia yang lain. Jadi jangan biarkan atau biasakan anak anda menelan ubat gigi walaupun ianya tidak mengandungi fluorida.
Disebabkan hal tersebut, maka adalah penting untuk anda memantau dan membantu anak anda untuk memberus gigi.
Jangan biarkan mereka memberus gigi sendiri kerana:
Kuantiti ubat gigi juga perlu diperhatikan. Ini bagi mengurangkan risiko anak menelan sisa lebihan ubat gigi tersebut.
Kuantiti ubat gigi ini adalah penting untuk diperhatikan kerana jika anda membiarkan anak anda menggunakan ubat gigi secara berlebihan, buih yang terhasil akan lebih banyak dan anak akan lebih cenderung untuk menelan sisa ubat gigi tersebut.
Oleh yang demikian, jika anda belum memperkenalkan ubat gigi berfluorida kepada anak anda, mulai sekarang mulalah beralih kepada ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida agar anak anda mendapat manfaat daripadanya dalam usaha kita untuk mencegah gigi mereka daripada mudah menjadi rosak.
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi kanak-kanak yang berada di pasaran sekarang dengan pelbagai perisa yang sesuai dengan cita rasa mereka. Pilihlah jenama ubat gigi apa sekalipun yang digemari oleh anak anda, asalkan ianya mengandungi fluorida.
Jangan kerana sentimen anti fluorida dan fakta yang salah mengenai fluorida yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok tertentu membuatkan anda takut untuk menggunakan ubat gigi berfluorida kepada anak anda.
Ingat, fluorida mengandungi kebaikan yang boleh dimanfaatkan asalkan ianya diguna dalam kuantiti yang betul. Sebab itulah pentingnya anda untuk memantau dan membantu anak anda ketika mereka memberus gigi.
Sekali lagi perlu diingatkan bahawa ubat gigi bukanlah makanan dan ianya adalah berbahaya untuk ditelan tanpa mengira sama ada ianya mengandungi fluorida ataupun tidak.
Jadi jangan abaikan kebaikan serta manfaat fluorida terutama terhadap anak-anak anda hanya kerana anda dimomokkan oleh fakta yang salah berkenaan bahan tersebut.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.