Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa, pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik. Tambah pula masing-masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama dengan sebaiknya.

Walaupun semasa fasa mengandung tu ada ibu yang agak stres kerana alahan, terpaksa berulang alik klinik untuk pemeriksaan kesihatan semua itu tetap dilalui dengan sabar. Cumanya pernah tak kita terfikir kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja sehinggalah kita dapat pengalaman itu untuk kelahiran anak seterusnya.

Nak tahu apa kesilapan dan sindrom anak sulung ini, Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi berkongsi pengalamannya dan mungkin ini juga dilalui oleh kita semua.

Sindrom Anak Sulung

Ini gambar waktu bulan kelima saya jadi mak. Nampak tak apa kesilapan saya dalam tu?
Ya, anak dah 5 bulan. Tapi saya masih pakaikan dia mitten. Mitten kecik pulak tu.Begitulah.

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah. Dari Zero Sekarang Cekap! Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Waktu kali pertama jadi mak, banyak kesilapan saya dah buat. Antara kesilapan lain adalah:

– Biarkan diri stres waktu mengandung. Akibatnya anak lahir jadi bayi yang ‘stres’. Kuat meragam.

– Tak belajar ilmu parenting. Akibatnya, banyak kesilapan parenting. Saya buat. Paling gila, masa saya buat tu, saya yakin saya buat benda betul.

– Manjakan anak dengan pelbagai peralatan bayi. Berjam-jam duduk atas rocker dan walker. Tak banyak tummy time. Akibatnya, banyak perkembangan motornya terjejas.

– Memaksa dan mengajar anak secara keras untuk dia pandai membaca dari kecil. Akibatnya, dia hilang minat belajar dan membaca. Walaupun dari kecil dah boleh membaca.

– Menjadi ibu yang impulsif dalam menghukum. Akibatnya, sampai sekarang saya struggle nak membentuk dirinya yang impulsif bila beremosi.

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah. Dari Zero Sekarang Cekap! Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

IKLAN

Hati-hati ibu ayah. Kesilapan kita mendidik anak sulung boleh menjadi punca utama mereka memiliki ‘Sindrom Anak Sulung’ yang ketara.

Antara contoh sindrom anak sulung yang saya maksudkan adalah :

1️⃣ Memiliki FIXED MINDSET

Harapan yang terlalu tinggi diletakkan pada anak sulung, menyebabkan ibu bapa sukar menerima kesilapan yang dilakukan anak-anak.

Anak-anak dipaksa memenuhi kehendak kita, walaupun ia tidak kena dengan fasa dan fitrah anak ketika itu.

Hasilnya, anak menjadi terlampau perfectionist. Sukar menerima kekurangan dan kesalahan.

Dan bila terbuat salah, mereka cenderung untuk memiliki mindset, “Alaa.. Aku dah salah. Takde harapan dah ni nak betulkan balik. Sekali gagal, totally gagal!”

2️⃣ BOSSY

IKLAN

Bagus untuk kita didik anak sulung jadi seorang yang bertanggungjawab. Tapi, pastikan ia tidak keterlaluan. Sehingga timbul sifat bossy pada anak.

Kadang-kadang, sifat bossy tersebut sampai buat adik-beradik yang lain rasa tertekan.
Disuruh dengan kasar, tak pertimbangkan apa orang lain sedang buat dan susah bertolak ansur.

Bayangkan bila sifat bossy ni anak bawa bila bersosial. Pening orang lain nak melayan oi.
Takut-takut, dia menjadi individu yang tidak disenangi di kalangan kawan-kawan.

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah. Dari Zero Sekarang Cekap! Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan3️⃣ OVERLY SENSITIVE

Anak sulung juga cenderung menjadi seorang yang mudah beremosi. Sebab masa dia kecil dulu, kita tak ada ilmu nak kendalikan emosi mereka dengan baik.

Struktur emosi mereka tak stabil. Mudah runtuh, remuk dan rapuh. Besar pengaruh karektor anak sulung ni tau. Sedikit-sebanyak mempengaruhi karektor adik-adik yang lain. Walaupun kita tahu yang setiap anak dilahirkan dengan karektor yang pelbagai.

Tak percaya, cuba tengok. Ada banyak ketika, adik-adik akan ikut apa yang kakak atau abang dia buat. Yang paling tak seronok, hat-hat buruk tu paling mudah mereka ikut.

Pun begitu, berterima kasih dan hargailah anak sulung kita. Mereka adalah guru yang paling banyak berkorban mendidik kita.

IKLAN

Melalui merekalah kita merasai pengalaman manis kali pertama memegang anak hasil benih sendiri.

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah. Dari Zero Sekarang Cekap! Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

Melalui merekalah, jiwa kita terdidik untuk memahami jiwa anak-anak kecil.

Melalui merekalah kita mendidik diri mengawal bara emosi.

Melalui merekalah kita melalui pengalaman menakjubkan, membesarkan manusia dari proses alam rahim sampai dia dah besar sekarang. Hargai mereka. Sayangi mereka. Tidak pernah terlewat untuk kita betulkan kesilapan. Selagi mana kita usaha bentuk mereka dengan ilmu yang betul.

Kredit: Wawa Shauqi (Influencer Parenting)

Dapatkan set pembelajaran menarik untuk anak-anak di sini. Memang menarik!

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Anak Sulung Mengajar Ibu Ayah. Dari Zero Sekarang Cekap! Cuma Kesilapan Ni Tak Perasan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI