Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr.
Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr dan sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Difahamkan Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya.
Ads
Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
Ads
“Anak saya memberitahu, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi… saya mahu bermain dengan kamu.'” ujarnya.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Tabika Kemas Autisme, bukti kesedaran awam meningkat. Penjagaan dan pendidikan inklusif seperti mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus kepada kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme penting bagi menyokong golongan itu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.
Pensyarah Pendidikan dan Psikologi Kanak-Kanak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Norsuhaily Abu Bakar berkata, dengan adanya tempat pembelajaran khas di kawasan luar bandar itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai autisme.
Menurutnya, persekitaran mesra seperti kelas inklusif, alat bantu pengajaran khas dan tenaga pengajar terlatih amat penting untuk membantu perkembangan kanak-kanak berkenaan.
“Saya melihat usaha ini sangat baik dan menunjukkan kesedaran awam berkenaan autisme semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding 10 tahun lalu.
“Pembelajaran dan pendidikan yang inklusif kepada anak-anak autisme ini secara tidak langsung turut membantu kesihatan mental keluarga yang mempunyai anak istimewa ini.
“Anak-anak yang diberikan pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan mereka akan lebih mudah untuk diuruskan dan ibu bapa juga turut mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.
“Jadi, saya melihat usaha untuk mewujudkan Tabika Kemas khusus untuk autisme ini sangat baik selari dengan jumlah kanak-kanak yang disahkan menghidap autisme semakin meningkat saban tahun,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, Tabika Kemas autisme pertama di Malaysia akan dibuka pada tahun depan di setiap daerah bermula di Melaka dengan mengutamakan anak-anak golongan B40.
Beliau berkata, cadangan pelaksanaan tersebut diterima baik selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Norsuhaily berkata, seiring dengan pertambahan ketara jumlah kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme di negara ini, kesedaran kepada masyarakat, peluang pembelajaran dan pihak yang terlibat secara langsung dalam isu ini perlu diperluaskan lagi.
Beliau berkata, mengambil contoh seperti di United Kingdom (UK) setiap majlis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting alam aspek pembelajaran kepada anak-anak autisme.
Selain itu katanya, ibu bapa yang mempunyai anak autisme juga turut dibantu terutamanya dalam aspek kesihatan mental.
“Justeru, kita berharap pemegang taruh yang terlibat dalam isu autisme ini perlu berganding bahu untuk menyediakan akses pembelajaran, tenaga pengajar yang terlatih supaya anak-anak istimewa ini dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Dulu mak ayah garang, sekarang ibu ayah “jellyfish”? Apa tu?
Kalau dulu kita biasa dengar pasal “tiger parenting” tegas, disiplin ketat, ikut jadual, semua mesti sempurna. Tapi generasi ibu bapa hari ini, terutama Gen Z dan milenial, semakin ramai yang cenderung ke arah gaya jellyfish parenting lembut, empati tinggi, tetapi masih ada struktur.
Menurut laporan Ogilvy Malaysia dan kajian parenting global, lebih 53% ibu bapa muda kini memilih pendekatan jellyfish mereka mahu jadi pendengar, penyokong dan pembimbing, bukan “ketua diktator” dalam rumah.
Bayangkan obor-obor: ia lembut, fleksibel ikut arus, tapi tetap ada bentuk dan keindahan tersendiri. Sama juga dengan jellyfish parenting ibu bapa:
Dengar luahan emosi anak tanpa cepat menghukum
Elak menjerit atau mengugut
Galak anak buat keputusan sendiri
Tapi masih ada rutin dan batas yang jelas
Ia bukan bermakna “ikut suka anak” sebaliknya, ia mencipta ruang yang selamat untuk anak berkembang dengan keyakinan dan kasih sayang.
Tak dinafikan, jadi ibu bapa zaman sekarang bukan mudah. Ada yang bekerja, ada yang berpantang sorang-sorang, ada yang stress sebab tekanan ekonomi. Jadi, ramai ibu bapa rasa pendekatan “lembut tapi berstruktur” lebih sesuai.
Contoh:
Bila anak tantrum, bukan terus marah. Tapi duduk sama-sama, peluk dia, tanya kenapa rasa begitu.
Bila anak enggan tidur, ibu bapa bukan paksa, tapi bincang dan buat rutin tidur yang menyeronokkan.
Kajian daripada FamilyEducation dan Parenthood Global menyatakan bahawa gaya jellyfish ini:
Membantu perkembangan emosi anak
Mengurangkan tekanan dalam rumah tangga
Membina hubungan rapat dan terbuka antara anak dan ibu bapa
Lebih-lebih lagi dalam dunia pasca-pandemik, anak-anak perlukan ruang untuk rasa selamat dan disayangi.
Menariknya, ramai ibu bapa sekarang juga menggunakan teknologi untuk menyokong gaya jellyfish ini:
App AI untuk pelan makanan anak, jadual tidur dan perkembangan emosi
WhatsApp group komuniti parenting untuk luah rasa, cari idea dan sokongan
Video Pa&Ma di YouTube untuk tip real-life daripada pakar & selebriti ibu bapa!
Ada jadual, tapi jangan rigid Bagi anak ruang untuk pilih aktiviti contohnya pilih buku tidur sendiri.
Validasi emosi anak Bila anak marah atau menangis, elakkan “jangan nangis!” cuba “Mama tahu sayang sedih, jom peluk dulu.”
Jadi contoh yang tenang Anak belajar melalui apa yang dia lihat jika ibu bapa cool, anak pun ikut tenang.
Pa&Ma percaya setiap ibu bapa ada cara tersendiri, tapi gaya jellyfish ini sangat serasi dengan dunia hari ini yang mencabar. Kami di Pa&Ma sedia bantu dengan:
Artikel keibubapaan realistik
Webinar percuma bersama pakar
Komuniti sokongan sesama ibu bapa di media sosial
Anak-anak tak perlukan ibu bapa sempurna. Mereka perlukan ibu bapa yang hadir, memahami dan membimbing
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa masyarakat Cina sering dilihat semakin kaya, malah golongan muda mereka sudah berjaya dan bergaya?
Kita sering mendengar ungkapan seperti, ‘Nanti anak saya pandai-pandailah cari harta sendiri, beli rumah sendiri.’ Namun, hakikatnya, ada segelintir kekayaan seseorang itu kerap kali diwarisi dari generasi ke generasi.
Sebagaimana pandangan seorang individ Adam Kelvin, berkata orang kaya tidak bermula dari kosong, mereka mewarisi harta dan aset yang memberi asas kukuh untuk memulakan perniagaan atau pelaburan, membolehkan kekayaan mereka terus berkembang.
Untuk makluman, Adam Kelvin ialah seorang mualaf berbangsa Cina yang berkongsi kisahnya memeluk agama Islam. Perjalanan hidupnya telah menarik perhatian ramai apabila beliau menceritakan cabaran, dugaan, dan proses yang membawa kepada keputusannya untuk memeluk Islam.
Seterusnya ikuti perkongsiannya
RAHSIA ORANG CINA BINA KEKAYAAN
Nak tahu tak rahsia terbesar orang Cina makin kaya? Muda-muda pun dah kaya lagi bergaya.
“Nanti pandai-pandailah anak saya cari harta. Pandai-pandailah dia beli rumah sendiri.” Selalu kan kita dengar orang cakap macam ni?
Sebenarnya orang kaya menjadi semakin kaya adalah kerana warisan. Harta mereka diwarisi oleh anak cucu. Mereka tak mula from zero.
Mereka ada foundation yang kukuh untuk memulakan sesuatu bisnes. Tip untuk jadi kaya bagi beginner. Yang orang cina buat untuk bina kekayaan:
1. Stay di rumah parents buat sementara waktu. 2. Duit yang kita save tu, beli je rumah satu untuk disewakan.
3. Ada yang share duit dengan adik-beradik beli satu shoplot kecil dulu dan mulakan family business. Bukak kedai hardware ke, kedai stationery ke, kedai makan ke. Apa-apa sajalah bisnes family. Start small. 4. Apabila modal dah cukup besar, tak mustahil satu hari nanti akan buka pasar raya! Ini kisah benar ya. 5. Jangan jual hartanah selagi tak ada keperluan. Simpan saja sebagai long term investment. 6. Jangan berebut tanah sekangkang kera tu. Sebaliknya bermuafakat untuk kembangkan harta yang ada untuk gandakan hasilnya.
Kalau korang perasan, negara maju ni rakyatnya dapat kekayaan melalui pewarisan harta. Even dalam Islam pun ada mentioned kan, sebaiknya kita jangan meninggalkan keluarga dalam keadaan meminta-minta.
Apabila tak ada harta ni, kalau jadi apa-apa kat kita, senanglah orang nak jaga anak kita. Tidak menyusahkan mereka kelak. Setiap orang dah cukup struggle untuk membesarkan anak di zaman yang mencabar ni.
Walaupun mungkin ada yang cakap, orang bela anak kita sebab nakkan harta kita. At least, kita dah buat yang terbaik supaya anak kita taklah struggle teruk apabila nak mulakan kehidupannya.
Tapi itulah pentingnya hibah. Sediakan payung sebelum hujan. Semuanya bermula daripada FINANCIAL LITERACY dan FINANCIAL PLANNING.
Kalau korang nampak saya struggle, betullah tu. Saya mula from zero sebab harta ayah saya takkan diwariskan buat saya kerana saya masuk Islam.
Itulah harga yang saya perlu bayar untuk dapatkan secebis hidayah. Setiap pengorbanan, ada harga yang perlu dibayar.
Antara sebab kenapa saya kawkaw buat tuisyen online kerana inilah. Saya sedar saya tak ada tempat lagi nak diharap. Kena usaha sendiri dan tawakal kepada Allah. Dan still, ilmu yang saya peroleh daripada ayah saya dalam pengurusan kewangan, saya dapat apply.
Itu pun dah cukup bagus kerana ilmu yang ada tidak boleh diambil orang. Untung mereka yang mempunyai “UNFAIR ADVANTAGE” ni. Gunakan peluang sepenuhnya dengan baik, insya-Allah, kuranglah satu beban dalam hidup ini.