Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan anak sulung jadi pemarah, mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik-adiknya.
Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive ), anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.
Anak sulung kita selalu nampak tertekan?
Selalunya anak sulung akan hadapi 3 cabaran ini:
1. Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik beradik walaupun bukan salah dia.
Ads
2. Kurang dapat perhatian bila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:
• Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
• Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
Ads
4. Kesannya:
– anak sulung suka memberontak
– jadi pemarah dan pendendam
– terlampau sensitif
– kuat merajuk
– suka berlawan dengan adik
Kesian anak sulung kita. Antara kesemua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah yang masih muda.
Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung.
“Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik-adiknya.”
Tak dinafikan walaupun berada di rumah sepanjang PKP ini namun tugasan yang begitu banyak perlu digalas membuatkan banyak urusan rumah tangga terbengkalai.
Pagi hari selepas masak sarapan, ibu terpaksa membantu kelas PdPR anak sepanjang hari dan kemudiannya menyambung kerja-kerja lain. Kain yang semakin banyak menggunung tinggi tidak sempat dilipat. Inilah masalah ibu.
Jangan biarkan menggunung tinggi, pelakon Fasha Sandha berkongsi tip lipat baju paling pantas untuk meringankan beban ibu-ibu.
Video perkongsian Fasha yang cukup santai itu buat kita terhibur. Malah rasa semangat untuk melibat baju yang tinggi menggunung. Tak perlu pening kepala, jom cuba cara Fasha ini sambil lipat baju anak-anak.
“Thank you Cik Len for sharing, alhamdulillah, time MCO ni dah cekap melipat baju dengan pantas.
“Dulu terkial-kial kita, lipat baju. Alhamdulillah, now boleh lipat 1 baju dalam masa 5 saat.
“Bukan hanya pantas, tapi kemas dan teratur…hihi,” kata Fasha berkongsi.
Malah kata Fasha, memahami masalah ibu-ibu yang berada di rumah dan tiada masa untuk melibat baju sepertinya, dia tergerak hati untuk berkongsi cara yang dicubanya itu.
“Saja nak share ngan followers kesayangan, happy pulak rasanya. Selamat mencuba kesayanganku,” tulis Fasya lagi.
Jadi tak payah pening kepala, apa kata kita cuba cara Fasha pula. Bukan apa, baju yang dilipat cantik pun buat kita dapat kurangkan tekanan berada di rumah. Memang lega bila tengok baju selesai berlipat dan tersusun cantik!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak dan karenah yang pelbagai memang tidak dapat dipisahkan. Rungsing bukan, jika si anak suka membuat perangai tidak tentu masa. Sehubungan itu, pasti anda sudah biasa mendengar tentang penggunaan kaedah Time Out atau Naughty Corner untuk menghukum anak bukan?
Time out adalah kaedah anak sisihkan anak di suatu sudut khusus untuk dia mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, anda tetapkan masa untuk dia berada di situ.
Ya, kaedah ini diyakini adalah hukuman terbaik kepada anak tanpa adanya unsur-unsur kekerasan fizikal. Ia berupaya mengawal kemarahan anak daripada terus bertukar agresif. Sebaliknya menjadi anak yang lebih mendengar kata.
Berdasarkan kajian, ia adalah salah satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak selepas dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya dibuat. Kaedah menyisihkan anak beberapa minit ini menunjukkan bahawa ia lebih berkesan berbanding anda mengugut, memukul dan lain-lain si anak.
Perkongsian maklumat daripada Dr Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan dalam usaha anda mendidik anak menggunakan hukuman bersesuain dengan tahap umurnya. Berikut adalah tempoh yang boleh digunakan untuk hukuman Time Out mengikut umur anak anda.
Anda pasti terpegun melihat perubahan yang bakal berlaku, kesan daripada penggunaan kaedah Time Out atau Naughty Corner ini. Emosi anak akan berubah menjadi lebih tenang dan dia pasti meminta untuk dipeluk dan pada masa yang sama memohon maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukannya.
Dalam pada itu, anda perlu menggunakan kesempatan yang ada ini, dengan menegur kesilapan anak. Nyatakan mengapa ia salah dan apa sebenarnya yang patut dia lakukan. Dengan cara sebegini, diharap ia dapat memberi pengajaran kepada anak ini dan dapat membantu dia mengawal dirinya daripada berterusan membuat perangai di masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita marahkan anak sebab nak didik anak atau kita nak lepaskan kemarahan dan baran kita semata-mata. Ini ramai ibu bapa yang lupa.
Bila anak masih kecil, kita punya lebih kuasa dan autoriti serta kudrat ke atas mereka. Kita gunakan cubitan, rotan, pukulan dan herdikan, penampar, ugutan untuk menakutkan dan memarahi mereka.
Tanpa kita menimbang apakah tindakan itu adalah yang terbaik untuk mereka padahal ianya adalah terbaik di mata kita dan hakikat sebenarnya melepaskan kemarahan kita.
Marah tak salah. Tapi cara melepaskan itu bagaimana. Bagaimana ibu bapa menyalurkan perasaan marah.
Antara punca panas baran ini pada anak ini:
1️⃣ Tak boleh lihat anak buat kesilapan. Pantang tengok.
2️⃣ Expectation melebihi kemampuan anak.
3️⃣ Tak memahami perkembangan dan psikologi kanak-kanak lalu tak tahu apa nak buat, akhirnya marah sajalah.
4️⃣ Faktor luaran seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah di tempat kerja. Tapi dilepaskan pada anak, kerana anaklah powerless dan lemah. Tak boleh nak balas balik.
5️⃣ Childhood memories ibu ayah yang menyakitkan lalu membawa sampai ke tua.
Ini antara punca utama. Kenangan pahit ketika kecil menjadi trigger utama.
6️⃣ Keletihan badan dan emosi ,lalu disemburkan pada anak.
Jadi, punca-punca ini boleh dielakkan, kita boleh betulkan. Berdasarkan buku Prophetic Parenting yang diceritakan oleh Ustazah Asma Harun, disarankan kita tenang dan waras ketika memberi hukuman termasuk memberi pukulan.
Ada panduan digariskan dalam memukul anak, tidak sampai mencederakan dan bukan di tempat yang memudaratkan. Ada had umur yang ditetapkan yang boleh dipukul dan lebih baik kita membaca bismillah ketika memukul dan niatkan kerana Allah untuk mendidik anak yang diamanahkan pada kita.
Dan sekiranya ketika kita memukul, anak kita tersebut Allah, kesan sakit dipukul, disarankan kita berhenti memukul. Bukan kita tambah memukul.
Cuba kita muhasabah sepanjang kita menjaga anak, sepanjang kita terpaksa menggunakan pukulan sebagai cara mendidik, adakah niatnya betul-betul mendidik dan mengikut panduan agama?
Atau sekadar melepaskan amarah semata dan menggunakan akal dan perasaan semata tanpa melihatkan adab memukul anak?
Muhasabah bahagian badan manakah yang dipukul oleh tangan kita? Memudaratkan atau tidak? Adakah pukulan kita itu mendapat ganjaran pahala dari Allah dengan niat mendidik dan memberi pengajaran, atau mendapat dosa kerana menzalimi anak kita sendiri?
Hukuman dengan pukulan ini jalan terakhir untuk mendidik. Sirah nabi membuktikan nabi mengutamakan nasihat secara berhikmah, memahami perkembangan kanak-kanak, sentiasa memberikan kasih sayang.
Ada yang dah pukul anak usia 2 tahun, 3 , 4 tahun, 6,7 8 tahun. Guna getah paip, hanger, dan macam-macam lagi.
Ya Allah, kesian anak. Apa yang boleh kita expect dari anak-anak umur sekitar itu. Masih membesar, masih belajar. Ada yang kata, dulu pun saya dibesarkan dengan cara pukulan, jadi je orang.
Persoalannya, orang yang bagaimana? Adakah kita mampu kawal emosi? Mampu mengurus emosi yang datang? Percaya atau tidak, pasti ada kesannya.
Antaranya, kita sendiri jadi panas baran, jadi takut nak buat silap, jadi sensitif terlebih, jadi suka berikan expectation tinggi pada anak, kita sendiri ada low self esteem, kurang yakin diri, rasa diri tak cukup baik.
Ini semua kesannya upbringing tersebut. Bila bermohon pada Allah, untuk jadi orang yang sabar. Kena terima bahawa Allah akan berikan gelanggang untuk kita melatih sabar.
Tiada yang akan terus jadi sabar sekelip mata. Jika ibu bapa, gelanggangnya anak-anak.
Jika isteri atau suami, gelanggangnya pasangan. Jika kita seoarang anak, gelanggangnya ibu bapa. Dan sebenarnya, kita adalah hamba Allah, jadi gelanggangnya adalah dunia yang sementara.
Itulah yang perlu kita semat dalam kepala. Sentiasalah berdoa agar Allah kuatkan kita, para ibu bapa untuk mendidik anak dengan iman dan ilmu, bukan dengan nafsu dan amarah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!