Berita baik untuk semua ibu bapa atau waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tujuan daftar kelahiran, anda kini boleh membuat urusan tersebut secara atas talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Dikongsikan cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (atau terus scan QR code dalam poster di atas).
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  4. Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah.
  5. Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
    i. Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
    ii. Klik Log Masuk jika sudah mendaftar
  6. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  7. Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    i. Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;
    ii. Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
  8. Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my.
  9. Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
  10. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  11. Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  12. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  13. Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.
    daftar kelahiran online JPN

IKLAN

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN

  1. Pengguna hendaklah membaca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.
  2. Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang
    Setuju untuk meneruskan permohonan.
  3. Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Teruskan dan klik butang “Daftar”.
  5. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.
  6. Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  7. Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

IKLAN

*Rujuk manual oleh Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di SINI.

IKLAN

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

ARTIKEL MENARIK [“Kakak Penyelamat Adik!”. Penyakit Genetik Pertama Di Malaysia, Dalam 1.6 Juta Seorang Je]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Perempuan Sahaja? Buatlah Hibah Harta. Tiada Pewaris Anak Lelaki Antara Golongan Kritikal]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)