Anak Susah Bangun Pagi? Cuba 3 Trik ‘Magik’ Ini Dulu

Share

Bangun pagi boleh jadi cabaran besar untuk ibu bapa — anak liat bangun, moody, dan akhirnya semua orang tertekan sebelum sempat keluar rumah. Tapi sebelum kita label anak sebagai “malas”, mari kita faham kenapa, apa kesannya dan bagaimana nak bantu mereka dengan cara yang berkesan dan berempati.

Kenapa Anak Susah Bangun Pagi?

Tidur Tidak Mencukupi

Menurut American Academy of Sleep Medicine, kanak-kanak berusia,

  • 3–5 tahun memerlukan 10–13 jam tidur sehari.

  • 6–12 tahun memerlukan 9–12 jam tidur sehari.

Jika anak tidur lewat tetapi masih perlu bangun awal untuk ke sekolah, mereka sebenarnya kekurangan tidur. Ini menyebabkan sukar bangun, emosi tidak stabil dan hilang fokus.

Tiada ‘Body Clock’ Yang Konsisten

Badan kita ada jam biologi dalaman

(circadian rhythm). Tanpa rutin tidur yang tetap, jam ini jadi keliru — anak tak rasa segar walaupun cukup jam tidur.

Otak Masih Dalam Fasa Tidur Dalam (Deep Sleep)

Kanak-kanak berada lebih lama dalam fasa deep sleep berbanding orang dewasa. Sebab itu kadang-kadang kita kejut anak berkali-kali, tapi mereka masih lena seperti batu.

Keburukan Jika Anak Kerap Bangun Lewat

Ganggu Pembelajaran di Sekolah

Kajian oleh National Sleep Foundation menunjukkan bahawa pelajar yang cukup tidur mempunyai pencapaian akademik lebih baik dan kurang masalah tingkah laku. Jika anak bangun lewat, mereka:

  • Mengantuk semasa kelas

  • Tidak dapat fokus dengan baik

  • Cenderung tertinggal pelajaran

Menjejaskan Emosi dan Sosial

Kurang tidur atau bangun dalam keadaan tertekan menyebabkan:

  • Mudah marah, tantrum

  • Hilang motivasi

  • Sukar bergaul dengan rakan sebaya

Membentuk Tabiat Tidak Sihat

Jika dibiarkan berterusan, anak akan terbiasa:

  • Tidak menepati masa

  • Bergantung pada orang lain untuk bangun

  • Sukar mengurus masa apabila dewasa kelak

Tips ‘Magik’ Bantu Anak Bangun Pagi Dengan Tenang & Gembira

Rutin Malam Yang Konsisten

  • Tetapkan masa tidur tetap setiap hari termasuk hujung minggu.

  • Elakkan skrin (TV, tablet, telefon) 1 jam sebelum tidur.

    • Cahaya biru dari skrin mengganggu penghasilan melatonin – hormon tidur semulajadi.

  • Galakkan aktiviti seperti:

    • Bacaan buku cerita

    • Urutan ringan

    • Doa bersama

Tip tambahan: Guna ‘sleep chart’ atau pelekat motivasi jika anak suka visual.

Kejut Dengan Cara Emosi Positif

  • Kajian menunjukkan bahawa sentuhan lembut dan nada suara mesra membantu menurunkan hormon kortisol (stres) dan tingkatkan oksitosin (hormon kasih sayang).

  • Contoh:

    • “Abang, hari ni mama masak roti telur kegemaran abang. Jom bangun sayang…”

    • Sentuh perlahan bahu, dahi atau tangan.

Elakkan:

  • Jeritan kasar

  • Ugutan (“Kalau tak bangun, tinggal!”)

Anak Pilih & Rancang Sendiri Rutin Pagi

  • Libatkan mereka sediakan pakaian dan beg sekolah malam sebelumnya.

  • Boleh sediakan carta ‘Rutin Pagi’ berwarna-warni:

    • Bangun > Gosok gigi > Pakai baju > Sarapan > Siap

Beri ganjaran kecil jika mereka berjaya ikut jadual. Contohnya:

  • “Kalau bangun awal 5 hari berturut-turut, boleh pilih menu sarapan hari Jumaat!”

Bangun Pagi Boleh Jadi Momen Kasih Sayang

Dengan pemahaman dan pendekatan yang betul, pagi bukan lagi masa yang memenatkan atau penuh drama. Ibu bapa adalah pencorak awal disiplin masa anak. Bila kita ubah pendekatan – dari arahan keras kepada empati, dari kelam-kabut kepada struktur – anak juga akan belajar bangun dengan lebih ceria dan bersedia untuk hari yang produktif.

Published by
Noel