Bangun pagi boleh jadi cabaran besar untuk ibu bapa — anak liat bangun, moody, dan akhirnya semua orang tertekan sebelum sempat keluar rumah. Tapi sebelum kita label anak sebagai “malas”, mari kita faham kenapa, apa kesannya dan bagaimana nak bantu mereka dengan cara yang berkesan dan berempati.
Kenapa Anak Susah Bangun Pagi?
Tidur Tidak Mencukupi
Menurut American Academy of Sleep Medicine, kanak-kanak berusia,
3–5 tahun memerlukan 10–13 jam tidur sehari.
6–12 tahun memerlukan 9–12 jam tidur sehari.
Jika anak tidur lewat tetapi masih perlu bangun awal untuk ke sekolah, mereka sebenarnya kekurangan tidur. Ini menyebabkan sukar bangun, emosi tidak stabil dan hilang fokus.
Tiada ‘Body Clock’ Yang Konsisten
Badan kita ada jam biologi dalaman (circadian rhythm). Tanpa rutin tidur yang tetap, jam ini jadi keliru — anak tak rasa segar walaupun cukup jam tidur.
Ads
Otak Masih Dalam Fasa Tidur Dalam (Deep Sleep)
Kanak-kanak berada lebih lama dalam fasa deep sleep berbanding orang dewasa. Sebab itu kadang-kadang kita kejut anak berkali-kali, tapi mereka masih lena seperti batu.
Keburukan Jika Anak Kerap Bangun Lewat
Ganggu Pembelajaran di Sekolah
Kajian oleh National Sleep Foundation menunjukkan bahawa pelajar yang cukup tidur mempunyai pencapaian akademik lebih baik dan kurang masalah tingkah laku. Jika anak bangun lewat, mereka:
Mengantuk semasa kelas
Tidak dapat fokus dengan baik
Cenderung tertinggal pelajaran
Menjejaskan Emosi dan Sosial
Kurang tidur atau bangun dalam keadaan tertekan menyebabkan:
Ads
Mudah marah, tantrum
Hilang motivasi
Sukar bergaul dengan rakan sebaya
Membentuk Tabiat Tidak Sihat
Jika dibiarkan berterusan, anak akan terbiasa:
Tidak menepati masa
Bergantung pada orang lain untuk bangun
Sukar mengurus masa apabila dewasa kelak
Tips ‘Magik’ Bantu Anak Bangun Pagi Dengan Tenang & Gembira
Rutin Malam Yang Konsisten
Tetapkan masa tidur tetap setiap hari termasuk hujung minggu.
Elakkan skrin (TV, tablet, telefon) 1 jam sebelum tidur.
Cahaya biru dari skrin mengganggu penghasilan melatonin – hormon tidur semulajadi.
Galakkan aktiviti seperti:
Bacaan buku cerita
Urutan ringan
Doa bersama
Tip tambahan: Guna ‘sleep chart’ atau pelekat motivasi jika anak suka visual.
Kajian menunjukkan bahawa sentuhan lembut dan nada suara mesra membantu menurunkan hormon kortisol (stres) dan tingkatkan oksitosin (hormon kasih sayang).
Contoh:
“Abang, hari ni mama masak roti telur kegemaran abang. Jom bangun sayang…”
Sentuh perlahan bahu, dahi atau tangan.
Elakkan:
Jeritan kasar
Ugutan (“Kalau tak bangun, tinggal!”)
Anak Pilih & Rancang Sendiri Rutin Pagi
Libatkan mereka sediakan pakaian dan beg sekolah malam sebelumnya.
Boleh sediakan carta ‘Rutin Pagi’ berwarna-warni:
Bangun > Gosok gigi > Pakai baju > Sarapan > Siap
Beri ganjaran kecil jika mereka berjaya ikut jadual. Contohnya:
“Kalau bangun awal 5 hari berturut-turut, boleh pilih menu sarapan hari Jumaat!”
Bangun Pagi Boleh Jadi Momen Kasih Sayang
Dengan pemahaman dan pendekatan yang betul, pagi bukan lagi masa yang memenatkan atau penuh drama. Ibu bapa adalah pencorak awal disiplin masa anak. Bila kita ubah pendekatan – dari arahan keras kepada empati, dari kelam-kabut kepada struktur – anak juga akan belajar bangun dengan lebih ceria dan bersedia untuk hari yang produktif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak-anak dalam zaman moden seperti hari ini banyak cabarannya. Anak-anak sentiasa terdedah dengan bahaya. Sama ada yang mengancam keselamatannya mahupun yang memberi kesan kepada emosinya.
Sebagai ibu bapa, kita boleh mencuba sehabis baik untuk menjaga dan memantau keselamatan anak-anak, tetapi ada cara lain yang boleh kita amalkan sebagai satu inisiatif bertawakal kepada-Nya.
Salah satunya adalah dengan mengalamkan membaca doa perlindungan untuk anak-anak seperti yang diajarkan oleh Nabi sendiri. Doa ini dikongsikan oleh penceramah agama, Imam Muda Asyraf di laman Instagramnya.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur. . . Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق
“Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة
A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak, banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Antaranya keluar mencari nafkah dan kedua-dua ibu ayah perlu bekerja. Jadi kita terpaksa membuat pilihan untuk menghantar anak ke taska, tadika mahupun sekolah.
Jika berasa risau dan gusar, seeloknya amalkan doa ini untuk memohon perlindungan dari ALLAH SWT sebagai usaha untuk memohon anak-anak sentiada dalam keadaan selamat.
Tanpa kita sedar, waktu makan sebenarnya waktu yang sangat penting terutama dalam perkembangan motor anak-anak. Setiap suapan, sentuhan anak dengan makanan sebenarnya dia sedang belajar bau, rasa untuk melatih sensori, gerakan lidah sebagai persediaan untuk bercakap.
Sebenarnya banyak lagi yang anak belajar melalui aktiviti makan. Jadi jangan sia-siakan waktu makan anak dengan memberi gajet. Cuba luangkan masa untuk melatih semua deria anak-anak. Ikuti perkongsian penuh.
BAGI ANAK GADGET SEMASA MAKAN? JANGAN BIARKAN ANAK TERLEPAS KEMAHIRAN-KEMAHIRAN INI.
Adakah anda berikan gadget pada anak semasa makan? Ramai ibubapa yang merasakan penggunaan gadget semasa makan bagaikan memberi kesan yang “positif” pada anak mereka. Adakah anda pasti kesannya begitu? Ada banyak sangat alasan yang selalu ibubapa berikan apabila ditanya mengenai pemberian gadget pada anak ketika waktu makan. Antara alasan utama yang sering didengari adalah:
(i) “Anak saya makan banyak bila saya bagi gadget. Kalau saya tak bagi, sikit je lah yang anak saya akan makan dan dia macam geli dan tak nak makan makanan yang saya hidangkan tu. Tapi bila saya bagi dia gadget, boleh pula dia makan.”
(ii) “Anak saya akan duduk diam semasa makan kalau saya buka video kartun atau lagu kegemaran dia. Jadi anak saya tak akan lari merata-rata dan lebih mudah untuk saya nak suap makanan pada dia. Tak ada la bersepah makanan.”
(iii) “Anak saya mengamuk kalau saya tak bagi gadget semasa makan tu. Bila saya dah bagi baru dia senyap. Tenang sikit kami sekeluarga nak makan.”
Makan adalah salah satu aktiviti rutin. Anda tahu tak bahawa semasa makan, anak boleh belajar pelbagai jenis kemahiran. Kalau anda berikan anak gadget ketika waktu makan, banyak kemahiran yang anak boleh dapat dan belajar akan TERLEPAS.
Walaupun anda nampak tindakkan anda memberi anak gadget semasa makan seperti ada kesan yang “positif” kerana anak dapat duduk diam dan makan dengan banyak, tetapi anda perlu tahu bahawa diam tersebut tak semestinya bererti anak anda ada fokus dan perhatian yang baik. Adakah anak anda sedar dengan keadaan sekelilingnya? Adakah anak tahu apa makanan yang dimakan olehnya? Dia respond tak apabila nama dia dipanggil?
Walaupun anak makan banyak bila diberi gadget, ia tak bererti mereka berselera. Mungkin anak tidak sedar dengan makanan yang masuk ke dalam mulutnya kerana tumpuan anak pada masa itu tertumpu kepada gadget. Jadi anak hanya buka mulut tanpa melihat makanan yang dimakan. Sebab itu la apabila anda cuba tak bagi anak gadget, anda akan nampak mereka makan sikit je. Jangan putus asa ya. Mula-mula memang akan jadi macam tu sebab anak dah lama terdedah dengan gadget dan dia tak sedar dengan apa yang sedang terjadi pada diri dia serta sekelilingnya.
Sekiranya anda perhatikan betul-betul, kebanyakkan kanak-kanak yang makan bersama gadget selalunya akan ada masalah memilih makanan, ada masalah tingkahlaku dan ada juga yang lambat bercakap. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang sepatutnya anak anda pelajari dan dapat ketika melakukan rutin makan ini telah terganggu dengan adanya penggunaan gadget ini.
Antara kemahiran yang anak boleh pelajari ketika makan adalah:
1. Kemahiran oral motor
– Anak dapat melatih fungsi lidah, bibir, pipi dan rahang ketika makan makanan dari pelbagai jenis tekstur. Ianya dapat membantu untuk merangsang bahagian oral motor mereka untuk bercakap serta dapat mengelakkan anak dari memilih makanan.
2. Kemahiran sensori
– Anak dapat belajar untuk merangsang bahagian sensori mereka ketika waktu makan. Contohnya anak memegang buah tembikai. Buah tembikai kan berair dan apabila semakin kering, tangan akan melekit. Jadi, anak akan belajar untuk merangsang deria sentuhan mereka. Selain itu juga, semasa makan, anak dapat merangsang deria-deria yang lain seperti bau, rasa, penglihatan, pendengaran dan lain-lain. Kalau anak kurang rangsangan deria-deria ini, anak berpotensi untuk memilih makanan, tak suka disentuh, tak dapat fokus pada sesuatu perkara yang dibuat dan sebagainya.
3. Kemahiran sosial & komunikasi
– Anak dapat berinteraksi dua hala dengan ibubapa ketika makan dan ibubapa dapat tambahkan input bahasa pada anak. Ketika waktu makan, macam-macam perkataan yang anda boleh ajarkan pada anak. Contohnya “Emmph! Manisnya BUAH ni!”, “Adik makan nasi”.
4. Kemahiran koordinasi mata & tangan
– Anak dapat belajar cara mengawal pergerakkan tangan. Sebagai contoh, mereka dapat belajar bagaimana tangan membawa makanan masuk ke dalam mulut, nampak dan kutip makanan yang jatuh, ambik cawan yang berada dihadapannya, meneguk air dari cawan dan lain-lain. Kemahiran ini penting dalam membantu anak anda untuk menulis nanti.
5. Fokus
– Anak akan belajar untuk fokus pada makanan yang dia makan. Maksudnya anak anda sedar tentang makanan yang dimasukkan dimulutnya, bagaimana rasa tekstur makanan tu, bagaimana cara dia gigit, kunyah dan telan makanan tu. Fokus dan sedar dengan setiap perkara yang berlaku ni sangat penting. Kalau tak ada fokus dan tak sedar, anak tenggelam dengan dunianya sendiri.
6. Kemahiran motor halus dan motor kasar
– Kedua-dua kemahiran ini melibatkan pergerakkan. Semasa makan, anda boleh latih anak untuk meningkatkan kekuatan motor halus & motor kasar mereka. Ianya penting bagi membantu anak untuk melakukan aktiviti rutin dan menulis nanti. Contohnya, anda boleh ajak anak sama-sama sediakan makanan seperti mengacau air, tuang tepung, seduk nasi, cubit isi ayam dan lain-lain.
7. Kemahiran mendengar dan faham arahan
– Semasa waktu makan, ibubapa berpeluang mengajar anak untuk mendengar arahan yang diberikan kepadanya. Contohnya, anda minta anak untuk letakkan buah atas pinggan, letak cawan atas meja dan sebagainya. Ajar anak untuk ikut arahan anda. Kemahiran ini juga penting untuk membantu anak bercakap.
8. Kemahiran meniru
– Meniru adalah salah satu kemahiran asas dalam pra pertuturan. Tetapi ianya ada langkah tersendiri. Mula-mula tiru aksi, kemudian tiru bunyi, selepas itu meniru perkataan dan kemudian barulah meniru ayat. Jadi, anda sedar tak yang mana ketika makan pun anda boleh ajar anak bercakap. Ajar anak tiru aksi anda dulu. Contohnya anda kacau air dalam cawan, ajak anak sama-sama kacau air dalam cawannya.
9. Kemahiran meminta
– Apabila anda ajar anak kemahiran meminta ketika waktu makan ini, secara tidak langsung anda ajar anak untuk beri eye contact pada anda. Contohnya anak nak ayam. Ajar anak untuk sebut perkataan nak. “Adik NAK ayam”
10. Kemahiran menunjuk
– Anak dapat belajar untuk berkomunikasi bersama ibubapa dengan cara menggunakan gerak badan (gesture). Ini kerana, menunjuk adalah sejenis bentuk komunikasi. Ketika makan, anda boleh ajar anak untuk tunjukkan makanan atau minuman yang anak mahukan.
11. Melatih kognitif anak
– Apabila makan, anak dapat melatih kognitif mereka. Contohnya sekiranya air tertumpah, apa reaksi mereka? Sekiranya mereka tak berjaya nak ceduk nasi menggunakan sudu, apa yang mereka akan buat? Adakah mereka akan memanggil anda? Adakah mereka akan menjerit? Perkara ini melatih anak untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran tingkahlaku
– Anda dapat ajar anak adab ketika dimeja makan. Contohnya basuh tangan dahulu sebelum makan, tutup mulut semasa kunyah makanan, tidak meludah makanan, tidak menganggu orang lain yang sedang makan bersamanya.
13. Kemahiran survival
– Ibubapa perlu sedar bahawa apabila anak dah masuk ke tadika atau sekolah, tak ada orang akan pantau sama ada anak makan banyak atau sikit. Anak anda perlu berdikari. Mereka kena makan sendiri dan tak ada orang yang akan suapkan makanan kepada mereka. Oleh itu, sewaktu makan, anda boleh ajar pada anak untuk makan sendiri tanpa bersuap.
Jadi rugi sangat sekiranya anda melepaskan peluang untuk anak belajar dan dapatkan kemahiran-kemahiran ini. Hentikan pengunaan gadget pada anak ketika makan. Yang merumitkan lagi keadaan adalah apabila anak didedahkan dengan gadget dari usia muda yang mana sepatutnya kemahiran-kemahiran mereka berkembang ketika itu. Sayang sangat tau kalau anak tak dapat belajar semua ni ketika makan. Sebab makan tu adalah rutin harian. Jadi ia adalah perkara yang kita akan buat setiap hari. Apa-apa pun, saya harap semoga anda dapat faham dan nampak kenapa gadget tidak disarankan untuk anda berikan pada anak ketika waktu makan ya. Kita nak anak dapatkan kesemua kemahiran-kemahiran yang telah saya terangkan di atas. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.