Ads

Anak Susah Fokus? Ini Punca Sebenar & Cara Bijak Ibu Ayah Atasi Dengan Berkesan

Anak susah fokus sekarang ni memang jadi kerisauan ramai ibu ayah. Baru duduk belajar 5 minit, dah gelisah. Baru pegang buku, mata dah melilau cari benda lain. Kita pun mula tertanya-tanya, normal ke ni? Atau ada sesuatu yang kita terlepas pandang dalam perkembangan mereka?

Sebenarnya, fokus bukan sekadar “boleh duduk diam lama-lama”. Ia berkait rapat dengan perkembangan otak, emosi dan juga cara hidup harian anak. Lagi-lagi untuk anak kecil, fasa ini sangat penting untuk merangsang perkembangan brain mereka supaya lebih peka, responsif dan bersedia untuk belajar.

Menariknya, pakar motivasi Tengku Asmadi pernah kongsikan bahawa anak yang tak fokus selalunya bukan sebab malas, tetapi kerana beberapa faktor yang kita sendiri tak sedar. Antaranya, otak mereka penat, persekitaran tak sesuai, dan mereka sendiri tak nampak “kenapa” perlu belajar.

Jadi sebelum kita cepat marah, mungkin kita kena ubah cara kita melihat situasi ini dulu. Tapi persoalannya, kenapa makin ramai anak nampak hilang fokus? Apa sebenarnya yang menyumbang kepada keadaan ini?

5 Sebab Anak Susah Fokus Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

 

Anak Susah Fokus? Ini Punca Sebenar & Cara Bijak Ibu Ayah Atasi Dengan Berkesan

1) Masa Tidak Dipantau → Ketagihan Gajet

Kini penggunaan gajet memang jadi kebiasaan. Tapi bila tak dikawal, ia boleh bertukar jadi ketagihan.

Tanda paling jelas?
Anak terlalu leka dengan tablet sampai tak mahu makan. Dipanggil tak dengar. Bila gajet diambil, terus mengamuk, menjerit, baling barang, malah ada yang bertindak agresif.

Ads

Ibu ayah kena tahu, ketagihan gajet boleh menyumbang kepada masalah seperti ADHD, speech delay, kesukaran bersosial, malah boleh membawa kepada kemurungan. Lebih awal terdedah tanpa kawalan, lebih besar kesannya terhadap anak susah fokus.

2) Gajet Buat Anak Hilang Fokus & Jadi Pasif

Bila terlalu lama dengan gajet, anak mula “disconnect” dengan dunia sebenar. Mereka kurang berinteraksi, kurang bergerak, dan perkembangan jadi tak seimbang.

Kajian oleh Russian Psychological Society (2013) menunjukkan kebergantungan kepada gajet berkait rapat dengan perubahan psikologi dan keperluan emosi anak.

Kesan dia? Susah fokus bila belajar, mudah terganggu dan cenderung tidur lewat. Bila tidur tak cukup, anak jadi cepat marah, daya ingatan lemah dan kemahiran sosial pun terjejas.

3) Tiada Keseimbangan Antara Belajar & Bermain

Dalam hidup ini, semua benda perlukan keseimbangan. Kalau anak terlalu banyak masa dengan game atau media sosial, hidup dia jadi “flat” — tak ada arah. Mereka tak explore benda baru, tak cabar diri, dan akhirnya cepat bosan.

Sebab itu penting sangat ada jadual harian, ada masa belajar dan masa bermain serta rutin yang konsisten. Bila ada struktur, anak lebih mudah disiplin dan tidak mudah hilang fokus.

Ads

4) Nutrisi Tak Cukup Untuk Perkembangan Otak

Ramai tak sedar pemakanan sangat mempengaruhi fokus anak. Otak perlukan nutrisi yang betul untuk berfungsi dengan baik. Kalau diet tak seimbang, memang susah anak nak fokus lama.

Antara makanan yang bantu perkembangan otak:

  • Avokado
  • Salmon
  • Brokoli
  • Beri biru
  • Rumpai laut
  • Chia seed
  • Epal

Selain “makanan jiwa”, badan juga perlukan “fuel” yang betul supaya perkembangan anak lebih seimbang dan menyokong daya tumpuan.

5) Tiada Peraturan Di Rumah

Rumah bukan sekadar tempat rehat, ia juga tempat anak belajar kehidupan.

Ads

Kalau tiada peraturan:

  • Anak bebas dengan gajet
  • Tiada had masa
  • Tiada rutin jelas

Akhirnya anak jadi sukar dikawal dan kurang disiplin.

Ibu ayah perlu ambil peranan sebagai “guru” di rumah. Tetapkan had masa skrin, bahagikan masa aktiviti keluarga dan belajar, serta didik anak menggunakan gajet secara sihat.

Perbaiki Sistem, Bukan Salahkan Anak

Kesimpulannya, anak susah fokus bukan semata-mata “masalah sikap”. Ia adalah gabungan gaya hidup, emosi, persekitaran dan cara kita sebagai ibu ayah mengurus rutin mereka.

Kadang bukan anak yang perlu diubah terlebih dahulu, tetapi sistem di sekeliling mereka. Bila kita mula perbaiki persekitaran dan rutin harian, perubahan pada anak akan datang secara semula jadi.

Sumber: Dr. Tengku Asmadi & neuroversiti

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bayi Ditinggalkan di Masjid, Wajah Comel Raih Perhatian Ramai!

Kisah bayi ditinggalkan di masjid Aceh pada hari raya menyentuh hati ramai apabila ditemui tanpa identiti dan kelengkapan asas.