Bila anak susah makan, mama mulalah risau. Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan, lagilah pening mama dibuatnya. Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad.

Tapi, masalah ini boleh juga dialami oleh anak yangsu dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.

Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu berjumpa pakar pemakanan membuatkan beliau ‘mencipta’ beberapa resipi untuk memastikan berat anaknya seimbang.

Contoh makanan yang tinggi lemak

-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas.

ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt

Makanan tinggi karbo

-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)

Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Bahan-bahan:

1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur-sayuran pilihan (cendawan enoki, lobak merah dan kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*

Cara-cara:

1.Buat telur hancur (scramble egg). Angkat dan ketepikan.*

2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur dan buat telur hancur masa ni)

3. Masukkan isi ayam dan sayur-sayuran jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan* dan lain-lain). Biarkan air/jusnya merenih dan kering sedikit.

4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan nasi.

✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma dan jusnya keluar

Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Menurut pakar pemakanan, kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dan lain-lain) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik-baiknya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif dan boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang sudah direndam 24 jam).

Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan.

Bahan-bahan:

½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka dan sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil mentega

Cara-cara:

1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).

2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.

IKLAN

3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis dan buangkan buih-buih yang terhasil.

4. Masak kacang hijau sehingga benar-benar lembut.

5. Masukkan santan pekat dan mentega. Kacau dan lenyek-lenyekkan kacang hijau tadi dengan sudu.

6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.

Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung dan potong kecil. Cairkan mentega dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit.

BAYI 8 BULAN++

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

-Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
-Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) dan campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
-Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).

ANAK 1 TAHUN++

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti dan bakar dalam pan.

Cara-cara:

1. Lenyekkan roti.

2. Sapukan kacang hijau.

3. Gulung dan potongkan roti kecil-kecil.

4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat).

5. Bakar dan balik-balikkan roti hingga garing sedikit.

✳fungsi cuka itu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.

IKLAN

Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Bahan-bahan:

1 cawan agar-agar tali (dipotong pendek dan disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)

Cara-cara:

1. Renihkan agar-agar dalam air hingga larut.

2. Masukkan susu, santan dan keju.

3. Kacau hingga keju cair dan  air mendidih.

4. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar-agar tali dan air/susu/santan

Agar-agar ini rasanya lemak-lemak masin (dari santan dan keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.

Sirap/manisan kurma

Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air

Cara-cara:

1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) dan dikisar halus

2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan dan agar tak terlalu manis)

3. Masak di atas dapur hingga mendidih.

✳bila anak dah 2 tahun++, boleh gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap

Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++) 

IKLAN

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Bahan-bahan:

150gm cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)

Cara-cara: 

1. Panaskan mentega bersama minyak zaitun kemudian tumis bawang hingga naik bau.

2. Masukkan cendawan, ayam dan kacau. Masak sehingga lembut dan hingga keluar jus cendawan. Tutup api dan kisar semua bahan tadi bersama cheese.

3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) dan  panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yang telah dikisar tadi serta stok ayam.

4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.

5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.

✳enak dimakan dengan garlic bread

Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)

Anak Susah Makan, Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Bahan-bahan:

¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*

Bahan kisar:

3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam

Cara-cara:

1. Masukkan ayam dan semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih dan ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.

2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.

3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik-balikkan dan bakar sehingga sedikit garing.

✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis dan naikkan rasa kuah percik

Sumber: Yatie Eimra

Kredit foto (top image): Freepik

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI