Anak-anak membesar dengan sihat menjadi impian semua ibu bapa. Bagaimanapun, untuk mempersiapkan mereka menghadapi kehidupan yang lebih baik, sistem imun anak perlu dipertingkatkan agar terus berdaya tahan.
Ini kerana sistem imun adalah barisan pertahanan terpenting dalam tubuh. Perlu ingat, anak-anak yang mempunyai sistem imun yang kuat akan membesar dengan sihat dan bahagia bersama keluarga.
Ibu bapa harus tahu sistem kekebalan tubuh kita sangat kompleks. Pemakanan seimbang penting untuk memastikan badan mendapat nutrien yang cukup dan sistem imun berfungsi dengan optimum.
Oleh itu, kanak-kanak antara golongan yang harus dititikberatkan kerana mereka antara golongan yang mempunyai sistem imun yang lebih lemah berbanding dengan orang dewasa yang kurang terdedah kepada bakteria.
Jadi apakah nutrien yang diperlukan oleh sistem imun kita?
1) Buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus telah diyakini kaya dengan pelbagai vitamin. Biasanya buah-buahan ini terdiri daripada buah oren, lemon, limau nipis, limau mandarin atau limau gedang. Kandungannya yang kaya dengan vitamin C ini antara sumber asas bagi meningkatkan sistem imun.
Cara paling mudah untuk mendapat kebaikan buah-buahan sitrus ini adalah dengan memakannya secara terus atau dijadikan jus. Namun ramai pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan dalam bentuk segar supaya mendapat manfaat serat yang penting untuk sistem penghadaman dan pertahanan badan.
2) Probiotik & Prebiotik
Sistem imun yang sihat penting untuk kesihatan keseluruhan yang optimum dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya secara positif.
Amalan gaya hidup sihat dengan tabiat pemakanan yang berkhasiat dan aktiviti fizikal yang teratur boleh dianggap sebagai tabiat yang baik, namun ramai tidak sedar bahawa sistem imun kita berkait rapat dengan kesihatan pencernaan yang baik.
Ads
Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup tidak aktif antara penyumbang yang menyebabkan kesihatan pencernaan lemah.
Probiotik adalah bakteria ‘baik’ yang membentuk sebahagian daripada mikroorganisma iaitu mikrobiota usus. Keseimbangan antara bakteria ‘baik’ dan bakteria ‘tidak baik’ penting untuk memastikan kesihatan usus dan sistem imun yang sempurna selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Tahap kesihatan penghadaman yang baik ini boleh memastikan sistem imun juga berfungsi secara optimum.
3) Sumber Kekacang
Kekacang adalah sumber yang bagus dari beberapa nutrien penting, termasuk pelbagai vitamin dan mineral. Walaupun nutrien berbeza-beza mengikut jenis kekacang tertentu, namun kebanyakannya tinggi khasiat seperti folat, mangan, besi dan magnesium, bersama-sama dengan pelbagai jenis mikronutrien utama. Kekacang juga merupakan sumber protein dan serat berasaskan tumbuhan yang hebat, yang mana kedua-duanya penting untuk beberapa aspek kesihatan.
Sebagai contoh, protein adalah penting untuk fungsi imun, komposisi badan, pembaikan tisu, dan pertumbuhan badan yang sihat.
Ads
4) Susu
Susu merupakan sumber yang baik dan kaya dengan pelbagai nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna anak anda kerana ia kaya dengan nutrien penting seperti mengandungi zink semulajadi, vitamin D, kalsium, berbagai nutrien lain dan selenium yang dapat meningkatkan sistem imun.
Justeru itu, pemilihan susu yang lengkap harus diberi keutamaan. Ini kerana rumusan susu mengandungi pemakanan lengkap dalam satu gelas.
Susu formula ialah susu yang mempunyai lebih banyak khasiat daripada susu tepung biasa. Ia telah diformulasikan mengikut peringkat tertentu umur kanak-kanak.
Oleh itu, ia lebih spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak kerana ia berfungsi sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak.
Garis panduan ini bagi memastikan semua susu formula di Malaysia benar-benar mengandungi nutrien yang mencukupi untuk memenuhi keperluan kanak-kanak.
Ads
Rumusan Susu Kambing Karihome Terbaik!
Karihome adalah susu formula kambing pertama dan terbaik di Malaysia. Ia dirumus khas untuk kanak-kanak. Setiap 3 cawan susu formula susu kambing Karihome (Langkah 3) dapat mencapai jumlah nutrien yang diperlukan anak dalam sehari.
Perbezaan antara susu formula kambing Karihome dan susu lembu adalah:
– Susu kambing lebih mudah dicerna berbanding dengan susu lembu
– Molekul lemak susu kambing hanya 1/3 daripada lemak susu lembu dan lebih mudah dicerna.
– Protein susu kambing sangat mudah dihadam berbanding susu lembu.
– Susu kambing ia mengandungi kandungan nukleotida dan asid sialik yang secara semula jadi tinggi dan merupakan dua komponen utama untuk meningkatkan sistem imun.
– Karihome juga diformulasikan dengan zink, selenium dan semua 13 vitamin dan 12 mineral.
Oleh itu, ia adalah makanan tambahan yang baik untuk meningkatkan sistem imun dan menurunkan risiko mendapat penyakit.
Mengapa Karihome? Sistem pengeluaran yang unik
– Tidak seperti susu formula lain, susu kambing Karihome menggunakan sistem pemprosesan yang unik. Banyak susu formula lembu yang lain menjalani 2-3 proses pemanasan untuk menghasilkan susu formula.
Namun untuk Karihome, ia hanya melalui 1 proses pemanasan. Oleh itu, khasiat semula jadinya dapat dikekalkan.
Terdapat beberapa jenis rumusan susu kambing Karihome di pasaran dan boleh diminum seisi keluarga. Antaranya adalah:
– Karihome Step 3 Growing-up Formula: 1-3 years old – Karihome Step 4 Pre-School Formula: 4-6 years old – Karihome Whole Goat Milk Adult Formula: 7 years to adult
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan perjalanna ketika hamil sungguh memenatkan Bukan sahaja dari segi mental dan fizikal tetapi perubahan hormon juga banyak mempengaruhi emosi ibu hamil. Setelah melahirkan, rasa letih tidak akan hilang begitu dalam sekelip mata.
Bagi memulihkan semua semangat serta kesihatan ibu selepas bersalin, sangat penting untuk dirinya mendapatkan sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami. Tak banyak tak mengapa, tetapi ada usaha untuk membantu isteri melalui waktu berpantang dengan tenang. Berikut beberapa perkara yang boleh suami lakukan:
Jaga Emosi Isteri
Ketahuilah, emosi wanita selepas bersalin sangat rapuh. Sebab itulah ada sesetengah ilmu yang mengalami post-partum depression atau lebih teruk sehingga ke tahap meroyan! Keadaan ini sangat mengganggu emosi si ibu. Menakutkan kerana pernah ada kes bayi yang dicederakan oleh ibu kerana keadaan emosi ibu yang terganggu.
Dapatkan Khidmat Penjagaan Ibu Lepas Bersalin
Untuk menyediakan segala keperluan dalam pantang, mungkin suami kurang mahir. Jangan risau, dapatkan khidmat penjagaan untuk ibu selepas bersalin. Melalui pelbagai jenis pakej yang ditawarkan, isteri akan dirawat dengan sebaiknya dan akan pulih semula sepanjang tempoh berpantang.
Anggun Confinement Care solusi terbaik! Menawarkan pelbagai servis untuk ibu dalam pantang. Diasaskan oleh Laila Hafni Rusdi dan Ahmad Affandi Dasril pada tahun 2018, Anggun Confinement Care sentiasa menjadi pilihan kebanyakan ibu selepas bersalin kerana menawarkan pakej yang lengkap dengan harga berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah dalam pasaran.
Anggun Confinement Care juga merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 yang menerima anugerah Khidmat Penjagaan Ibu Berpantang Pilihan Pa&Ma.
Bukan sekadar pakej berpantang, Anggun Confinement Care turut menawarkan pakej penutup pantang serta rangkaian set produk yang boleh digunakan oleh ibu selepas bersalin.
Selain itu, spa ini turut mempunyai snek makanan pantang keluaran Anggun Confinement Care seperti peria, ulam pegaga, serunding halia dan halia rangup. Untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif juga ada Uncang Milkbooster serta Lactation Cookies yang sedap!
Mudahnya berpantang kerana ibu tidak perlu menyediakan apa-apa kerana semua peralatan berpantang akan disediakan oleh Anggun Confinement Care. Liputan servis juga diberikan di seluruh Malaysia. Best kan?
Bantu buat kerja rumah & urus anak
Isteri sangat menghargai sekiranya suami dapat bantu untuk buat kerja rumah dan uruskan anak. Biarpun tidak sempurna tetapi usaha ikhlas itu sedikit-sebanyak dapat membuatkan si isteri merasa bahagia dan dihargai.
Untuk mendapatkan pekhidmatan Anggun Confinement Care layari laman Facebook, Instagram atau hubungi talian 012- 3527570 / 012- 2427570 dan 03- 87231516 (Pejabat).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan. Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya. Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.
Namun kejayaan anak bukan satu ukuran dan tanda kepuasan bagi ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memastikan anak dapat menilai baik dan buruk malah dapat menjadi insan berguna kepada keluarga dan masyarakat.
Demi menjadikan anak insan yang berguna, sukses dan hebat di masa hadapan, pastinya ada beberapa perkara yang seharusnya ibu bapa lakukan Ketika anak-anak masih lagi kecil. Semua ini akan di bawa mereka sehinggalah mereka membesar.
Antara usaha ibu bapa untuk merangsang PERKEMBANGAN 360ᵒ anak berhadapan masa hadapan adalah seperti berikut:
Hantar anak ke kelas perkembangan
Jangan takut untuk menghantar anak ke kelas-kelas perkembangan yang memberi nilai tambah kepada dirinya. Kelas-kelas bahasa misalnya, matematik, muzik, melukis dan sebagainya bukan hanya menambah ilmu bahkan anak juga didedahkan dengan pengalaman dari pelbagai aspek kehidupan termasuklah bersosial bersama kawan-kawan, berinteraksi dan menerima arahan disamping mengikuti rutin dan disiplin di kelas perkembangan. Semua ini menambahkan lagi ilmu dan keupayaan otak anak berfikir.
Tanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak
Menanamkan nilai-nilai murni pada diri anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia perlu ditanam dan dipahat kemas dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Maka segala ilmu dan asas nilai-nilai murni perlu bermula dari rumah sebaiknya. Sikap suka membantu ibu bapa, kawan-kawan, guru,
sayangkan haiwan, jaga kebersihan diri dan persekitaran perlu diterapkan sebaiknya agar mereka dapat menjadi insan yang pandai menilai baik dan buruk dan bertoleransi dengan masyarakat.
Ajar anak kemahiran sosial
Kemahiran sosial adalah perkara penting yang mesti diajar kepada anak. Ia merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk rasa yakin diri, rasa percaya, empati serta kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi orang lain. Ia membolehkan Si Manja mudah bergaul dan bersosial di mana-mana situasi, jadi ia sentiasa bersedia untuk berjaya di masa hadapan.
Lengkapkan pemakanan sihat
Anak yang sihat, cerdik dan pintar perlu disokong dengan pemakanan yang sihat, segar dan seimbang. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan yang sihat dan segar serta paling utama jangan abaikan pengambilan susu kerana ia sangat berkhasiat dan dapat membantu anak membina tulang dan gigi yang kuat dengan kandungan kalsium yang tinggi.
Susu Dumex Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi diperlukan oleh generasi masa hadapan yang menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ setiap kanak-kanak bersama kasih sayang anda untuk mudah belajar, sihat fizikal dan mampu bersosial dengan ramai orang.
Malah Dumex Dugro® NextGen NUTRI juga mengandungi DHA Tertinggi*, Tinggi Zat Besi & Vitamin C, DHA banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.
**Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.
Tinggi Kalsium & Vitamin D
Susu yang mengandungi kalsium yang tinggi membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D pula menggalakkan penyerapan Kalsium.
Bukan itu sahaja malah ia tinggi dengan Vitamin A yang membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mucus dan penting untuk fungsi mata, manakala Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan.
Manakala Inulin pula adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi.
Tanpa Sukrosa
Ibu boleh mendapatkan sample percuma Dumex Dugro® NextGen NUTRI untuk merasai kebaikannya dengan klik di sini atau layari dugro.com.my untuk ketahui lebih banyak lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kartun Doffy the Dog tular selepas Ustaz Elyas Ismail mendakwa ia menormalisasikan maksiat melalui adegan berbahaya. Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dan menyeru pemantauan kandungan anak.