Anak Tak Nak Makan Ikan, Mama Sembunyikan Dengan Salmon Floss Homemade, Senang Je!

Share

Tidak dinafikan sesetengah anak kurang suka makan ikan. Bukan sahaja ikan, malah ada sesetengah anak kita kurang gemar makan ayam dan daging. Hakikatnya baik ikan, ayam dan daging merupakan sumber protein yang sangat diperlukan oleh anak setiap hari. Takkan nak makan telur saja setiap hari kan? Mama boleh gantikan khasiat ikan ini dengan kepingan isi yang dikeringkan menjadi homemade ‘floss’ seperti yang dikongsikan oleh ibu ini.

Salmon Floss yang dihasilkan oleh Puan Ummul Syabinar ini memang unik. Isi salmon segar yang ditukar menjadi kepingan isi dan kemudiannya dijadikan floss halus. Bolehlah anak makan bersama bubur dan paling penting dapat sembunyikan ikan kepada anak.

Jom cuba.

Ikan haruslah dibasuh bersih.

Kemudian stimkan hingga ikan masak.

Carik-carik isi ikan dan buang tulangnya.

Sangai sekejap di atas api.

Dan akhir sekali diblend kasar. Done!

Bolehlah makan dengan bubur nasi atau letakkan juga dalam roti. Apa yang penting anak masih dapat khasiat yang sama yang terkandung dalam salmon. Memang kreatif!

IKLAN