Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.

Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.

“Anak Tak Sama, Ada Cepat Belajar & Ada Agak Lambat Belajar” Elak Banding Bezakan Anak

Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.

Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.

Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.

Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.

IKLAN

Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.

Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.

Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.

Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.

IKLAN

Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.

BACA: Jejari Roti Bersalut Tepung Guna 2 Bahan Ini Je & Memang Sedap!

Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.

“Anak Tak Sama, Ada Cepat Belajar & Ada Agak Lambat Belajar” Elak Banding Bezakan Anak

IKLAN

Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.

Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir. Bahkan ada yang tak habis belajar pun.

Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Doktor PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.

Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.

Selamat pagi dunia!

Kredit:Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI