Farah Lee berkongsi tip berguna buat ibu atau bapa tunggal yang mahu travel dengan si kecil ke luar negara. Dokumen-dokumen ini perlu dibawa untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Banyak berjalan luas permandangan. Tindakan Farah sering membawa Maream, 4 tahun, travel boleh membantu perkembangan anak kecil ini.

Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent. 4 Dokumen Ini Penting, Mesti Bawa!

Dalam posting terbaru, Farah berkongsi beberapa dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa tunggal ketika travel bersama anak berusia 18 tahun ke bawah ke luar negara. Dokumen tersebut perlulah sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

farahlee_To single parents yang nak travel dengan anak (below 18) out of country, jangan lupa bawak sekali,
.
Photocopy of translated :
.
#1- Birth cert anak
#2- Divorce cert
#3- Custody letter from court (ktorg punya ada dalam MOU sebab daddy awal2 dah cakap Maream omma jaga)
#4- Consent letter from the father/mother
(ni extra, esp share custody)
.
Just in case immigration ingat kita bawak lari anak orang 

IKLAN

PENGALAMAN MEMOHON VISA UNTUK MAREAM
So far pengalaman omma, first time prepare semua benda ni masa nak apply visa UK Maream. Nak translate borang2 tu boleh pergi court then tanya pegawai kat situ. Nanti dorang carikan lawyer untuk translatekan dan stamp. Then ada fee per page berapa2 hengget. Omma tak sure berapa sebab omma dulu ada Auntie baik belanja ?

PENGALAMAN TRAVEL DARI UK KE NORWAY, TERTINGGAL SIJIL KELAHIRAN
Then first time ktorg travel out of UK adalah ke Norway, lek je la bawak passport and UK ID. Sekali immigration mintak bukti Maream tu anak omma sebab takde nama omma kat nama Maream. Sudahhhh ? Seb baik ada save dalam phone birth cert so selamat lah mak anak dua beranak ni haha..

CONSENT LETTER SEMASA TINGGALKAN MAREAM DI BAWAH JAGAAN KAKAK DI NORWAY
Then masa tinggalkan Maream kat Norway (sebab omma kena gi Jeddah), omma prepare sekali consent letter from omma yang ada details Bonda and Walid mengatakan I give my consent for my daughter to stay/travel with them from this date to this date etc.

IKLAN

Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent. 4 Dokumen Ini Penting, Mesti Bawa!Consent letter tu pun perlu kalau kita travel dengan anak buah ke, anak kawan ke, cucu ke. Bebudak yang nama mereka tak sama dengan surname/firstname kita. Rasanya perlu jugak untuk parents yang tak divorce tapi anak akan travel dengan salah sorang je. Dorang punya concern takut kita bawak lari anak away from the other parents. Macam mana nak buat consent letter.? Goggleeeeee kan adaaa.! Hehs..

KALAU TRAVEL AKAN BAWA SEMUA DOKUMEN BERSAMA
So since then, bila travel dengan Maream omma akan bawak je semua di atas. Manchester Airport kadang immigration officer tu mengada sikit walaupun ktorg dah ada UK ID, nak jugak bukti2 tu semua. Rasanya kat Korea, Spain & Portugal haritu dorang tak kisah pun. Jangan lah pulak tanya omma negara mana kisah mana tak kau ingat aku immigration officer.? Haha.. Just bawak je senang cerita.

RANCANG NAK KE SWITZERLAND & JERMAN PULA
Haaa gigih tak single mom kaki travel ni.? So next month ktorg nak gi Swiss & Germany pulak cuti skolah ? #ommabebel

IKLAN

Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent. 4 Dokumen Ini Penting, Mesti Bawa!

Perkongsian Farah ini disambut baik para follower. Masing-masing berkongsi pengalaman dan menghargai perkongsian ini.

Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent. 4 Dokumen Ini Penting, Mesti Bawa! Farah Lee Kongsi Tip Travel Bagi Single Parent. 4 Dokumen Ini Penting, Mesti Bawa!

Sumber: farahlee_

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI