Seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami kencing kotor. Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak. Antara perkara yang boleh diperhatikan adalah seperti bau air kencing yang busuk, terdapat kesan darah pada air kencing, mengalami muntah-muntah dan banyak lagi.

Anak Tak Selera Makan & Minum Susu, Selalu Meragam. Mungkin Jangkitan Kencing Kotor

Melalui penulisannya, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang masalah kencing kotor dalam kalangan bayi.

Ikuti perkongsian ini:

Dah banyak hari sebenarnya baby perempuan umur 6 bulan tu demam.

Masa mula demam, ibu ayahnya dah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotic. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga.

Namun tetap tak sembuh.

Demam berterusan, menyusu dah makin kurang akhirnya bayi tu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.

Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang tu dah mengalami dehydrated yang teruk!

Anak Tak Selera Makan & Minum Susu, Selalu Meragam. Mungkin Jangkitan Kencing Kotor

Beberapa test segera dilakukan untuk cari punca jangkitan tu.

IKLAN

Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.

Sebaik saja tiub tu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian lab dilakukan, rupa-rupanya anak tu dah terkena penyakit kencing kotor!

Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ni.

Ada satu study yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.

Artikel Menarik: [Kalau Bayi Kerap Muntah Bukan Sebab Susu Tidak Sesuai, Mungkin Disebabkan Oleh GER]

Baby boleh jadi akan ada simptom macam ni:

👉 Kencing berbau busuk

IKLAN

👉 Warna air kencing tu keruh

👉 Ada jugak yang kencingnya ada kesan darah

👉 Kadang tu dia akan meraung je sebab sakit masa kencing

👉 Baby muntah-muntah

👉 Kurang menyusu dan makan

👉 Demam tinggi

Kalau tak detect dan rawat cepat, takut baby jadi terlampau lemah sampai boleh efek nyawa dia.

IKLAN

Artikel Menarik: [Bila Gigi Susu Anak Dah Tumbuh, Kita Ada Tanggungjawab Untuk Jaga Gigi Mereka Dengan Baik]

Itu sebab saya nak share ilmu mahal yang ramai orang tak tahu ni tapi sebenarnya boleh elakkan jangkitan pada salur kencing baby:

✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau dah berak.

Jangan duk tunggu sebab dalam najis baby tu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman tu berpindah ke kawasan salur kencing baby lalu akibatkan jangkitan kencing kotor.

Anak Tak Selera Makan & Minum Susu, Selalu Meragam. Mungkin Jangkitan Kencing Kotor

✅ Make sure kalau pakai wet tissue, guna sehelai untuk sekali lap je. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna wet tissue yang sama.

✅ Masa lap tu, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian bontot, pergi pulak lap bahagian kemaluan bayi guna tisu yang serupa.

Tak pasal-pasal bakteria E. Coli dalam najis tu berjangkit pulak ke salur kencing baby.

Tips ni semua simple je tapi kalau tak buat betul-betul boleh risikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.

Dah siap baca tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ya. Semua ibubapa wajib tahu pasal benda ni.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI