Kesabaran yang dibayar dengan kemanisan dipenghujungnya. Itu yang dapat digambarkan dengan perjuangan pasangan suami isteri ini, Datuk Yasran Hussien, 52, dan isterinya, Datin Mega Marissa Malek, 42, apabila dikurniakan cahaya mata selepas 12 tahun menanti.
Kisah ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang masih lagi menunggu kehadiran anak agar jangan mudah berputus asa dan sentiasa berdoa pada Allah.
Dari kesulitan, Allah beri KEGEMBIRAAN
Menerusi perkongsian Datuk Yasran atau lebih mesra dipanggil Tok Yan, beliau cukup bersyukur bila mengenangkan semula pengorbanan isterinya.
Sehingga umur 42 tahun baru dapat merasa pengalaman hamil dan melahirkan anak. Beliau mengakui keajaiban Allah itu benar.
Selama 12 tahun, dua kali keguguran dan 8 kali isteri melakukan IVF sebelum bayi yang ditunggu selama ini dapat dipeluk.
Walaupun isteri tidak berpeluang bersalin normal, tapi beliau dan Datin Marissa akur perlu melalui prosedur Czer. Lagi sebak, sebelum prosedur bersalin tu, panjang wasiat dan amanah yang Datin tinggalkan kerana segalanya berkemungkinan boleh berlaku.
“Beliau memilih untuk lakukan pembedahan waktu petang iaitu selepas kami Zohor berjemaah dan berdoa. Itu permintaan terakhir beliau sebelum C-Section.
“Panjang wasiat dan amanah yang beliau tinggalkan untuk aku kerana Segalanya Berkemungkinan. Al Maklum beliau ada 3 anak Tiri dan 2 Anak Susuan. Kerisauan beliau adalah amanah 2 anak susuan yang kami adopt sejak dari lahir,” kongsinya.
“Allah makbulkan doa kami..”
Berkongsi lanjut perjalanan untuk mendapatkan seorang anak, Datuk Yasran memberitahu pelbagai ujian dilalui mereka tetapi tanpa semangat putus asa, Allah makbulkan doa.
Ads
12 tahun tak lama namun ianya JAUH buat isteri ku untuk merasa apa itu mengandung..
5 orang anak – 3 anak Tiri & 2 anak Susuan yang datang dari Jiwa.
Kita cuba cara saya – kita guna cara mula-mula IVF diperkenalkan.
Kita rawat your killer Cells, Kita masukkan Intralipid Insyallah ada rezeki kamu.
Hari ini, Alhamdulillah baby Yusraa Mecca Bin Yasran berada di depan kami. 12 tahun !!! kesulitan yang kami lalui maka KEMUDAHAN (YUSRAA) yang Allah Anugerahkan.
Putrajaya negeri kedua terkaya di Malaysia berdasarkan pendapatan penengah. Namun, ia merekodkan kadar bantut kanak-kanak keempat tertinggi di negara ini. Mengapa?
Ramai yang terkejut apabila mendapat tahu kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya adalah 24.3 peratus, seperti yang dilaporkan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia (NHMS) 2016. Kadar ini lebih tinggi dari kadar prevalens negara ketika itu, iaitu 20.7 peratus.
Kadar bantut yang tinggi sering dikaitkan dengan kawasan pedalaman dan kemiskinan tegar. Namun pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Putrajaya mempunyai kadar kemiskinan terendah di Malaysia.
Manakala negeri dengan kadar bantut kanak-kanak tertinggi pula ialah Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang, seperti yang dilaporkan dalam NHMS 2016. Ketiga-tiga negeri ini merekodkan antara kadar miskin tegar tertinggi negara ini.
Statistik DOSM menunjukkan 79.7 peratus daripada 32,700 isi rumah di Putrajaya merupakan pekerja bergaji.
Jadi mengapa kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi hingga melangkaui kadar bantut di Sabah – negeri dengan kadar miskin tegar tertinggi di Malaysia?
SEHARIAN DI PUSAT JAGAAN
Itulah juga soalan yang diutarakan Timbalan Pengarah (Pemakanan) Cawangan Pemakanan Keluarga Kementerian Kesihatan, Zaiton Daud.
“Sering kita sebut tentang betapa majunya Putrajaya dan bagaimana majoriti penduduk di sana kakitangan kerajaan, maka dari segi jaminan pendapatan mungkin tidak banyak masalah. Jadi, mengapa kadar bantut Putrajaya begitu tinggi sekali?
“Set data yang sama menunjukkan kadar bantut terendah ialah di Kuala Lumpur, pada 10.5 peratus. Ini pelik. Apa bezanya Kuala Lumpur dengan Putrajaya?” soalnya ketika bercakap dalam forum dalam talian bertajuk Kanak-Kanak Bantut: Pencegahan dan Model Solusi, anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Katanya Kementerian Kesihatan sedar bantut bukan sekadar masalah nutrisi. Pelbagai faktor lain mempengaruhi kadar bantut seperti kadar celik kesihatan, persekitaran dan akses kepada penjagaan kesihatan.
Zaiton percaya apa yang berlaku di Putrajaya disebabkan kanak-kanak kecil menghabiskan masa terlalu lama di bawah penjagaan taska. Ini mengakibatkan mereka lebih berpotensi terdedah kepada amalan pemakanan kurang baik seperti tidak mendapat makanan yang cukup atau berkhasiat.
Kebanyakan keluarga di Putrajaya pula terdiri daripada ibu bapa bekerja, menyebabkan anak-anak hampir seharian di taska.
“Inilah yang mengganggu amalan pemakanan anak-anak. Ketika mengambil anak-anak dari taska pula, ibu bapa dalam keadaan penat selepas seharian bekerja. Sukar untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga apabila diri sendiri keletihan.
“Adakah lagi tenaga untuk menyediakan makanan berkhasiat di rumah, atau mungkinkah mereka akan “tapau” sahaja?” katanya.
Persoalan ini penting kerana keterbantutan salah satu ukuran utama bagi mengenal pasti masalah malnutrisi kronik dalam kalangan kanak-kanak. Selain fizikal yang pendek, malnutrisi kronik boleh menyebabkan seorang kanak-kanak mengalami masalah kesihatan sepanjang hayat.
SUKAR DIPANTAU
Bukan semua taska di Putrajaya berdaftar dan ini menyebabkan situasi ini sukar dipantau dan dikawal, kata Zaiton.
Taska berdaftar diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-undang ketat yang memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan terbaik selari dengan Akta Kanak-kanak 611 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.
Di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, mana-mana individu sama ada pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh yang bekerja di taska wajib mengikuti dan lulus Kursus Asuhan Permata. Ini meliputi latihan dalam penjagaan, keselamatan dan penyediaan makanan seimbang bagi bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan.
Setakat 8 Mac 2022, terdapat 63 taska berdaftar di Putrajaya dengan 28 daripadanya beroperasi di premis tempat kerja.
Bagaimanapun, jumlah ini terlalu sedikit untuk menampung keperluan penjagaan populasi kanak-kanak bawah lima tahun di Putrajaya yang dianggarkan seramai 13,200 orang pada tahun 2020, menurut data DOSM.
Situasi ini menyebabkan ibu bapa kurang pilihan dan terpaksa menghantar anak-anak ke pusat asuhan tidak berdaftar.
Malangnya, pilihan sedemikian boleh mendatangkan kesan yang serius.
Kualiti penjagaan di taska berkemungkinan besar penyebab utama kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi. Walaupun kenyataan ini belum dapat dibuktikan secara konklusif, setidak-tidaknya ia dapat menerangkan mengapa kadar bantut di Malaysia melangkaui perbezaan pendapatan, kaum dan jurang bandar-desa.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak dari isi rumah dengan pendapatan rendah jauh lebih berkemungkinan menjadi bantut kerana mereka lebih terdedah kepada faktor penyebab tersembunyi seperti kesukaran mendapatkan makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan dan sistem sanitasi yang baik.
Pengasuh di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar memang sentiasa dilatih dan dilengkapi dengan cara penjagaan dan panduan pemakanan bagi kanak-kanak dan bayi, namun situasinya mungkin berbeza di taska tidak berdaftar.
Walaupun begitu, ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah lebih memilih untuk menghantar anak ke taska tidak berdaftar kerana faktor yuran yang rendah selain senarai menunggu yang tidak lama.
IBU BAPA KURANG PENDIDIKAN
Mungkin itu yang berlaku di Putrajaya, kata Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Universiti Putra Malaysia Prof Dr Norhasmah Sulaiman.
“Bukan semua yang tinggal di Putrajaya itu berpendapatan tinggi. Ramai yang boleh kita kategorikan dalam golongan B40. Saya rasa inilah sebab kadar bantut kanak-kanak di Putrajaya begitu tinggi, kerana ramai sebenarnya miskin bandar.
“Jurang pendapatan di Putrajaya sangat luas. Kos sara hidup juga tinggi. Saya yakin kebanyakan ibu di Putrajaya bekerja dan terpaksa menghantar anak ke taska, jadi mereka sukar hendak pastikan anak-anak mendapat makanan berkhasiat,” katanya.
Untuk mengelakkan bantut, adalah penting untuk menjaga pengambilan nutrisi kanak-kanak dalam 1,000 hari pertama kehidupan yang bermula dari dalam kandungan. Jika gagal mengawal kualiti pemakanan atau membetulkan masalah bantut dalam tempoh itu, kanak-kanak yang terkesan akan mengalami masalah sepanjang hayat. Ini termasuk keciciran dalam akademik, kesukaran mendapat pekerjaan baik dan lebih berisiko mendapat penyakit.
Negara yang mengalami masalah bantut juga secara purata kerugian tujuh peratus pendapatan per kapita, menurut satu kajian World Bank.
Norhasmah berkata, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan pelbagai usaha untuk mendidik pengasuh tentang amalan pemakanan terbaik bagi kanak-kanak.
Bagaimanapun, masih ada faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan itu. Antaranya, tahap pendidikan ibu bapa atau yang lebih khusus tahap pendidikan si ibu.
Merujuk kepada satu kajian yang diterbitkan dalam The Lancet, beliau berkata, ada beberapa kluster penyebab kadar bantut meningkat.
“Kluster pertama ialah pendidikan ibu bapa yang berkait rapat dengan keadaan sosioekonomi mereka. Kluster kedua yang dibincangkan ialah tahap pendidikan si ibu dan bagaimana ia mempengaruhi cara seorang ibu mengendalikan amalan pemakanan di rumah,” jelasnya.
Katanya perkara ini boleh dinilai melalui peruntukan sumber dalam isi rumah.
“Adakah si ibu mengutamakan pemakanan? Apabila anak-anak menghabiskan lebih lapan jam sehari di taska, bagaimana ibu yang bekerja memastikan anak-anak mendapat zat makanan secukupnya?
“Kadangkala ibu bapa berpendapatan tinggi tetapi kadar bantut dalam kalangan keluarga sedemikian masih tinggi. Mengapa? Mungkin kerana terlalu sibuk sehingga tidak dapat menyediakan hidangan berkhasiat untuk anak-anak. Mungkin juga mereka tidak sedar betapa pentingnya penyediaan makanan berkhasiat untuk pertumbuhan kanak-kanak,” katanya.
Menurut NHMS 2016, sekitar 19.2 peratus kanak-kanak Malaysia berusia 6 hingga 23 bulan tidak mencapai jumlah minimum pengambilan hidangan yang disyorkan.
TIADA BANYAK PILIHAN
Isu penderaan di taska dan pusat penjagaan kanak-kanak di Putrajaya juga agak kerap dilaporkan di media massa dalam tempoh 10 tahun ini.
“Terdapat data yang menunjukkan kadar penderaan kanak-kanak di taska Putrajaya sangat tinggi. Saya yakin kadar penderaan yang tinggi di taska ada hubungan dengan kadar bantut di wilayah itu,” kata Dr Amar HSS Singh, seorang pakar pediatrik yang pernah berkhidmat selama 40 tahun di bawah Kementerian Kesihatan.
Garasi Bernama cuba mendapatkan data yang dimaksudkan dari laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak berjaya. Koleksi data yang tersedia untuk capaian umum hanyalah ringkasan statistik kes penderaan yang dikira sebagai kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Jumlah kes penderaan pula tidak dikategorikan mengikut negeri atau taska yang terlibat.
Keluarga yang hanya ibu atau bapa bekerja memang bergelut dengan kos sara hidup sejak sebelum pandemik Covid-19. Yang pastinya situasi pandemik ini menyebabkan keadaan semakin teruk dan memaksa lebih ramai ahli keluarga keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Jika kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja, tentunya penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pihak lain.
Kredit: AWANI, BERNAMA
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 hanya dibuka kepada orang dewasa, ibu menyusu, ibu hamil serta warga emas sahaja. Namun kini pendaftaran bagi mendapatkan vaksin ini telah dibuka kepada kanak-kanak dan juga remaja.
Perkara ini dilaporkan oleh Sinar Harian di mana pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.
Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu. Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.
“Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” katanya.
Tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.
Ia diikuti beberapa langkah untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat pendaftaran terhadap tanggungan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kembung perut di kalangan bayi baru lahir adalah masalah biasa tapi ia paling dibimbangi oleh ramai ibu ayah. Masalah ini akan menyebabkan bayi kerap menangis tanpa henti dan menolak susu yang diberi.
Ia boleh memberi kesan psikologi kepada ibu yang tidak dapat rehat yang cukup akibat tertekan bayi kerap menangis dan meragam sehingga tengah malam. Oleh itu bila bergelar ibu ayah, anda wajib tahu punca berlakunya kembung perut di kalangan bayi supaya dapat mengelakkannya.
Jika anak terkena kembung perut, ibu ayah juga wajib tahu cara mengatasinya. Baca penjelasan daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad sebagai panduan yang berguna.
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Kekembungan perut biasa berlaku seawal bayi berusia kurang dari enam bulan. Banyak puncanya, selalunya disebabkan oleh jenis susu yang diberikan.
Susu ibu sangat jarang memberikan masalah kekembungan.
Jika berlaku selalunya hanya disebabkan apabila bayi menghisap susu dari puting payudara ibunya, ia menelan sekali udara sehingga masuk ke dalam perut. Ini menyebabkan perut bayi menjadi kembung.
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
CARA MEMBANTU MASALAH KEMBUNG PADA BAYI
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, dan berada dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap.
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu. Beri ikut dos yang ditetapkan.
3) Mengurut abdomen bagi menggunakan ‘essential oil’, minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.