Anak Tak Suka Gosok Gigi & Memilih Untuk Makan ? Boleh Tiru Urutan Yang Juruterapi Ini Kongsi, Tiada Alatan Diperlukan!

Share

Anak tak suka gosok gigi & memilih untuk makan ialah dua masalah yang sering dihadapi para ibu. Kadang-kadang jadi putus asa pun ada bila apa yang diusahakan tidak berjaya. Ibu ayah boleh cuba urutan ini, tiada peralatan diperlukan!

BUKAN MASALAH BARU

Anak tidak suka memberus gigi dan sukar makan semua makanan kerana memilih makanan tertentu sahaja memang bukan masalah baru. Dah lapuk hinggakan tiada penyelesaian, ibu ayah jadi buntu sebab yang diusahakan selalu tak berjaya. Selalunya di penghujungnya ibu ayah jadi emosi, anak yang jadi mangsa kena label dan terhukum perasaannya.

LANGKAH URUTAN BOLEH ATASI MASALAH INI

Puan Nor Fikrah, seorang Juruterapi Fizikal telah berkongsi menerusi posting Facebook beliau mengenai solusi masalah ini. Katanya urutan ini boleh dilakukan kepada anak dan bayi yang susah untuk makan (picky eater) susah untuk gosok gigi.

http://

 

#1  Urutan stimulasi oral motor sensory

Urutan dimulakan dengan stimulasi oral motor sensori. Kata Nor Fikrah, aAda kanak-kanak yang mengalami masalah oral motor hypersensitivity di mana kita memberus gigi anak dengan berus gigi biasa tetapi bagi mereka merasa ia amat menyakitkan seperti menggunakan berus gigi berdawai besi. Mungkin, bila ia sensitif, walau pun berus yang digunakan halus dirasakan kasar dan menyakitkan. Ia mungkin terjadi kerana kurangnya rangsangan diterima si anak. Jadi kita kena rangsang otot dan sensori bayi atau kanak-kanak tersebut.

#2 Urutan oral facial muscle

#3 Urutan bahagian dalam pipi kanan

Untuk bahagian dalam, ibu bapa boleh membasuh tangan bersih dan gunakan jari telunjuk. Urut bahagian dalam pipi anak secara berputar sebanyak 10 kali.

#4 Urutan bahagian mulut atas

Manakala bahagian mulut atas juga sebanyak 10 kali.

#5 Bahagian dalam pipi sebelah kiri

Ulangi pada bahagian pipi sebelah lagi. Pastikan gerakan merangkumi bahagian atas, bawah, kiri dan kanan.

#6 Bahagian dalam mulut bawah

Teruskan pada bahagian mulut bawah pula sebanyak 10 kali.

#7 Bahagian lelangit anak & lidah

Urut pada bahagian lelangit anak. Kemudian beralih ke bahagian lidah. Gosok bahagian atas lidah pula sebanyak beberapa kali.

Menurutnya, urutan ini boleh dilakukan ketika pagi ketika anak masih belum makan  atau minum.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah hypersensitivity, kadang kala mereka mungkin akan berhadapan dengan gagging responds atau memberikan reaksi akan termuntah. Kalau perut anak penuh atau baru makan, memang anak akan mudah termuntah. Nor Fikrah amat menyarankan ia dilakukan pada awal pagi atau ketika perut anak kosong.

Sumber: Puan Nor Fikrah

IKLAN