Kepala terhentak atau terhantuk kerap terjadi kepada si kecil. Jangan ambil mudah kecederaan walau pun tiada kelihatan luka di luar dari boleh menyebabkan kecederaan dalaman terutamanya pada otak!

Anak-anak kecil memang akan meneroka, memenuhi sifat ingin tahu dalam diri. Bergerak, melompat, memanjat dan berlari, semuanya adalah aktiviti biasa kanak-kanak untuk berkembang dengan sihat. Tidak dinafikan terjatuh dan terhentak memang kerap terjadi.

Perkongsian Dr Taufiq Razif ini boleh memberikan info kepada ibu bapa lain bagaimana caranya untuk mengendalikan situasi apabila kepala anak terhentak.

Anak Terhantuk Mak Ayah Bukan Sekadar Redakan Tangisan, Mesti Pantau! Paling Takut Kecederaan Dalaman 

Kepala anak saya ni baru je terhempas ke lantai. Biasa la bila balik kampung nak beraya ni tempat tidur pun tak ‘proper’ kan.

Masuk je bilik lepas bersahur tiba-tiba kepala si Solahuddin ni dah meluncur ke bawah katil. Bammm!! Sakit tu sebab kepala bahagian belakang yang cecah lantai dulu.

GOSOK KEPALA & PELUK

Solahuddin pun bertempik nyaring! Terus saya gosok kepala Solahuddin dan peluk dia. Jeritannya walaupun agak lama tapi makin lama makin perlahan dan esakannya pun makin kendur.

PELUKAN BUAT ANAK RELAKS & RINGANKAN SAKIT

Pelukan ni nampak je remeh tapi pelukan daripada mak ayah ni akan membuatkan badan anak merembeskan hormon endorphins. Ni la yang membuatkan otot badan anak kita jadi lebih rileks & meringankan kesakitan fizikalnya.

Anak Terhantuk Mak Ayah Bukan Sekadar Redakan Tangisan, Mesti Pantau! Paling Takut Kecederaan Dalaman 

PANTAU 24 JAM

Tapi tak boleh gembira lagi. Saya kena pantau dulu si Solahuddin ni selama 24 jam. Jangan main main dengan isu kepala terhentak ni. Pernah je ada kes anaknya terhentak kepala, besok paginya badan dah bertukar biru dan anak pun nampak lesu.

DOKTOR SAHKAN TEMPURUNG KEPALA ANAK RETAK

Rupanya bila periksa kat hospital, doktor sahkan tempurung kepala anaknya retak. Sebab tu mak ayah semua WAJIB ada ilmu apa nak buat bila anak terjatuh dan terhantuk kepala ni.

6 PERKARA PERLU DIPANTAU APABILA KEPALA ANAK TERHENTAK

Bila anak terhantuk je terus tengok anak kita

  1. Ada muntah muntah teruk ke tak,
  2. Ada pengsan ke tak,
  3. Ada benjolan yang terlampau besar atau luka yang dalam ke tak,
  4. Ada sawan ke tak,
  5. Lemah anggota badan ke tak,
  6. Ada cairan keluar daripada hidung dan telinga ke tak?

Kalau ada, takyah fikir apa dah. Terus bawa jumpa doktor.

Anak Terhantuk Mak Ayah Bukan Sekadar Redakan Tangisan, Mesti Pantau! Paling Takut Kecederaan Dalaman 

SEGERA KE HOSPITAL BILA NAFAS LAJU, TANGAN KAKI KEBAS & MUNTAH

Kalau lepas terhantuk, anak sambung tidur, kejut kejut la juga anak sekali sekala untuk periksa dia. Kalau ada perubahan yang dicurigai macam pernafasan jadi terlalu laju atau tiba tiba tangan dan kaki jadi lembik atau muntah tak berhenti, terus je ke hospital.

CEDERA OTAK PALING DITAKUTI

Cedera otak yang kita paling takut sebenarnya sebab kadang kadang benda tu boleh terjadi secara cepat tapi ada juga kes pendarahan otak tu terjadi secara lambat dan perlahan lahan.

Tolong bagitahu benda ni pada pasangan dan ahli keluarga yang lain juga ye sebab ramai lagi yang tak tahu benda ni.

Sumber: The Pro Parenting

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI