Anak yang terlalu aktif dan sukar dikawal boleh mengundang keadaan kelam kabut. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba. Tapi kenapa agaknya mereka boleh jadi terlalu aktif? Cuba semak apakah makanan yang dimakan olehnya hari ini yang mungkin telah mempengaruhi mood dan tingkah laku.
Sugar rush. Gula sering kali menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan kanak-kanak aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, ada jenis makanan lain yang juga memberikan impak kepada kelakuan dan si manja. Antaranya ialah:
PRODUK TENUSU
Pengambilan produk tenusu dalam kuantiti sederhana tidak ‘mengganggunya’. Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
Ads
PEWARNA DAN PERISA TIRUAN
Tidak ramai yang tahu bahawa perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau sebekas kecil tairu.
Ads
GULA
Gula. Ya gula boleh menjadi sebab apabila ia diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
BAHAN PENGAWET
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
Ads
BAHAN PERASA
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak. Bahan perasa banyak terkandung dalam makanan berproses seperti sosej, kerepek, mi segera dan sebagainya.
Tidak salah untuk mengambil makanan ini tetapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit sekali-sekala. Jangan jadikan ia tabiat kerana selain boleh mengganggu emosi anak, ia juga memberikan impak negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suri rumah ini mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan lima orang anak lelakinya terutama ketika membawa mereka bersiar-siar dan makan di luar.
Cara ibu ini mengawal tingkah laku anaknya boleh dicontohi oleh ibu lain yang juga mempunyai anak yang ramai.
Lumrah seorang ibu surirumah. Bila punya anak yang ramai, hampir sebahagian tugasan terpaksa diambil alih sepenuhnya.
Kerapkali saya ditanya, Macamana saya urus anak-anak hero 5 orang ni di tempat awam, kemana-mana sahaja.
Percaya tak kalau saya katakan, Anak ramai sebenarnya lebih mudah diurus berbanding 2 ke 3 orang?
Eh biar betul? Ye, betul.
Ini situasi ketika saya membawa mereka keluar. Habib 9 tahun. Hanif 7 tahun. Hafiz 6 tahun Hasyri 4tahun. Hakim 1 tahun.
1. Pesanan penaja.
Sebelum keluar rumah, saya pastikan semua settle dahulu. Kalau ada anak yang jenis pakai pampers waktu malam je, so pakaikan siap-siap pampers. Walaupun nak keluar kejap je. Sebab time dia nak kencing ke apa, dia tak mengganggu waktu kita di luar atau tempat awam. Kalau tak, macamana nak berlari cari tandas lagi? Nak-nak kalau tengah drive. Tetiba, umi nak kencing! Ala padan…
Selalunya hasyri memang saya pakaikan pampers siap-siap.
Kemudian, pesan siap-siap pada abang-abang yang lain. “Pergi toilet siap, kalau nak kencing lepas ni masa umi drive, umi tinggal tepi jalan je. “
Selalu saya guna ayat ni, dia orang dah takut. Haha.. so cepat-cepat ke toilet belaka.
Saya akan beri pesanan siap-siap pada abang. “Habib yang paling besar mesti jaga Hasyri yang kecik. Hanif mesti jaga Hafiz. Always pimpin tangan adik, jangan berlari. Kalau sesiapa berlari, tak dengar umi cakap, tak ingat apa yang umi pesan, umi uturn balik. Siapa good boy, umi belanja ABC.”
ABC adalah kegemaran anak-anak. Dan saya tahu, itu reward paling baik untuk beri pada anak-anak.
Dalam kereta, pesan siap-siap mohon behave. Tak nak bergaduh. Tak nak bertengkar. Anak lelaki kan. Sekali bergaduh bertumbuk, dengan mak sekali jadi ninja!
Pernah tetiba hampir sampai di tempat dituju, dia orang tetiba bergaduh. Apa saya buat? Saya pegang pada janji. Saya UTURN balik on the spot.
Haru kan? Mana tak haru nak-nak kalau time tu nak gi makan dan perut kita pun tengah lapar. Memang kesian kat anak. But, kena jadi parent yang pegang pada janji. Once you cakap uturn kalau bergaduh, so please make it uturn.
Sebab apa? Meh saya cerita.
Peristiwa ni hampir berkali-kali terjadi. Memang nak bagi mereka behave tempat awam bukan senang. Ada time order makan, dia bergaduh. Pun saya uturn balik. Bukan tak kesian kat anak. Tapi memberi pengajaran. Dan anak tahu, kita betul-betul tegas. So next time, anak-anak dengan sendirinya berjaga-jaga.
Oh ya! Make sure masa nak keluar makan ni, Anak-anak memang betul-betul lapar! Kalau ada yang tak nak makan, better beli tapau je.
Selalunya kalau pergi makan, mesti order air dulu kan? Kali ni tukar. Order makanan sahaja dulu. Air order bila dah habis semua makan. Sebab bila anak minum air dulu, dia takkan habiskan makanan dia orang.
Dan selalunya bila dah habis makanan, semua behave, saya akan bagi reward pada dia orang. Ok, order abc. So dia orang tahu, sape behave masa makan, umi bagi hadiah.
But ingat! Kalau order abc, order untuk 2 orang je. Contoh kalau berempat. Then mintak mangkuk lebih. Ibu, masa order sampai, rasa dulu makanan tu. Baru bagi anak makan. Even sesudu sahaja. Then bagi-bagikanlah makanan tu. Dia orang still berkongsi. Kalau ada yg merajuk, saya pesan siap-siap. Ok. Jangan makan. No more datang makan lagi. Nanti duduk rumah je. Dah tak boleh have fun dengan umi. Automatik yang merajuk tadi nak makan. Hoho.. Sebab dia tahu umi tegas. Kalau umi sanggup uturn, umi mesti sanggup tinggal dia kat rumah jugak.haha
Oh ya! Tahu tak kenapa ibu kena merasa dulu makanan anak-anak? Nanti saya sharing. Seronok story bab ni!
Pernah kan anak tengah makan, comot-comot. Ibu, belajar beri arahan pada anak yang sulung. “Abang, lap mulut adik tu. Kesian adik comot. Hahaha”
Kenapa hahaha? Sebab nak ambik hati abang yang tengah mood makan tadi kot spoil mood sebab kena tengok adik tetiba. Ibu, wujudkan situasi lucu dan kelakar. Rajin tanya anak, sedap tak? Suap umi sikit. Jangan pelik kalau tetiba 4 orang sekaligus berebut nak suap. Masa tu pandai-pandai la ibu bagi giliran.
Selalunya di kedai makan, saya akan order 3 nasi sahaja. Yang dua orang lagi akan berkongsi. Saya orderkan pinggan lebih. Kalau ada yang tak cukup, baru menambah.
Kenapa? Sebab sayang tengok nasi yg tak habis. Nanti saya nak habiskan macam mana?
Bila keluar makan, saya make sure pakaian saya bebas bergerak. Tak semestinya seluar. Tapi kain yang bebas untuk bergerak lebih laju. Bila berjalan, Hasyri akan pimpin tangan saya sementara saya dukung Hakim. Habib, hanif dan hafiz akan berjalan berpimpin tangan. Kalau menghalang jalan, maka saya bagi arahan jalan berdua.
Begitu juga dengan niqab. Saya lebih selesa memilih niqab yang senang dibuka ketika makan. Dan niqab ElHuda pilihan saya sebab lebih mudah.
Kenal pasti minat anak-anak. Sedari kecil, saya biasakan anak dengan buku sebagai reward. Sampai di kedai buku ibarat heaven buat mereka. Saya biarkan mereka memilih buku kesukaan. Pilihlah buku apa. Umi akan cuba setuju. Ada jugak pilih buku komik ke apa. Selalunya saya bertolak ansur.
Itu yang saya buat. Tipulah kalau anak saya tak pernah mintak mainan. Itu dunia anak-anak kecil tanpa batasan. Selalunya saya bawa mereka ke kedai mainan. Saya bagi peluang mereka melihat. Tapi bila tengok harga, saya rasa macam telan bom. Saya bagitahu siap-siap. Umi tak cukup duit.
Pernah sekali dia orang merengek nak jugak mainan. Saya belikan dalam sendu. Naik kereta, dia orang mintak beli air. Saya pura-pura menangis, duit dah habis. Macamana nak beli air. Saya keluarkan dompet. Memang duit dah habis.
Anak kedua saya tetiba nenangis dan meminta maaf berkali. Mungkin serba salah duit dah beli mainan. Sejak haritu dia belajar sesuatu. Habib dan hanif faham setiap kali saya katakan umi tak cukup duit. Saya belajar mohon maaf dengan anak jika tak dapat memenuhi permintaan. Selalunya kalau ke tempat mainan, saya bagi dia pegang dan tengok sepuasnya. Biar hilang rasa bosan dan keinginan.
Lama-lama dia orang tahu, Heavennya di kedai buku berbanding kedai mainan!
Selalunya bila naik kereta, otw balik, Saya tanya perasaan anak-anak setiap seorang. Bila gembira, apa yang perlu buat? Saya pastikan mereka berterima kasih dengan saya. Agak lama nak ajar mereka berterima kasih sekalipun untuk happy-happy time. Alhamdulillah sekarang tak lagi. Awal-awal beli atau dapat sesuatu, Dia orang tak lupa ucap, Terima kasih umi! Terima kasih ayah!
Percayalah! Masa tu ibu mesti rasa macam nak lompat sampai ke bintang bila anak happy!
When you make a promise, so please! Make it true. Anak-anak sebenarnya belajar behave dari sebuah janji. Reward lah bila mereka behave. Walau sekecil-kecil reward, mereka akan lebih menghargai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tibanya Ramadan, pasti ada ibu bapa yang menjanjikan ganjaran untuk anak jika dapat berpuasa penuh. Cara ini sebagai cara memotivasi dan menaikkan semangat anak. Sebenarnya terpulang pada ibu bapa asalkan ia memberi kebaikan.
Bagaimanapun pelakon, Datuk Aaron Aziz pula tidak pernah mengamalkan langkah memberi ganjaran seperti wang atau hadiah dalam menggalakkan anak-anaknya berpuasa penuh dalam bulan Ramadan.
Sebaliknya kata Aaron, dia sentiasa mengingatkan mereka mengenai tujuan sebenar berpuasa dan keberkatan yang diperoleh sekiranya ia dilakukan kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Saya sering beritahu mereka kalau tak boleh buat untuk Allah, macam mana Allah hendak dengar apa permintaan kita?
“Saya tidak amalkan ganjaran tetapi sentiasa ingatkan berpuasa di bulan Ramadan adalah diri mereka dengan Tuhan,” katanya.
Bagaimanapun kata Aaron, itu bukan bererti dia menentang sekiranya ada ibu-bapa memberi ganjaran dalam menggalakkan anak-anak mereka berpuasa.
“Tiada apa yang betul dan salah dalam memberi motivasi kepada anak-anak dan setiap orang ada cara masing-masing,” ujarnya.
Dalam pada itu, Aaron mengakui dia seorang bapa yang tegas terhadap tiga anaknya setiap kali tiba bulan Ramadan kerana tidak mahu mereka ambil acuh tak acuh mengenainya.
Kata Aaron, dia mendidik mereka agar berpuasa seawal usia tujuh tahun kerana ingin mereka membiasakan diri dengan rukun Islam yang ketiga itu.
“Dua anak saya mula berpuasa ketika mereka berusia lapan tahun manakala yang bongsu tujuh tahun.
“Sebagai bapa saya memang tegas tentang berpuasa dan tidak mahu mereka ambil sambil lewa akan perkara itu.
“Sementara mereka masih kecil, saya mahu tegas tentang soal itu agar mereka terbiasa dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam,” katanya.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Diyana Halik, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 13, Dwi Ariana, 11, dan Dahlia Arissa, 7.
Adakah anda selalu melarang anak menangis? Perbuatan itu hanya akan membuatkan stress dan suka mengamuk. Sebenarnya bila kerap sangat melarang anak menangis ia boleh mengganggu emosi anak dan si kecil akan lebih tertekan.
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, melarang anak menangis memang boleh tetapi sebelum dilarang, sebaiknya pertimbangkan beberapa faktor iaitu berapa usia anak, apa punca anak menangis dan cara yang betul untuk menyuruh anak berhenti menangi. Tahukah anda tentang kesan bahaya kalau selalu melarang anak menangis?
Contohnya kalau bayi yang masih belum boleh bercakap, menangis adalah salah satu caranya untuk berkomunikas. Setiap bunyi tangisan bayi ada maksudnya yang tersendiri seperti sakit, lapar, dahaga, tak selesa dan sebagainya.
Begitu juga dengan si kecil yang kemampuan bercakapnya masih terbatas. Sudah tentu melalui tangisan sahaja dia dapat meluahkan perasaan kecewa, marah, letih dan sebagainya.
Sebenarnya kanak-kanak membesar dengan kemampuan untuk mengawal emosi dan mempunyai rasa empati yang sangat baik pada orang lain. Oleh itu penting untuk ibu ayah memberikan kesempatan pada anak untuk meluahkan emosinya terlebih dahulu iaitu membenarkan dia menangis sehingga dia akan merasa perasaannya diterima dan juga difahami oleh orang lain.
Punca Anak Kuat Mengamuk
Sekiranya ibu ayah terus melarang anak ketika dia menangis terutama pada usia kanak-kanak, si kecil akan terus-menerus menahan emosinya. Akibatnya anak akhirnya tidak dapat mengenali emosinya dan membuatkan mereka merasa tidak difahami.
Oleh kerana tidak dapat meluahkan perasaannya dan merasa tidak difahami oleh orang sekeliling, akhirnya anak akan menyimpan perasaan emosi yang negatif. Cara betul untuk meluahkan perasaan dan emosi juga tidak difahami oleh anak.
Akibatnya perasaan tersebut terus berkumpul dalam dirinya sendiri sehingga akhirnya menyebabkan tingkah laku yang negatif seperti mengamuk, berguling, menjerit, memukul dan lain-lain lagi.
Perasaan yang tidak difahami tersebut membuatkan anak juga tidak boleh belajar cara untuk memahami dan berempati pada orang lain. Selain dari itu perbuatan ibu ayah yang gemar mengejek anak yang kuat menangis dengan gelaran seperti “gembeng”, “kememeh”, “cengeng” dan sebagainya adalah perbuatan yang salah dan tidak akan menyelesaikan masalah.
Ini hanya akan membuatkan anak terus rasa rendah diri dan percaya dirinya seorang anak yang kuat menangis. Tingkah laku tersebut juga akan diulang-ulang kerana anak merasakan itulah dirinya.
Terbuktilah betapa bahayanya kalau selalu melarang anak meluahkan perasaannya melalui tangisan. Bila anak menangis, biarkan dia meluahkan emosinya terlebih dahulu. Bila sudah tenang barulah anda memujuknya dengan sabar dan belaian kasih sayang.
Sumber: tipsanakbayi.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...