Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Anak Tertolak Gear D, Kereta Terjunam Dalam Tali Air Ketika Ibu Tutup...

Anak Tertolak Gear D, Kereta Terjunam Dalam Tali Air Ketika Ibu Tutup Pagar Rumah

Masih panjang umur! Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan apabila terjatuh ke dalam tali air bersama kereta Toyota Harrier ketika ibunya keluar sekejap untuk menutup pintu pagar.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 yang ketika itu sedang menjalankan tugas di Pos Nibong, Tumpat, Kelantan.

Anak Tertolak Gear D, Kereta Terjunam Dalam Tali Air Ketika Ibu Tutup Pagar Rumah

Tertarik gear D

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu (17 Mac), mangsa Nur Muhammad Que Afnan Zainul Akhbar berada dalam kenderaan itu sendirian dengan keadaan enjin hidup sementara ibunya menutup pagar rumah.

ARTIKEL MENARIK [“Ada Mimpi Nenek Tua.” Dr Scan Kosong. Hanya 4 Bulan Je Adik Dalam Rahim Mama]

IKLAN

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai secara tidak sengaja tertarik gear D.

Kompeni Komander B PGA Batalion 7 Kuantan, Asisten Superintendan Yunus Muhamad berkata, kejadian itu disedari Koperal Sabri Azaman dan Koperal Raja Mohd Rissah Raja Dris selepas terdengar ibu mangsa menjerit.

Terus terjun selamatkan mangsa

Menurutnya, ketika itu, dua anggota PGA juga ternampak kenderaan berkenaan dalam keadaan bergerak ke arah tali air dan terjunam.

IKLAN

“Tanpa berlengah dua anggota PGA dan bapa mangsa berusia 39 tahun terjun ke dalam tali air.

Anak Tertolak Gear D, Kereta Terjunam Dalam Tali Air Ketika Ibu Tutup Pagar Rumah

“Selepas 15 minit, mangsa berjaya diselamatkan dan serahkan kepada ibu bapanya,” ujarnya.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Nak Luruh Jantung, Tengok Anak Tiada, Pintu Sliding Terbuka. Mujurlah Jiran Nampak!]

IKLAN

Katanya, tindakan pantas dan keprihatinan kedua-dua anggota Batalion 7 PGA yang bertugas di Pos Nibong itu diberikan pujian dan penghargaan.

“Kejadian ini menunjukkan kepekaan anggota semasa bertugas sekali gus meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan,” katanya.

Kredit: Sinar Harian 

Anak Tertolak Gear D, Kereta Terjunam Dalam Tali Air Ketika Ibu Tutup Pagar Rumah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI