Masa berlalu pantas, sudah hampir lima bulan pelawak Shuib Sepahtu bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata selepas pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos tahun lalu.

Menerusi temubual bersama Kosmo, ditanya bagaimana kehidupannya apabila menguruskan keluarga sendiri tanpa isteri disisi, Shuib mengakui sukar untuk melupakan dan masih dalam proses menyesuaikan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Saya tiada jawapan untuk soalan itu. Sekarang ini, saya cuba sibukkan diri. Sekarang ini saya seorang diri, apabila pulang ke rumah, tidur sendirian pasti akan teringat arwah.

“Sudah hampir lima bulan, saya serahkan kepada masa. Melupakan memang tidak boleh, tetapi sekarang sakit sedikit berkurangan, saya sedang terima serta sesuaikan diri hidup tanpa dia,” katanya.

Tiap kali rindu, titipkan doa 

Kata Shuib lagi, setiap kali rindukan Siti Sarah dia akan menitipkan doa dan sesekali akan mendengar lagu dendangan isteri tercinta.

“Sejak arwah tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membinasakan diri dengan mendengar lagu-lagu sedih.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Tambahan, lagu-lagu arwah saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena marah di studio, reaksi dan senyumannya,” katanya.

Serah pada ketentuan Allah

Biarpun terlalu awal untuk bercakap soal jodoh, Shuib bagaimanapun bersikap terbuka tentang perancangan Allah di masa akan datang. Namun, Shuib mengakui hatinya masih lagi kosong dan belum ada wanita berjaya mengisi hatinya.

“Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

IKLAN

“Andainya Saya Kahwin Semula, Semua Demi Anak-Anak..” Shuib Serah Pada Allah

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan,” katanya.

“Andai saya kahwin semula, semuanya demi anak..”

IKLAN

Dalam pada itu, Shuib berkata jika suatu hari nanti dia berkahwin semula semuanya adalah demi anak-anaknya apatah lagi mereka masih kecil dan memerlukan insan bergelar ibu di sisi.

“Andainya Saya Kahwin Semula, Semua Demi Anak-Anak..” Shuib Serah Pada Allah

“Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arwah ibunya.

“Andainya Saya Kahwin Semula, Semua Demi Anak-Anak..” Shuib Serah Pada Allah

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah,” katanya.

Kredit: Kosmo

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI