Ramadan yang masih berbaki lima hari lagi pastinya membuatkan kita rasa bersedih. Anak-anak pastinya merasa cukup gembira untuk menyambut hari raya, nanti dalam rasa teruja itu selalunya berpesan pada mereka di hujung-hujung ramadan ini.
Perkongsian Dr Taufiq Razif mengenai bulan mulia dan mengingatkan erti malam Lailatul Qadr terutamanya kepada anak adalah perlu. Biar mereka turut sama bersedih meninggalkan bulan penuh suci ini. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Nasihat anak kita 7 perkara ini sebelum Ramadhan berakhir
1. Bagitahu anak kita bahawa hati kita ni tempat Allah pandang dan lihat
2. Kita kena selalu sucikan dan sental hati kita daripada sifat tercela ( mazmumah) seperti buruk sangka, iri hati pada orang dan suka marah-marah. Barulah Allah suka pada kita
3. Lepas itu kita kena install sifat sifat terpuji ( mahmudah) dalam hati kita seperti sifat pemurah, suka berterima kasih dan selalu bersabar barulah Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.
4. Ada 1 malam di bulan Ramadhan yang mana ibadah selama 1 jam kita lebih baik daripada ibadah selama 9.8 tahun!
Dan ibadah selama 1 malam lebih baik daripada 83 tahun ibadah. Nama malam itu adalah Lailatul Qadr
5. Minta anak kita baca doa ini setiap malam terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan :
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni’
Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.”
Doa ini baginda Nabi Muhammad S.a.w ajarkan pada Siti Aisyah r.a supaya dosa kita terhapus terus daripada buku catatan amal. Seolah-olah kita tak pernah buat dosa tersebut.
Ads
6. Bagitahu anak kita untuk selalu mendoakan kita setiap kali lepas solat kerana anak kita masih suci dibandingkan kita yang banyak dosa dan kesilapan.
Siapa tahu doa anak kita lebih makbul daripada doa kita. Cuba tanya anak kita “nak tak kalau kita boleh bertemu berpelukan di syurga kelak? Haa.. Kalau nak, adik tolong doakan emak ya ”
7. Bagitahu anak kita bahawa kita tak selamanya akan berada di sisi dia dan dia adalah bekal terbaik kita ada bila kita berada di akhirat nanti sebab itulah dia kena jadi anak yang soleh dan selalu mendoakan kita selepas kita dah meninggal dunia. Sebak.
p/s : Saya doakan anak lelaki dan anak perempuan anda semua menjadi anak yang soleh & solehah yang menjadikan doa kepada ibubapa sebagai amalan harian. Amin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini viral kisah kanak-kanak lelaki yang mengalami mata berkedip tanpa henti akibat masalah gangguan saraf pada wajah akibat kerap menggunakan gajet dalam tempoh yang lama. Isteri dedahkan Anak Lan Solo nyaris alaminya.
Hal ini memeranjatkan ramai ibu bapa. Isteri penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim juga turut tertarik dengan isu itu dan berkongsi bahawa simptom mata berkedip pernah dialami oleh anak ketiganya, Muhammad Aqid Qassyaff, 3 tahun. Anaknya itu juga turut mengalami sakit kepala.
Setelah perasan keadaan anak yang ketagih gajet, Sheila bertindak menyimpan gajet jauh dari anaknya, Akid walau pun Akid mengamuk.
Menerusi Instagram, Sheila turut berkongsi video mengenai kanak-kanak yang viral tersebut.
Terpanggil pulak utk KY (nama Sheila di Instagram) share.. .
INI BUKAN ANAK KY – BUKAN AKID..! .
Utk pengetahuan korg, anak KY – Akid HAMPIR2 jadi cmnie.. .
Punca dr perkara yg sama – GADGET – .
Sama kejadiannya.. Mata x berenti berkedip2.. .
Bangun tido nangis sbb mata sakit.. .
Pastu sakit kepala.. .
Nasib baik kami cepat perasan.. .
Kami terus simpan semua gadget.. Dan yes Akid mengamuk sepjg hari sbb x dpt gadget.. Tp kami kentalkan hati biar smpi dia lupa gadget.. .
Alhamdulillah.. Seminggu je dia lupa semua.. Terus hilang sakit kepala dan mata bkedip dia tu.. .
Buah hati Scha al-Yahya dan Awal Ashaari, Lara Alana sering jadi perhatian ramai. Bukan kerana kepetahannya bercakap tapi turut diajar adab yang baik oleh kedua ibu bapanya.
Melalui entri di instagramnya dalam salah satu perkongsian video, Lara dilihat sentiasa memulakan bacaan Bismillahirahmanirahim setiap kali makan.
Caranya makan penuh dengan adab dan tertib walaupun baru berusia 4 tahun sehingga dipuji oleh netizen.
Bagus didikan Scha dan Awal
Suap je Bismillah
Betullah orang kata, apa yang ibu bapa ajar di rumah itulah yang anak ingat sampai bila-bila. Bawah usia 6 tahun anak akan serap apa yang dilihat dan didengar di sekelilingnya. Sebab itulah contoh yang baik untuk anak-anak adalah ibu bapa.
Sebelum ini pun Awal ada juga memuat naik video Lara membuat brownies. Setiap kali hendak memasukkan bahan brownies ke dalam mangkuk, Lara tak lupa untuk sebut Bismillah.
Bertuah Scha dan Awal kerana berjaya jadikan perkataan Bismillah itu sentiasa meniti di bibir anak daranya sebelum memulakan sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
Sumber: ig laraalana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai anak autism memerlukan ketabahan kerana ibu bapa akan melalui pelbagai tekanan dan cabaran dari segi mental, emosi, fizikal dan kewangan. Apa yang perlu diingat, setiap ujian yang diberikan adalah sesuai dengan ketahanan kita dan kita mampu mengatasinya.
Perkongsian dari seorang bapa, Abdul Malek MB membuka mata semua ibu bapa mengenai anak istimewa ini.
Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism?
Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawab satu persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.
Ibrahim di diagnose dah disahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.
Pada awalnya tak berapa perasan sebab Ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.
Sebelum di diagnose, mula-mula perasan dan agak pelik bila …
1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.
2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.
4- Main permainan seperti lori, kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.
7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)
Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk Ibrahim di diagnose.
Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan Ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :
1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.
2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.
3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)
Usia setahun-2 tahun
4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.
5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.
9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10- Trauma dengan air.
11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.
12- Tak bermain di playground.
13- Kerap bangun malam
14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.
15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.
Umur 2 tahun- 3 tahun
16- Langsung takde suara. Senyap je.
17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.
18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.
19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.
21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.
22- Flapping hand dengan lebih kerap.
23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.
24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)
26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27- Sukar di pegang.
28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.
29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.
31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.
35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.
36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.
Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism) jika ada tanda-tanda autism yang common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.
Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak-anak autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.
Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terimanya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sebab anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal (normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.
Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.
Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perancangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.
Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?
Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.