Apabila anak mula meragam dan mengamuk sedangkan biasanya anak selalu sahaja baik tentu jadi serba tidak kena. Apa yang mama boleh lakukan ialah dengan cara memerhatikan punca anak jadi begitu.
Perhatikan adakah perubahan sikap anakberpunca daripada diri mama dan papa itu sendiri. Kadang-kadang anak kecil yang buat perangai ini bersebab. Mungkin mereka tak pandai nak beritahu secara terus jadi pendekatan yang mudah adalah dengan menunjukkan tanda protes.
Anak Tiba-tiba Meragam & Mengamuk
Bila anak buat perangai, secara automatik mama dan papa pun akan rasa geram sangat sehingga boleh terkuat suara atau pun memukul anak. Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin boleh dikaitkan dalam hal ini.
Berikut perkongsian Puan Maryam Jamadi yang boleh dijadikan sebagai panduan bersama.
Saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan ‘laku.’ Punca dia menangis memang ‘kelakar’ dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi – Tak nak tukar diaper walaupun sudah ‘membuang’ – Nak buka peti ais – Saya tegur bila dia tumpahkan air – Nak makan sup panas menggelegak – Baju dia pakai tak cantik
Ads
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stres, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stres dan sangat kuat mengamuk.
Ads
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh ‘pass’ hormon tak baik saya setiap kali saya stres dan penat iaitu hormon cortisol.
SUSU IBU + HORMON
*Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stres fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
*Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stres ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stres memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
Ads
*Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Kalau tengah penat dan dalam tergesa-gesa, saya cadangkan untuk ambil masa 10 minit untuk bertenang, minum air sekejap, makan coklat dan lupakan perkara yang menyemakkan kepala. Boleh buka ayat Al-Quran ataupun white noise juga untuk membantu kita bertenang sebelum menyusu. Tak kiralah menyusu direct ataupun pam.
Bila agak-agak dah tenang, degupan jantung dah stabil dan normal baru mula menyusu ataupun mengepam.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Suami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri sepanjang tempoh menyusu badan. Agak-agak isteri mula berkerut, offerlah nak masakkan makan malam ataupun tolong lipat sidai baju ke.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stres sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stres.
Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak tadika hari ini yang berlumba-lumba untuk menyediakan silibus peperiksaan dan ujian untuk anak-anak kecil. Benarkah ujian dan peperiksaan ini baik untuk anak-anak kita atau membebankan mereka.
Ujian demi ujian, ditambah pula kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah menjadikan anak sekecil usia 5 hingga 6 tahun terbeban.
Mama papa jangan beratkan kepala dengan semua ini. Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan pendidikan praformal, ujian sebenarnya tidaklah seratus peratus salah.
Bila Peperiksaan Jadi Keperluan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi KEPERLUAN untuk si kecil anda!
PERTAMA
Si kecil disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif
Ujian atau penilaian akademik haruslah diberikan kepada si kecil seawal usia jika dia disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif yang ketara. Memang benar, ada kanak-kanak yang amat cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Namun, terlambat atau belum lagi mencapai mana-mana tahap perkembangan kritikal boleh menjadi petanda ada masalah perkembangan yang dihadapi si kecil itu.
Dalam keadaan ini, ujian atau penilaian menjadi suatu keperluan di bawah pemantauan pakar psikologi perkembangan atau pendidikan, supaya langkah-langkah intervensi boleh diambil secepat yang mungkin untuk membantu si kecil berkenaan.
2. KEDUA
Si kecil menunjukkan tahap perkembangan pintar cerdas aras tinggi.
Ujian atau penilaian akademik boleh juga diberikan kepada si kecil yang terlalu cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Cepat menguasai kemahiran membaca, mampu menyelesaikan masalah matematik yang agak kompleks atau memori yang amat kuat (photographic memory) mungkin menandakan si kecil itu berpotensi pintar cerdas lagi genius!
Antara ujian yang boleh diberikan adalah yang berdasarkan ‘Adapted Scales for Rating the Behavioural Characteristics of Superior Students’ (A-SRBCSS) yang dibina oleh Professor Jospeh Renzulli, seorang pakar perkembangan dan sahabat-sahabat beliau.
Peperiksaan Jadi Bebanan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi BEBANAN untuk si kecil anda.
PERTAMA Si kecil diuji atau dinilai hanya kerana dirasakan dia ‘perlu’ diuji / dinilai.
Sebelum papa dan mama di luar sana menggaru kepala yang tidak gatal itu, salah satu faktor yang menjadikan sebuah institusi prasekolah (tabika atau tadika) bernilai negatif adalah apabila ujian dan penilaian akademik dilakukan ke atas kanak-kanak di situ hanya kerana dirasakan mereka memang ‘perlu’ diuji. Lebih merisaukan apabila ujian atau penilaian yang diberikan langsung tidak sesuai dengan kemampuan si kecil!
Sayangnya, dalam era media sosial yang menyebarkan kebodohan dan maklumat palsu, ada mama dan papa yang tertipu dan percaya bahawa tadika terbaik untuk si kecil mereka adalah tadika yang paling banyak membuat ujian bulanan dan peperiksaan akhir semester.
2. KEDUA – Ujian, penilaian, peperiksaan sekadar membandingkan kemampuan si kecil dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya sahaja.
Dipermudahkan cerita, si kecil anda seharusnya dinilai perkembangan otaknya dalam dua konteks berbeza. Pertama, bandingkan si kecil anda hari ini dengan dirinya semalam, minggu lepas, bulan lepas juga tahun lepas. Kemudian, kedua, barulah bandingkan dia dengan kanak-kanak yang sebaya. Perkembangan pada usia pendidikan praformal lebih memfokus kepada kualiti individu dan perkembangan diri berbanding hari semalam.
Masalahnya, ada papa dan mama yang jadi susah hati apabila si kecil tidak mencapai tahap anak jiran, anak saudara, rakan-rakan media sosial mereka. Perlu diingatkan, fenomena kanak-kanak yang lambat berkembang (late bloomer) adalah sesuatu yang normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik anak mengikut zaman, tetapi zaman ini adalah zaman yang ‘menakutkan’ buat Hanis Zalikha. Yusuf tidak didedahkan dengan gajet.
Menjadi kebiasaan di mana-mana, bayi dan kanak-kanak diberikan gajet untuk ‘didiamkan.’ Namun aktres Hanis Zalikha, mendidik anak perlu mengikut peredaran zaman tapi zaman ini menakutkan baginya sebagai ibu.
BILL GATES PUN BAGI ANAK GAJET BILA 14 TAHUN KE ATAS
Umur berapa nak bagi anak gajet? Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda2 camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.
NAK DIDIK IKUT ZAMAN, TAPI ZAMAN INI MENAKUTKAN
Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.
KINI HANYA TV CHANNELS UNTUK YUSUF,
Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa.
YUSUF BANYAK BELAJAR TATABAHASA DI BABY TV
P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.