Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal anak berumur satu tahun dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tip penting untuk melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
Ads
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku.
Ads
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan mimik muka yang jelas serta intonasi yang menarik.
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak.
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka.
Anak terhantuk kepala merupakan situasi yang sering berlaku ketika kanak-kanak sedang aktif bermain, berlari, memanjat atau meneroka persekitaran mereka. Dalam kebanyakan kes, kecederaan yang berlaku adalah ringan dan tidak menyebabkan komplikasi serius. Namun begitu, terdapat juga keadaan tertentu yang boleh melibatkan kecederaan otak atau retakan pada tempurung kepala yang memerlukan rawatan segera.
Sebagai ibu ayah, penting untuk mengetahui tanda-tanda amaran yang tidak boleh diabaikan. Tempoh 24 jam pertama selepas kejadian merupakan waktu paling kritikal kerana sebarang perubahan pada keadaan fizikal atau tingkah laku anak boleh menjadi petunjuk kepada kecederaan yang lebih serius.
Jika anak menunjukkan mana-mana simptom berikut selepas terjatuh atau mengalami hentakan pada bahagian kepala, segera dapatkan pemeriksaan di hospital atau jabatan kecemasan.
Jika anak mengadu penglihatannya menjadi kabur atau melihat dua imej serentak, keadaan ini boleh menunjukkan gangguan pada fungsi otak akibat hentakan yang kuat. Walaupun simptom ini kelihatan kecil, ia tidak sepatutnya dipandang ringan.
Muntah sekali selepas kejadian mungkin berlaku kerana terkejut, menangis terlalu lama atau berasa tidak selesa. Namun, jika muntah berlaku berulang kali atau anak terus mengadu loya, pemeriksaan perubatan perlu dilakukan dengan segera.
Sawan yang berlaku selepas kecederaan kepala merupakan tanda kecemasan. Keadaan ini boleh menunjukkan berlakunya gangguan pada otak dan memerlukan penilaian doktor tanpa berlengah.
Jika anak hilang kesedaran walaupun hanya untuk beberapa saat, jangan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Pemeriksaan segera penting bagi memastikan tiada kecederaan dalaman yang serius berlaku.
Kanak-kanak biasanya akan berehat selepas menangis atau terkejut. Namun, jika mereka kelihatan terlalu mengantuk, lesu atau sukar dibangunkan daripada tidur, keadaan ini perlu diberikan perhatian segera.
Perubahan tingkah laku merupakan antara petunjuk penting selepas kecederaan. Jika anak bercakap merapu, tidak mengenali individu di sekeliling, kelihatan keliru atau bertindak luar daripada kebiasaan, segera dapatkan bantuan perubatan.
Luka pada kepala biasanya akan berhenti berdarah selepas tekanan diberikan. Jika pendarahan berterusan walaupun selepas rawatan asas dilakukan, anak perlu diperiksa oleh doktor untuk menilai tahap kecederaan.
Keadaan ini merupakan antara tanda yang sangat membimbangkan kerana ia boleh menunjukkan kemungkinan berlaku retakan pada tempurung kepala. Pemeriksaan kecemasan perlu dilakukan secepat mungkin.
Sekiranya anak mengadu sakit kepala yang kuat atau kesakitan semakin bertambah dari semasa ke semasa, jangan abaikan aduan tersebut. Kesakitan yang semakin teruk boleh menjadi petunjuk kepada kecederaan yang memerlukan rawatan segera.
Selepas anak terhantuk kepala, sesetengah simptom mungkin tidak muncul serta-merta. Ada keadaan yang hanya menunjukkan tanda beberapa jam kemudian. Oleh sebab itu, ibu ayah perlu sentiasa memantau tahap kesedaran, cara anak bercakap, cara berjalan dan tingkah laku mereka sepanjang tempoh pemerhatian.
Perhatikan sama ada anak masih boleh bermain, berinteraksi dan bertindak balas seperti biasa mengikut usia mereka. Sebarang perubahan yang ketara perlu dianggap sebagai tanda amaran.
Ramai ibu ayah tertanya-tanya sama ada perlu membawa anak ke hospital selepas terjatuh. Jika terdapat simptom seperti pengsan, sawan, muntah berulang, penglihatan terganggu, pendarahan berterusan atau perubahan tingkah laku yang ketara, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.
Dalam situasi melibatkan anak terhantuk kepala, pemeriksaan awal boleh membantu mengesan masalah lebih cepat dan mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang.
Walaupun kebanyakan kes anak terhantuk kepala tidak menyebabkan kecederaan serius, ibu ayah tetap perlu berwaspada terhadap tanda-tanda bahaya yang boleh menunjukkan kecederaan otak atau retakan pada tempurung kepala. Tindakan pantas dan pemantauan yang teliti mampu memberi perbezaan besar terhadap keselamatan serta kesihatan anak.
Jika anda berasa ragu-ragu mengenai keadaan anak selepas kejadian, mendapatkan pemeriksaan doktor adalah langkah paling selamat. Keselamatan anak sentiasa perlu menjadi keutamaan.
“Kita kena beri anak gajet sejak bayi supaya dia tak ketinggalan zaman”. Ini antara yang berlaku pada kebanyakan ibu bapa sekarang.
Pasti ramai mak ayah kadang-kadang ada kerisauan begini, takut anak ketinggalan peredaran zaman jika tak diberi gadget sejak bayi. Ada juga yang takut anak tak “up to date” dengan gadget terkini susulan kerja sekolah di sekolah rendah pun dah ada menggunakan komputer.
Jangan risau mak ayah.
Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi menjelaskan zaman kita dulu pun tak ada gadget, komputer sendiri pun tak ada, alhamdulillah bila cukup masanya ok sahaja tak ada masalah untuk guna bila skil dah ada. Betul tak?
Otak anak, bila dikembangkan dengan baik dan dirangsang dengan baik. Nak belajar apa pun mudah, percayalah.
Jangan terlalu risau anak ketinggalan zaman bila tak beri atau tak ada gadget di awal usia tapi risaulah anak ketinggalan perkembangan. Saya nasihat macam ini sebab saya dah jumpa banyak sangat kes kelewatan perkembangan disebabkan pendedahan gadget terlalu awal. Dan pendapat diatas adalah antara yang paling popular penyebab mak ayah beri gadget sendiri kepada anak. Antara kes popular:
Nampakkan? Yang peliknya, anak-anak terlewat perkembangan ini pandai “slide” handphone, pandai klik youtube dan buka channel kegemarannya malah ada yang pandai menyanyi dengan gadget atau TV. Mereka seperi dunia mereka sendiri tetapi bila masuk ke dunia sebenar mereka buntu.
1. Tak sedar siapa yang panggil. 2. Tak sedar hujan diluar. 3. Tak sedar mak ayah balik rumah. 4. Tak sedar ada kawan sebaya di sebelah meja makan. 5. Tak sedar sepupu-sepupu tengah main kejar-kejar. 6. Tak sedar ada bau durian di dapur. 7. Tak sedar rasa makanan manis masam masin. 8. Tak sedar suhu persekitaran sejuk atau panas. 9. Tak sedar ada lori, kereta, burung berterbangan di luar.
Tanda-tanda di atas inilah antara tanda-tanda yang saya namakan sebagai “buta persekitaran” iaitu tak sedar apa jadi di persekitaran mereka.
(Kecuali kes-kes lain tertentu seperti Autisme, ADHD dll)
Kalau anak-anak anda ada tanda-tanda ini di usia 1 tahun keatas dan ada pendedahan gadget atau TV terlalu lama, mohon mak ayah ambil tindakan awal sebelum isu lain timbul.
Tak ada gunanya kalau pandai “slide” handphone, pandai klik klik youtube, main game dalam handphone, tahu A-Z tentang teknologi terkini tapi bila tiba menulis cepat penat, bila tiba waktu makan minta mak suap sebab masih bersepah, bila tiba pakai baju berbutang kena minta orang lain butangkan, bila minta tolong ambilkan barang banyak alasan dan sebagainya.
Sebab apa? Asyik merangsang pergerakan jari telunjuk sahaja sehingga skil sebenar yang anak perlu belajar terabai.
Sebenarnya banyak sangat skil yang perlu anak belajar semasa bawah 3 tahun sebelum “skil main gadget”.
1. Skil motor halus. 2. Skil motor kasar. 3. Skil bahasa. 4. Skil sosial. 5. Skil urus diri.
Untuk merangsang skil-skil di atas, yang paling penting adalah anak WAJIB “Celik Persekitaran” kerana anak bawah 2 tahun belajar melalui sistem deria. Sistem deria pula dirangsang dengan persekitaran.
Latih, latih dan latih skil penting anak. Pastikan anak cukup umur baru beri “main gadget” atau TV. Itupun ada hadnya mengikut umur mengikut AAP (American Academy of Pediatrics):
Anak bawah 18 bulan:
Zero
Anak 18 bulan – 2 tahun:
30 minit SEHARI bukan sekali tengok ya, dan hanya rancangan berilmiah BERSAMA ibu bapa.
Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.
Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.
Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.
Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.
Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.
Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.
Sumber: rahsiarumahtangga/Dato Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.