Sebagai ibu bapa memang ramai yang tahu bahawa kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan tumbesaran yang baik. Namun dengan gaya hidup pada hari ini, untuk menidurkan si kecil kita memang sesuatu yang agak mencabar.
Menurut Khairul Abdullah melalui pembacaannya dalam satu jurnal, pakar menyatakan bahawa anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk mengalami obesiti, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup.
Dia juga turut menyatakan waktu tidur sesuai dengan usia anak-anak. dalam masa yang sama bapa ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk mendidik anak-anak supaya cukup setiap malam.
Selain itu juga, ayah ini turut berkongsi kebaikan tidur yang cukup buat anak-anak:
Korang tahu tak, anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Ads
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
Anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan depa untuk belajar, menyimpan maklumat, dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik (link ada di bahagian komen) menunjukkan tidur awal dikalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak tu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab tu waktu kita demam atau selsema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepadasemua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tips aku dah share dalam post sebelum ni.
Ads
Bagi depa main dan penat.
Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
InshaAllah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya okeh.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Ads
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Korang tak akan nampak budak-budak di luar rumah, di kedai, di restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau diorang nampak kau bawak anak jenuh kau kena tegur dan marah dengan orang ramai. Depa kata budak-budak pukul 8 tu patut dok atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkan ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan.
Kebanyakan ibu bapa cuba untuk menjaga anak-anak, maka inilah teknik terbaik untuk melindungi anak-anak. Serahkan anak kepada Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Caranya zikir 5 nama tersebut 40x setiap pagi dan diiringi dengan bicara hati, “Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”
Kenapa perlu serahkan anak kepada Allah pula? Bukankah Allah beri kita anak untuk kita jaga? Bukankah anak tanggungjawab Kita?
Ibu-ibu, ayah-ayah sekalian…
Penyerahan itu di Hatimu bukan di gerak gerimu.
Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 & 36 ada menerangkan cara-cara kita perlu membuat penyerahan kepada Allah.
Ayat 35:
Ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ayat 36:
“…. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi energy yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Kerana Allah boleh memberi full energy kepada kita sebab kitalah khadam/khalifah Allah untuk menzahirkan sifat-sifat Allah kepada anak-anak.
Energy mendidik: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid Energy membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq Energy menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin Energy menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ Energy memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib Energy mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’
Ingatlah, kitalah khalifah Allah kepada anak-anak, maka siapa lagi yang kita harapkan untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah jika bukan Allah Ya Somad Yang Maha Diperlukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.
Dalam melindungi anak-anak, yang paling utama yang harus dilindungi ialah hatinya iaitu iman dan aqidahnya. Maka, kepada Allah lah tempat kita mohon pertolongan kerana hanya Allah yang Melihat apa yang di dalam hatinya. Allah Ya Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati. Maka, setelah membuat penyerahan kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baari’ memberi kita full energy sebagai ibu bapa untuk menjalankan tugas-tugas di atas sebagai jawapan Allah kepada doa kita.
Sumber: fizazawawi via aispanas.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Geram sampai tahap kesabaran tak boleh nak dikawal boleh berlaku bila anak buat perangai. Tambahan pula dengan kepenatan selepas seharian bekerja antara salah satu punca ibu bapa tak boleh nak kawal kemarahan sehinga terpaksa naik tangan.
Sampai bila nak berterusan? Di sini pentingnya ibu bapa mencari penyelesaian di sebalik masalah ini. Berdasarkan perkongsian Dr Rozanizam Zakaria persoalan kenapa anak kecil buat perangai bukan disebabkan sikap anak itu sahaja tetapi melibatkan ibu bapa dan persekitaran.
Berikut antara persoalan dan penyelesaian yang boleh dijadikan panduan
Salam doktor, anak saya umur 2 tahun selalu buat perangai, mengamuk, tak nak dengar kata, kacau adik. Kalau saya marah dia menjerit. Kadang-kadang tak dapat control sampai terpaksa naik tangan. Macam mana nak handle? – Puan M –
Sebelum kita pecah kepala fikir ‘magic solution’ kepada ‘masalah dunia’ ini, let’s consider this. Kerana dalam banyak keadaan, bagi saya persoalan yang lebih tepat bukan bagaimana, tetapi mengapa.
INGINKAN PERHATIAN – kanak-kanak perlu bersaing untuk mendapat perhatian dari ibu bapa dengan anak-anak lain, kerjaya, urusan rumahtangga, gajet dan internet dan pelbagai lagi distraction yang menyebabkan kanak-kanak rasa tidak mendapat perhatian yang diingini. Adakalanya tingkah laku yang tidak disenangi itulah satu-satunya cara untuk mereka mendapat perhatian yang diinginkan.
CEMBURU DAN PERSAINGAN – Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun mula belajar tentang konsep ‘my way, my things, myself’ dan kehadiran orang lain seperti adik beradik dan kawan-kawan adakalanya menguji ‘territory’ ini.
PERASAAN KECEWA – ‘frustration’ adalah emosi yang tercipta bila mereka tidak dapat memenuhi keinginan mereka sendiri disebabkan ketidakmampuan mereka. Contohnya tak dapat ambil barang yang diingini, tak berjumpa dengan mainan yang dicari, tak dapat menonton cerita yang diingini.
PERASAAN TAKUT/GELISAH BIMBANG DITINGGALKAN ATAU BERJAUHAN DARI TEMPAT BERGANTUNG – Reaksi ini adalah tindak balas normal terhadap ketidak pastian mereka atau apa yang mereka pelajari dari pengalaman sebelumnya. Mereka tidak memiliki kematangan komunikasi untuk meluahkan perasaan mereka melainkan dengan tingkahlaku.
REAKSI NORMAL TERHADAP KESAKITAN, KELETIHAN DAN GANGGUAN EMOSI – Seperti mana orang dewasa, mereka juga mengalami situasi sebegini. Cumanya, mereka lebih kerap meluahkannya dengan tingkah laku (Orang dewasa pun ada juga berperangai sebegini)
KEHENDAK IBUBAPA YANG SUKAR DIPENUHI – Jangan expect kanak-kanak untuk berperilaku sempurna seperti dewasa pada setiap ketika (dewasa pun tak mampu penuhi expectation ini). Adakalanya ibubapa perlu terima hakikat sesetengah tingkahlaku adalah simply kerana mereka masih kanak-kanak.
DRAMA IBU BAPA – Stress boleh berjangkit! Bila ibubapa tidak mengurus emosi dengan baik, tekanan dan bebanan yang mereka hadapi singgah pada anak-anak. Drama mereka disambung oleh anak-anak dengan watak dan jalan cerita yang berbeza.
Banyak tenaga, suara, masa dan emosi dapat dijimatkan bila kita dapat kenal pasti punca dan selesaikannya dari puncanya dengan lebih rasional. Dalam hiruk pikuk cabaran mendidik anak-anak, ada ketika kita perlu mengambil beberapa langkah kebelakang dan berfikir…”kenapa agaknya anak bertuah ini jadi sebegini?” Mungkin jawapannya ada pada kita..
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.