Perasan tak anak bila menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen mereka suka tengok benda yang sama berulang kali. Kadang sampai ibu dan ayah pun dah boleh hafal setiap dialog yang dituturkan.
Nak ajar anak-anak yang masih kecil pun sama kena ulang-ulang barulah mereka lebih faham dan lebih yakin untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi ibu dan ayah jangan putus asa bila bab nak ajar anak sesuatu yang baru.
KENAPA PERLU ULANG BANYAK KALI
Bila mengajar kanak-kanak, penting untuk kita membuat ulangan.. Sebabnya dapat :
1️⃣ Meningkatkan kefahaman dan ingatan kanak-kanak
2️⃣ Sebagai peneguhan
3️⃣ Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
Ads
Jadi lepas ni, ajar apa-apa pun pada kanak-kanak perlukan ulangan.. Nak ajar bercakap pun sama.. Ulang je perkataan atau ayat atau perbuatan yang kita nak ajar tu.. Mesti dapat punya..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bila anak asyik batuk dan selesema dengan kerap, mak ayah mana yang tidak mula berfikiran yang bukan-bukan. Makin stress bila mana anak tidak dapat ke rumah pengasuh, terpaksa minta cuti dan sebagainya. Semua ini menjadikan kerja dan tanggungjawab mak ayah terganggu.
Pun begitu janganlah terlalu tertekan. Ini adalah hal yang biasa sehingga anak mendapat imun tubuhnya sendiri. Jadi mak ayah tak perlu risau terlebih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia.
Anak mudah terkena demam batuk selesema? Setiap bulan asyik sakit? Sabar.
Jika sudah bawa berjumpa dengan doktor/pakar kanak kanak, sudah diberi pemeriksaan yang betul dan tiada masalah, InshaAllah tiada apa apa.
Kanak kanak berusia 6 bulan ke 6-7 tahun adalah normal untuk mendapat flu/common cold dalam 7-8 kali setahun, terutamanya mereka yang dihantar ke taska/rumah pengasuh.
Ini kerana di usia begini, badan mereka sedang membentuk imuniti untuk virus virus yang terdapat di sekeliling mereka.
Ada terdedah kepada virus baru saja, mereka jatuh sakit. Ini adalah normal kerana itu adalah reaksi badan mereka melawan kuman dan membentuk antibodi terhadap kuman kuman tersebut.
Jadi, bila nanti kuman kuman tu datang serang balik, badan mereka dah kuat sebab dah kenal kuman kuman tu.
Tapi kena ingat yang ada beratus jenis kuman di luar sana. Sebab itu kerap sakit kerana terdedah kepada kuman yang baru.
Jika simptom mereka seperti batuk atau selesema atau demam biasa tidak semakin teruk dan sembuh dalam masa seminggu, InshaAllah ok saja.
Tetapi jika keadaan mereka semakin teruk dan terdapat tanda bahaya seperti nafas laju, nafas berbunyi, muntah teruk, tidak aktif tidak bermaya, cirit melampau, mengadu sakit kepala yang kuat, tak mahu makan minum, maka segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sila jangan beli sendiri ubat batuk/selesema jika anak anda masih di bawah usia 2 tahun. Jika berusia 2-6 tahun juga, seeloknya dapatkan pemeriksaan doktor dulu ya.
Batuk adalah salah satu respon badan untuk menyingkirkan kuman daripada badan mereka. Meraka tidak tahu bagaimana cara untuk keluarkan kahak mereka. Cuba lakukan tepukan di belakang mereka dan beri mereka minum banyak air kosong untuk bantu cairkan kahak mereka. Ada setengah kahak akan keluar melalui najis mereka.
Untuk selesema, boleh letak saline nasal drop untuk keluarkan hingus mereka atau mandikan mereka dengan air suam atau boleh sapu minyak yang sedikit panas pada dada mereka. Hentikan stress dan jangan fikir bukan bukan.
Kerap kena flu bukan bermakna perlukan vitamin extra, bukan sebab anda adalah parents yang teruk atau bukan sebab anak anda lemah. Doakan yang baik baik untuk mereka.
Terdapat beratus jenis kuman di sekeliling kita. Ada sesetengah kanak kanak yang membentuk imuniti sedikit perlahan berbanding kanak kanak lain. It’s okay. Mereka sedang membesar.
* Terus pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih. * Kerap cuci semua permainan mereka. * Cuci pakaian mereka dengan air suam dan sabun yang betul. * Pastikan mereka makan makanan yang sihat dan minum air dan susu dengan elok. * Jika ada pet/carpet, pastikan ianya sentiasa bersih. Jika benar anak anda alah pada sesuatu, maka elakkan ia. * Monitor berat dan perkembangan mereka. Jika normal, InshaAllah tak perlu risau ya.
Dan yang paling penting adalah jangan membandingkan dengan sesiapa. Ini yang membuatkan kita akan semakin letih dan stress.
Ibu bapa yang positif InshaAllah akan melahirkan anak anak yang gembira.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sayang anakkan?. Apa lagi cahaya mata yang ditunggu-tunggu sekian lama. Usahawan berjaya, Eryca Baiduri atau Madammu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya berkongsi kisah bayinya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Madammu turut berkongsi gelagat suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.
Kongsi Madammu, suaminya tidak mahu memandikan bayi mereka dengan air paip ketika berada dikampung mereka di Besut sebaliknya membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan air mandian anaknya itu.
“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.
” Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja,” kongsinya.
Bagi memberi keselesaan pada baby Kayden, Madammu turut mencampurkan dengan air suam bersama air mineral sebelum memandikan bayi kesayangannya itu.
Terhibur dengan tindakan suaminya, namun Madammu menganggap ia sebagai salah satu cara suaminya menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada anak mereka.
Terdahulu, Madammu selemat melahirkan bayi sulungnya melalui kaedah IVF pada 9 Jun yang lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2015.
Anak-anak pelengkap keluarga, kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga. Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga, sempurna seadanya.
Bagi pasangan Siti Aisyah Abu, 34 serta pasangannya, Mohamad Khairunizam Ismail, 40 yang mana impian mereka untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai setelah dikurniakan empat orang anak lelaki.
12 tahun kahwin, dapat 4 anak lelaki
12 tahun usia perkahwinan, menurut laporan Mstar, pernah Khairunizam bernazar untuk kelahiran anak yang keempat jika mereka dikurniakan anak perempuan.
“Anak sulung sampai nombor empat semua lelaki. Memang nak sangat anak perempuan sebenarnya. Tapi masa mengandung anak keempat, saya tak tahu lagi jantina dia masa tu. Suami bernazar cakap pada saya ‘Kalau yang ni dapat girl, saya nak simpan rambut panjang. Awak dah bersalin baru saya potong.”
“Suami saya ni rambut dia jenis kerinting jadi dia malu sikit nak simpan sebab nanti semua orang kutuk. Tapi demi untuk anak ke empat, dia sanggup bernazar tak nak potong rambut.
“Masa saya pergi scan awal mengandung tak nampak lagi jantina bayi. Sampai dah tujuh bulan pun baby tak nak tunjuk jadi doktor kata kemungkinan perempuan tapi doktor tak nak bagi harapan pada saya,” jelasnya kepada Mstar.
Tambah Siti lagi yang menguatkan nalurinya dan suami tentang anak perempuan, ketika hamil kali keempat, dirinya suka bersolek dan berhias berbeza ketika mengandungkan tiga anak yang terdahulu.
“Saya perasan masa mengandung anak keempat ni saya asyik nak melawa je. Saya suka make up dan bergaya. Masa anak yang lain saya jadi malas sikit nak berdandan.
“Jadi bila suami perhatikan sikap saya tu, dia pun cakap kemungkinan besar saya mengandung baby girl.
“Saya pun dengan yakin ambil keputusan beli barang untuk anak dalam kandungan saya ni siap-siap sebab teruja. Saya beli baju warna pink dan barang-barang lain semua warna untuk anak perempuan,” jelasnya lagi.
Doktor sahkan anak keempat pun lelaki
Setelah melakukan pemeriksaan sekali lagi, keputusan yang dikongsi oleh doktor tidak seperti yang disangka. Anak dalam kandungan Siti kali itu juga adalah lelaki.
“Masa saya sarat nak bersalin, doktor scan lagi sekali dan beritahu yang anak saya sebenarnya ‘boboy’. Dalam hati saya masa tu cakap tak apalah, asalkan anak saya sihat dan selamat pun dah cukup bersyukur.
“Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl.
“Lepas saya beritahu suami yang doktor scan tadi kata anak ni boy, suami pun senyum sambil kata tak apa. Dia pun tak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan baby sihat, walaupun ada juga nampak kekecewaan sikit pada mukanya,” kongsi Siti lagi.
Ditanya tentang rambut yang disimpan, menurut Siti suaminya tidak memotong rambut sehinggalah anak keempat yang diberi nama Mohammad Airil Zaquan dilahirkan pada 26 Jun 2018.
Akhirnya anak kelima perempuan
Wanita ini turut mengakui bawaha wajah anak keempatnya yang kini sudah berusia 5 tahun kelihatan comel dan lembut persis bayi perempuan. Perkara itu turut diakui oleh orang sekeliling.
Namun sudah tertulis rezeki pasangan ini untuk mempunyai anak perempuan, setahun selepas melahirkan anak keempat, Siti hamil anak kelima dan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Kyra Kaisara pada 28 Mei 2020.
“Setahun lepas dapat anak keempat saya mengandung pula. Kali ni memang pasti anak perempuan tapi saya dah tak beli baju baru pink. Saya beli semua warna putih, biru dan hijau saja untuk dia.
“Alhamdullilah ada juga rezeki kami nak dapat anak perempuan. Merasa juga ada anak perempuan dalam keluarga kami. Suami pun senyum lebar,” akhiri Siti ketika ditemubual oleh Mstar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.