Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa. Tak kisahlah separuh atau suku hari, latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lapar.
Ada beberapa jenis makanan yang dikenal pasti mampu buat anak bertahan lebih lama. Bukan memaksa tetapi tip yang dikongsikan oleh Puan Rose Hanizan, Pegawai Diatetik KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan ini boleh anda praktikkan buat anak.
Bagi melatih anak kecil kita berpuasa, ibu bapa juga mengambil kira kemampuan mereka untuk menahan lapar dan dahaga di samping memberikan tenaga dengan pemakanan seimbang bagi membantu daya tahan anak kita.
Ibu bapa perlu memberikan zat yang cukup, seimbang dan pelbagaikan jenis makanan. Malah ibu bapa perlu pandai memilih makanan yang sesuai untuk anak masing – masing supaya mereka makan dengan penuh berselera.
Seeloknya banyakkan masakan di rumah berbanding membeli makanan di luar seperti bazar atau pasar. Makanan luar nampak menyelerakan tetapi kita belum tentu lagi tahu akan kebersihan dan kandungan zat dalam makanan tersebut.
Di antara tips yang boleh dikongsikan untuk memastikan anak – anak kita dapat berpuasa dengan baik adalah seperti berikut:
Ads
Tip Masa Sahur * Pastikan ibu sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut pada anak-anak. Makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks ini dapat mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan
* Pastikan ada sumber protein seperti ikan, ayam atau telur kerana ia juga lambat dicerna dan anak akan rasa kenyang berpanjangan.
* Wajib berikan anak susu ketika sahur supaya anak kekal cergas sampai petang.
* Jangan lupakan sayur untuk anak.
Ads
* Sebolehnya elakkan makanan bertumis atau berlemak pada anak semasa sahur. Lemak akan menyebabkan perut rasa tidak selesa dan mempercepatkan rasa lapar.
* Makanan berminyak juga kerana buat anak lebih cepat penat.
* Pastikan juga anak makan sedikit buah, mungkin jadikan oat bersama buah-buahan di dalamnya. Buah dapat kurangkan rasa lapar di siang hari.
* Ibu harus pastikan tidak memberikan anak dengan makanan yang tinggi garamnya seperti ikan masin, jeruk, belacan, kicap terutamanya semasa bersahur. Ini bagi mengelakkan rasa dahaga yang teramat sangat ketika bulan puasa.
Ads
Tip Masa Berbuka * Minta anak-anak berbuka dengan kurma dahulu untuk pastikan tenaga mereka cepat kembali.
* Elakkan memilih deretan makanan yang terlampau manis.
* Minta anak minum air kosong pada kuantiti yang banyak.
* Larang anak ambil minuman berkafein tinggi ketika berbuka.
* Gantikan dengan jus buah-buahan atau air kosong sahaja yang lebih berkhasiat untuk anak-anak.
* Selain air, buatkan juga makanan berbentuk sup atau bubur untuk meningkatkan pengambilan air seharian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesuatu kemalangan yang berlaku memang tak dapat dijangka, namun sudah semestinya seorang bapa ingin berada di sisi anak tersayang jika berlaku kecemasan. Itulah yang dialami oleh pelakon saat dirinya dikuarantin setelah disahkan positif Covid-19 pada April yang lalu.
Pelakon ini mengakui terkilan dan sedih apabila gagal melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit Covid-19.
Kongsi Ashraf, kemalangan yang berlaku kepada salah seorang anaknya ketika dia dikuarantin di hospital benar-benar mencemaskan.
“Saya akan risau apabila ada antara ahli keluarga saya sakit ketika mana saya sedang dikuarantin di hospital kerana COVID-19.
“Misalnya salah seorang anak saya terpaksa menerima 40 jahitan mikro di jarinya akibat tersepit pintu dan insiden itu berlaku ketika saya dalam wad.
“Agak takut sebenarnya apabila saya dalam keadaan sedemikian dan tak boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.
“Memang ketika itu ada rasa terkilan dan sedih,” katanya kepada portal hiburan, Gempak.
Tidak berjumpa keluarga lebih 2 bulan
Jelas Ashraf, pengalaman sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya dan belajar banyak perkara tentang kehidupan.
“Saya berada di luar negara selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia dan menjalani kuarantin selama dua minggu.
“Kemudian saya dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19 selama 25 hari dan meneruskan kuarantin sendiri pula.
“Bayangkan lebih 2 bulan saya tak bertemu dengan keluarga dan memang sangat sedih sampaikan menangis sebab rindu.
“Sepanjang tempoh itu saya melalui satu perjalanan baharu bahawa bukan COVID-19 yang perlu kita takutkan tetapi amalan dan iman kita kepada Allah.
“Ini dugaan Allah supaya kita sedar sejauh mana kita dengan-Nya,” tambahnya.
Selepas pulih dari COVID-19, Ashraf kini kembali aktif mempromosikan filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa.
Ashraf melakonkan watak sebagai pendakwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi dosa-dosa silamnya yang pernah berzina dan punyai anak luar nikah.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Semoga setiap pesakit yang terkesan dengan virus ini akan disembuhkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga. Ingatlah kita masih belum menang walaupun kerajaan sudah memberi sedikit kelonggaran untuk rakyat.
Sebagai seorang ibu, kita tak sanggup bila lihat anak sakit. Mesti akan doa biarlah kita yang sakit. Namun cara ini tak sepatutnya diucapkan.
Melalui perkongsian Dr Hjh Azuraida Shahadan, ibu-ibu sepatutnya minta diberi kekuatan sepanjang masa. Walaupun kita rasa tak mampu, tapi suami dan anak-anak memerlukan kita sebagai kekuatan mereka. Bayangkan jika kita sakit, apa nasib orang yang kita sayang.
Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.
Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.
Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, saya baru faham apa yang mak saya cuba sampaikan.
Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah. Sesungguhnya benar sekali.
Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.
Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli untuk semua isi keluarga, belilah & makan sendiri. Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Conneto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utnuk menikmatinya lebih dari kita. Doakan rezeki anak-anak dimudahkan.
Sebagai mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Carilah me time sendiri. Tak perlu untuk jadi sempurna untuk segalanya. Kita manusia, ada kelemahan. Berehatlah bila penat, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta tiada yang peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.
Moga mak-mak diluar sana sihat selalu, sentiasa dilindungi Allah SWT & diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak bila kita duduk dalam rumah, rasa macam tak selesa dan serba tak kena. Jika ada anak kecil, kerap menangis. Lepas tu bila masak nasi atau makanan, mudah basi.
Menurut Ustaz Mujahidin dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin, mungkin ada yang tak kena dan perlu dilakukan sesuatu agar seisi keluarga sentiasa berada dalam rahmat-Nya sepanjang masa.
Ramai tanya saya balik..Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana??
“Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalami nya Sebenarnya.Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan..Di bawah saya share kan Tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan:
– Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri,kerap ternampak bayangan hitam@putih melintas laju , kerap ternampak seolah anak kecil berlari..
– Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita.. Kebiasaannya suara yang kita kenali..
– Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah,bunyi tarik kerusi meja atas rumah,bunyi lesung batu.Terutama rumah flat, kondo, apartment..Bunyi ketuk pintu,bunyi pasir@batu di baling atas bumbung rumah
– Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, sakit belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok masuk rumah sakit balik..
– Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas..Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk..
– Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga..Ada sahaja tak kena..Anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap.Suami isteri jadi serba tak kena ada je masalah..
– Masak nasi dan lauk cepat basi..Baru masak pagi tengahari dah basi.. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi…
– Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu,kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah…Tak tahu keluar dari mana punca.. Kadangkala bau kemenyan,colok ,bau Setanggi dan bau wangi..
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap di kongsi oleh pesakit pada saya.Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada Tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus..
Cara pertama:
Masuk je ke dalam rumah@ke mana sahaja yang kita pergi nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum”ada orang ke tak mesti kena bagi salam..Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas3x kemudian masuk dalam di mulakan dengan kaki kanan..
InshaAllah jika buat dengan yakin jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah kita sekali jika kita amalkan cara begitu..Paling mudah la tu..
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam)Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam..
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,
Cara kedua:
Jika kita nak tinggalkan rumah.. Sebagai contoh kita nak keluar rumah..Bagus juga di buat selalu sebenarnya..Cara nya letakkan Tapak tangan kita di pintu Utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca: Al Fatihah 1x Al ikhlas 3x Selawat 3x dan sambung ayat di bawah Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin 1x وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“ min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus.. Sebagai Contoh di elakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan di elakkan dari gangguan makhluk halus..
Cara ketiga yang terakhir sekali:
Amalkan Solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji AlQuran,Solat Tahajjud bersama-sama sekeluarga ..Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus.Sentiasa hidup kan suasana di dalam rumah dengan ayat Suci Al-Quran.InshaaAllah Jin iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita..
Bila makan di dalam rumah bersama-sama ,jangan lupa baca doa makan..Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..
“Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”
Jadi sebaiknya jangan la lupa doa makan ketika hendak makan.Itu adalah rezeki kita semua..Rezeki datang dari Allah..Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama Sebelum tidur..Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor..Bila kotor makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.
Jika Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam singki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk.. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk..Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.
Bila masuk Tandas jangan lupa baca doa. Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Doa hendak masuk tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa hendak keluar tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”
Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas. Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.
Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib..Ketika ini banyak makhluk halus yang berkairan di luar rumah terutama ketika masuk waktu Azan berkumandang pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu..
Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah tak elok..Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja…
Moga info ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan..Saya hanya share sahaja mana yang saya tahu..Semua sebagai Ikhtiar sahaja..Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqomah InshaAllah pasti di permudahkan segalanya dari Allah..
Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan di elakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!