Tidur siang hari adalah sama pentingnya dengan melelapkan mata pada waktu malam. Ia membantu memastikan anak mendapatkan waktu rehat yang diperlukan setiap hari. Jom ketahui lebih lanjut mengenai manfaat tidur siang untuk anak.

Anak Usia 6 Tahun Perlu Berhenti Tidur Siang? Ini Tempoh Nap Yang Ideal Untuk Si Kecil!

Manfaat tidur siang untuk anak
Apabila anak membesar, tidur pada waktu siang atau nap memberikan tubuh dan minda mereka ruang untuk berehat dan mengecas semula tenaga. Bahkan jika anak terlalu penat, ia akan menyukarkan mereka untuk tidur di malam hari.

Faedah lain tidur siang adalah:

Membantu anak belajar
Umumnya sebagai ibu bapa, kita mengetahui kepentingan tidur pada waktu malam amat penting untuk fungsi otak yang optimum. Jika tidak, kesan yang boleh dialami adalah seperti:

  • Rasa kabur
  • Mudah lupa
  • Tidak fokus
  • Mudah marah
  • Kesukaran melakukan aktiviti harian biasa

Jadi, tidak ada bezanya sekiranya si kecil tidak mendapat rehat yang mencukupi dan di sini wujudnya manfaat tidur siang untuk anak.

Bagi kanak-kanak yang biasa nap, melangkau tidur siang boleh memberikan kesan ketara terhadap keupayaan mereka untuk menggabungkan memori dan seterusnya belajar.

Penting untuk memahami, bukan semua kanak-kanak yang tidak tidur siang berdepan masalah daya ingatan lemah. Tetapi jika anak sudah biasa dengan amalan tidur pada siang hari dan melangkaunya, maka proses kognitif mereka akan terjejas.

Keperluan untuk anak tidur siang hari
Berikut tempoh tidur pada waktu siang yang diperlukan anak mengikut usia:

IKLAN

Bayi 0–3 bulan
14–17 jam. Bayi baru lahir cenderung untuk tidur sepanjang masa, bangun setiap beberapa jam untuk makan.

Bayi 4–12 bulan
12–16 jam. Sekitar usia 4 bulan, irama tidur mula menjadi lebih teratur. Kebanyakan bayi tidur lebih lama pada waktu malam dan mempunyai 2-3 sesi tidur siang hari.

Anak kecil 1-2 tahun
11–14 jam. Si kecil masih boleh tidur siang 2x sehari, tetapi kebanyakannya hanya akan tidur sekali sehari apabila mencapai usia 18 bulan.

Manfaat tidur siang untuk anak prasekolah 3-5 tahun

10–13 jam. Ramai kanak-kanak prasekolah mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan berhenti tidur petang pada fasa ini.

IKLAN

Usia persekolahan 6-12 tahun
9–12 jam. Kanak-kanak berumur lebih dari 6 tahun harus tidur sepenuhnya pada waktu malam. Jika anak anda yang lebih besar kerap tidur siang hari, tetapkan tempoh nap yang bersesuaian dengan jumlah tidur yang disyorkan.

Tip untuk tidur pada waktu siang hari yang lebih baik
Walaupun banyak kebaikan tidur siang, tetapi ada kalanya sukar untuk membuatkan anak tidur dan berehat walaupun seketika, betul tak?


Berikut antara petua yang mungkin boleh anda cuba:

Tetapkan mood
Mewujudkan rutin tidur dan tabiat merehatkan badan berkala – seperti bercerita diikuti usapan pada bahagian belakang badan – menghantar isyarat sudah tiba masa untuk anak berehat.

Sebaiknya pastikan waktu tidur siang hari dan tempat adalah sama setiap hari.

IKLAN

Masa yang betul
Apabila anda terlihat tanda anak mengantuk, contohnya menguap atau menggosok mata, bawa mereka ke bilik dengan suhu selesa dan persekitaran bebas gangguan.

Tempoh pendek
Kajian mendapati semakin lama tempoh tidur siang, kesannya anak akan sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.

Jadi, sekiranya si kecil masih belum bersedia untuk melepaskan waktu tidur siang, cuba untuk pendekkan tempoh nap anak atau biarkan anak tidur lebih awal.

Kesimpulan
Waktu tidur siang adalah masa untuk mengisi semula tenaga buat anda dan juga si kecil. Terdapat banyak manfaat tidur siang untuk anak. Namun jika si kecil tidak mahukannya, usah memaksa atau menjadikan sesi tidur siang sebagai ‘medan perang’.

Sebaliknya cukuplah untuk memberikan ruang untuk anak berehat dalam persekitaran yang menenangkan.

Sekiranya wujud persoalan atau kebimbangan mengenai tidur siang untuk si kecil, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI