Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan pengalaman anak bersunat memang satu pengalaman yang besar. Lebih-lebih lagi mungkin ada yang kurang pengalaman. Ada juga ibu yang tak tahu bagaimana proses penyembuhan luka sunat terjadi.
Dr. Adelin Zintampil menjelaskan bagaimana proses penyembuhan luka sunat dan apa yang ibu ayah perlu ‘take note’ jika berlaku perubahan pada bahagian luka sunat tersebut. Semoga bermanfaat buat semua!
Pagi petang siang malam, dari anak-anak yang sunat dengan Poliklinik Sakura sampai lah ke orang yang tak kenal tiba-tiba bagi gambar dan tanya pasal luka sunat anak memasing. Boleng mata mok tengok fon 🤣
First of all, saya bukan pakar. Saya doktor biasa yang menjalankan perkhidmatan sunat di klinik saya secara open slot. Saya tak buat walk in kecuali baby perempuan. Belum sampai masa nak jadi mak mudim tegar 😆
Kebanyakan pertanyaan yang saya dapat berkisar masalah penyembuhan luka selepas berkhatan. Terutamanya lagi dari mak-mak yang pertama kali jaga anak berkhatan dan bapaknya loss memory berkhatan masa kecil dulu 😋
Berkhatan cara conventional, laser (diathermy) atau clamp ni semua ada pro and cons masing-masing. Boleh study sikit kelebihan dan kekurangan setiap kaedah sebelum pilih nak guna kaedah apa. Kalau tak pasti sangat, boleh je jumpa doktor yang nak sunatkan tu dan tanya dia dulu, bina rapor supaya anda dapat build trust dengan doktor yang anda pilih tu.
Ads
Bukan tak boleh tanya doktor lain, cuma sebaiknya rujuk balik dengan mereka yang mengkhatankan anak anda sebab doktor tu lebih tahu keadaan penis anak anda sebelum dan selepas. Kalau tiba-tiba anda tanya saya “kenapa burung anak senget lepas khatan?” Saya pun tak boleh berikan jawapan yang pasti sebab saya tak tahu keadaannya sebelum tu 🙏🏻 Jangan cakap cheq sombong naa…
So kat bawah ni saya buat ringkasan sikit keadaan luka selepas berkhatan. Memang ada macam-macam rupa tapi tak boleh nak tunjuk gambar real. Saya cuba explain dengan gambar.
Proses Penyembuhan Luka Sunat
Proses sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Ads
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada penis yang tenggelam menyebabkan luka nya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anak nya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci 😅
Ads
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa. Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala. Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?👌🏻
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen 🤲🏻
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu yang ada anak bersekolah terutamanya di sekolah rendah pasti akan menghadapi situasi uniform kotor. Ini kerana anak-anak selalunya aktif bermain. Jika ibu ayah pesan sekali pun, balik rumah tetap ada kesan kekotorannya.
Untuk mencuci baju putih dan menjaga kebersihannya agak sukar jika tak dibasuh dengan bersih. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan semula baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam. Namun hasilnya tak seperti yang diharapkan walaupun dah guna sabun.
Kali ini, tip yang dikongsikan oleh Rina Abdul Rahman untuk membasuh baju sekolah anak sangat berkesan. Hasilnya juga sangat wow dan cukup mengagumkan!
Nak tahu apa rahsianya boleh guna sabun mandi Lux warna pink dan serbuk pencuci pakaian. Telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah untuk cuci baju sekolah anak dengan cepat dan mudah. Malahan kotoran kuning dan sebagainya terbukti hilang selepas dibasuh menggunakan cara ini.
Kesan menakjubkan!
Hi suri-suri yang sangat baik hati dan prihatin. Ingat tak Rina kongsi gambar baju sekolah anak yang teruk tu, minta tunjuk ajar cuci baju sekolah?? Alhamdulillah, saya guna tip yang dicadang oleh majoriti suri-suri semua iaitu sabun mandi.
Saya guna sabun mandi Lux + serbuk sabun jenama Kuat Harimau. Saya rendam sahaja tak sental pun, terus masuk mesin basuh. MENAKJUBKANNNN!!!! MENJADI!!! PUTIH BERSERI BAJU ANAK!!
Lepas basuh saya masukkn Nila, saya lebihkan nila..Ini hasilnya ya…Terima kasih kepada semua suri-suri. Ada yang PM saya juga terima kasih kepada semua suri-suri. Ada yang PM saya juga beri idea, terharu saya. Terima kasih sangat-sangat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penat lelah isteri bukan untuk dipuji tapi cukup manis kalau dihargai suami. Suami yang macho pula suami yang rajin membantu, tidak membiarkan isteri kepenatan seorang diri.
Bermula dari pagi hingga ke tengah malam, tiada hentinya kerja seorang ibu menguruskan anak, rumah tangga dan keluarga. Perkongsian daripada wanita ini boleh memberikan semangat buat isteri yang keletihan. Peranan suami sangat mustahak tidak sekadar membantu tetapi memberikan semangat dan kekuatan kepada isteri menempuhi hari-hari yang mencabar.
(Tips Sayangi Diri Tanpa Gunakan Wang)
Kesian pula bila baca facebook isteri yang mengadu penat. Jadi saya merayu kepada para suami, berilah sedikit penghargaan kepada isteri masing di rumah.
BANYAK BERKORBAN HINGGA DIRI SENDIRI TERABAI
Kadang kadang orang perempuan ni bila dah banyak sangat berkorban untuk orang, dia jadi lupa yang dia sendiri pun banyak terabai, baik fizikal mahupun kasih sayang.
Suami yang macho, dia usaha cari kaedah untuk isteri hadirkan rasa sayang pada diri sendiri.
Jadi apa kata selepas siap kerja rumah, bawa dia ke satu tempat yang tenang. Dan ajarkan beberapa teknik ni.
#1: Minta isteri tarik nafas 10 saat sedalam dalamnya. Biarkan udara memenuhi paru paru.
Kira setiap saat nafas ditarik, rasakan nikmatnya bernafas dengan perlahan dan seronoknya dapat duduk dengan tenang.
#2: Bayangkan kita sedang berada di depan cermin dan memandang ke dalam anak mata sendiri.
#3: Lihat sedalam dalamnya anak mata sehingga nampak….. diri kita sendiri.
#4: Perhatikan betapa cantik dan baiknya kita.Perhatikan apa yang indah indah dalam perihal hidup.
#5: Bayangkan jika kita adalah kawan baik kepada diri sendiri.
Apa agaknya perkataan yang akan dikatakan jika sahabat yang paling baik dan paling sayang adalah diri sendiri?
#6: Dengar betul betul ucapan yang ikhlas daripada hati itu.
#7: Akhiri perbualan dengan berkata, “Wahai diriku, saya sayang awak, awak berhak dicintai.”
Menarik kan? Aktiviti ini antara calming effect yang boleh meningkatkan self esteem wanita yang kadang tu terlupa nak hargai diri sendiri walaupun sering berkhidmat kepada orang lain.
BUAT CHECKLIST KEPADA ISTERI
Jadi, apa kata para suami sediakan checklist ini kepada isteri masing masing.
Tak rugi pesan kepada isteri untuk sayangkan diri mereka. Bukankah rumahtangga yang bahagia bermula daripada wanita-wanita yang gembira?
Bantu saya sebarkan tips ni ya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Seorang ibu muda runsing kerana anak sulungnya yang baru 2 tahun suka memukul adiknya yang baru 6 bulan. Ibu muda ini tidak terlarang anak sulungnya itu dan sering hilang sabar dan adakalanya terpaksa memukul anak sulungnya itu untuk tidak menyakitkan adiknya. Jadi bagai mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Tentunya dia berasa amat bersalah.
Ibu rasa ramai ibu muda melalui keadaan seperti ini. Inilah nasihat Ibu. Perenggan terakhir itu amat penting untuk dibincang bersama suami. Ibu sendiri pernah anak-anak kecil 4 orang berderet setahun beza umurnya. Memang, jika tidak kuat minda, hati dan jiwa seorang ibu itu boleh kecundang. Kefahaman suami isteri amat perlu di dalam hal seperti ini.
Anak sulung anda terlalu kecil untuk faham apa yang dia buat. Untuk tahap ini dia belum boleh memahami arahan kita. Oleh itu lakukan perkara yang mengelakkan dia memukul adiknya.
Contoh, letak adik dalam cot yang tinggi untuk dia boleh pegang adik dia bila puan melakukan kerja lain.
Bila anda nak layan adik dia, beri dia pelukan dan cium dia banyak-banyak dan kata anda sayang dia dan ajak dia tolong anda layan adiknya.
.
Walaupun anda buat begitu, dia belum lagi faham sebenar-benarnya memukul adik itu tidak baik.
Kemungkinan juga dia bukan mahu memukul tetapi sebenarnya mahu membelai. Namun, kerana dia belum boleh mengawal tangannya, maka kelihatan seperti dia mahu memukul. Oleh itu ambil tangannya yang nampak mahu memukul itu dan ajar dia membelai adiknya. Katakan begini;
” Sayang nak belai adik ya? Mari mama tolong sayang belai adik…macam ni…lembut saja ya”
Kemudian jangan pula menyangka dia terus faham dan melakukan yang betul seperti yang kita mahu. Ingat anak sulung puan masih kecil walaupun dia sudah beradik.
Satu perkara yang Ibu ingin memohon sayang consider dan berbincang dengan suami; rancang kehamilan sayang. Banyak cara yang mengikut syariah boleh dilakukan. Elok kita menjarakkan anak-anak kita supaya badan boleh pulih semula dan anak-anak sempat dilayan dengan baik. Serta anda suami-isteri akan dapat memberi perhatian satu sama lain yang mengukuhkan pertalian anda suami isteri