Anak yang baik ialah kebahagiaan ibu bapanya sepanjang hayat. Demikian ungakapan yang menjadi inti perkongsian Datuk Prof Muhaya Mohamad baru-baru ini di mana beliau berkongsi tip tentang bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak yang baik.
Datuk Prof Muhaya Mohamad
Beliau yang live di Facebook pada 24 Disember 2017 telah mengetengahkan 13 tip tentang bagaimana untuk mendidik anak menjadi anak yang baik. Antara tip yang diberikan ialah seperti berikut;
1.Berikan prioriti wang, masa, tenaga dan fokus kepada anak-anak berbanding perkara lain.
2.Jangan berkira untuk melaburkan duit, masa dan tenaga dan fokus untuk mendidik anak. Kerana nanti apa yang dilaburkan akan mencambahkan sesuatu (anak-anak) yang mana di dunia akan membahagiakan dan di akhirat akan memanfaatkan.
3.Gunakan wang untuk menghantar anak kesekolah yang kita tahu akan memasukkan akidah yang mantap kepada anak. Pilih sekolah yang akan mengajar anak tentang ibadah sempurna, melembutkan akhlak anak kita, mempunyai persekitaran yang baik (rakan-rakan dan guru).
3.Alam persekolahan yang baik (yang menekankan ibadah dan akhlak) akan memberikan input yang baik kepada anak. Apa yang masuk dalam minda dan roh/ jiwa anak itu sangat-sangat menentukan siapa mereka akan jadi pada masa hadapan.
Ads
4.Akhlak di rumah juga memberikan impak kepada anak seperti percakapan dan pemakanan keluarga. Ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang baik dan akhlak yang baik di rumah sebagai contoh kepada anak-anak.
5.Ibu bapa perlu berfikir sebelum bertindak. Jangan berikan anak makanan yang berpunca daripada sumber yang haram (kerana ibu bapa mengular di waktu pejabat, malas buat kerja, rasuah dan sebagainya).
6.Ibu bapa wajib menjaga solat dan elakkan melambatkan solat dan meninggalkan solat. Bila anak melihat perkara ini berlaku, mereka akan beranggapan meninggalkan solat itu tidak salah.
Ads
7.Berikan didikan fardu ain dan jadi contoh yang betul kepada anak-anak.
8.Tekankan tentang adanya Tuhan kepada anak-anak daripada awal. Dari mana mereka datang (dilahirkan), kenapa mereka dilahirkan dan nanti akan pulang ke mana.
9.Tingkatkan akidah dan ketuhanan dalam diri anak-anak sejak awal lagi. Kalau dia bangun pagi, dengan lembut berikan salam “Assalamualaikum anak mak/ ayah yang baik. Baru bukak mata sayang. In sha Allah pagi ni Sofia jadi anak yang baik, lemah lembut, penyayang, solat, baik dengan adik-adik.”
Masukkan kata-kata yang baik (ke dalam minda anak). “Siapa yang kejut Sofia pagi ni? Allah. Siapa yang jaga Sofia masa tidur-Allah. Bila dia mandi, siapa buat air ni-Allah. Bila kita makan, kita bersyukur-cakap apa- Alhamdulillah. Siapa buat makanan ini-Allah.” Setiap masa biasakan minda anak kita ni dengan Allah.
Ads
10.Didik anak dengan sistem nilai iaitu nilai yang baik seperti nilai memberi, nilai menghormati, nilai menyayangi, nilai memberi manfaat, nilai berkasih sayang, nilai peka pada orang, nilai memahami orang, nilai empati. Mesti tunjukkan sifat, akhlak dan nilai yang baik ini kepada anak.
11.Ibu bapa perlu memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum memarahi anak-anak, ibu bapa perlu muhasabah diri. Adakah diri sendiri degil kepada Allah menyebabkan anak menjadi degil.
12.Sentiasa memperbaiki diri dan berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan menjadi yang contoh yang baik untuk anak serta melakukan perkara yang diredai Allah.
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil lagi. Apakah aktiviti-aktiviti yang dapat membantu membentuk kreativiti?
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh membentuk kreativiti anak sekali menjadi anak cerdas dan pintar. Salah satunya seni lukis iaitu merangkumi mewarna dan melukis.
Aktiviti seni lukis ini memainkan peranan penting dalam perkembangan intelektual dan emosional kanak-kanak. Ia merupakan satu lagi medium komunikasi bagi kanak-kanak selain daripada pertuturan.
Memang anak-anak kecil amat suka melukis. Anda pasti pernah melihat lakaran-lakaran pada badan anak dan tertanya bila masa anak anda menconteng dirinya. Atau anda pasti terkejut dengan karya seni anak yang tiba-tiba terpapar di dinding rumah yang baru dicat. Anak suka melukis dan akan melukis apabila diberi kesempatan.
Dorongan ibu bapa amat penting untuk menjana minda kanak-kanak melalui seni lukisan
Dengan itu bekalkan anak dengan kertas dan alat tulis yang sesuai dari segi kuantiti serta jenisnya. Sediakan juga buku-buka mewarna untuk anak. Anak yang suka menconteng, melukis dan mewarna akan sentiasa mempunyai aktiviti yang bermanafaat dan kurang masa untuk melakukan sesuatu yang tak berfaedah atau berlari sana sini .
Lazimnya, aktivti ini akan menjadi hobi anak sehingga dia dewasa. Kemahiran melukis meningkatkan otak kanannya. Ia adalah suatu kemahiran yang berguna walaupun dia seorang doktor.
Berikut 12 kepentingan aktiviti seni lukis dan mewarna untuk anak-anak. Lepas baca ini, mesti ibu ayah teruja mahu melakukan aktiviti seni ini pada anak-anak atau mengikut sebarang pertandingan mewarna .
1.Mendidik anak menjadi seorang yang tahu merancang kerja apabila memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.
2.Dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halusnya kerana otot-ototnya iaitu jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.
3.Membantu meningkatkan daya tumpuan melalui kordinasi tangan-mata menjadi lebih baik semasa warna supaya tidak terkeluar daripada garisan.
4.Bantu dengan cara betul dan selesa untuknya memegang alat tulis semasa melukis atau mewarna.
5.Membina imaginasi anak dengan membuatkan mereka khayal untuk membentuk objek dalam lukisan.
Aktiviti seni lukisan dikatakan mampu merangsang kedua-dua belah otak
7.Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang cenderung seni akan boleh membaca lebih baik dan kemungkinan menguasai subjek Sains dan Matematik
8.Menjadi medium untuk meluahkan perasaan dengan mewarna dan melakar lukisan mengikut citarasa sendiri.
Membentuk personaliti yang positif seperti keyakinan diri
10.Medium santai yang menyihatkan yang membuatkan anak berasa rileks dan selesa semasa menghasilkan seni lukisan.
11.Mendidik minda anak berfikir lebih terbuka dan berfikir lebih kreatif semasa menyelesaikan masalah.
12.Mendidik anak mengenal erti perkongsian semasa menggunakan warna secara berkumpulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya ganjaran gajet pada anak yang ramai mak ayah tahu tapi buat-buat tak tahu. Mungkin diperingkat awal kita tak perasan tapi lagi dibiarkan kesannya lagi teruk.
Contoh situasi yang sering berlaku adalah ketika sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga yang masing-masing mempunyai anak yang berbeza umur.
Ibu bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.
Situasi lain pula, ibu bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggi. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka “alahai anak aku”. Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai, anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja.
Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect! Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab.
Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!
Ibu bapa… tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila “reward” diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, ia telah memberi kesan negatif kepada anak. Antara 3 kesan negatif:
Anak menjadi kurang sabar. Kerana selalu menonton kartun/animasi yang mempunyai pergerakan laju. Mereka akan melihat pergerakan persekitaran adalah lambat. Jadi bayangkan kehidupan anak yang sentiasa tidak puas dan tiada tumpuan kepada perkara lain selain tab/hp.
Anak akan ketagih dengan tab/hp. Kerana pembinaan minat mereka ke atas dunia maya yang berterusan. Mereka merasakan mereka dapat terus melihat benda baru di sebalik screen. Tetapi kadang2 mereka hanya menonton perkara sama berulang kali. Ini menunjukkan simptom ketagihan. Yes. Bila ketagih, agak sukar dipulihkan. Bayangkan ketagih puting (pacifier), ketagih kopi dan ketagih dadah.
Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca/melukis/bersukan dan lain-lain?
Anak akan membina beberapa sikap negatif (behavior problem). Seperti “degil”, pemarah dan sukar mendengar kata. Ini kerana sejak bayi mereka dibiasakan diberi “reward” tanpa sebab yang sepatutnya. Apabila anak menangis, maka ibu bapa SEGERA memberi tab/hp. Nampak? Nangis (negatif) dapat tab/hp (reward) = sikap negatif kekal. Jadi, kanak-kanak ini terdidik untuk gunakan sikap negatif dapatkan reward.
Jadi ibu bapa/penjaga… fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kpd anak anda?
Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.