Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Ada beberapa persoalan yang biasa ditanya daripada Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam tentang awal kehamilan.
Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat?
Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama pada awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesan serendah 15u/l HcG.
Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan?
Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Ads
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan?
Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.
Belajar untuk terima apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik?
Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.
Ads
Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak?
Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera. Doktor pasti akan menasihatkan anda untuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.
Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung.
Ads
Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
Di Malaysia kini wajib untuk semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu ke berapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlu kah dia mengambilnya juga?
Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT. Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini?
Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tendangan si kecil dalam kandungan kini hanya tinggal kenangan. Si kecil yang dinanti-nantikan sudah pergi meninggalkan ibu dan abi. Pertemuan 18 jam yang amat bermakna sebelum perpisahan buat selama-lamanya.
Sudah tertulis sebagai ketentuan-Nya, pasangan ini reda anak sulung berusia 30 minggu dalam kandunagn pergi dulu ekoran daripada kecacatan otak anencephaly di mana bayi berkemungkinan lahir tanpa otak atau mengalami kecacatan otak.
Catatan bapa ini boleh dijadikan peringatan buat wanita yang merancang untuk hamil atau sedang mengandung untuk sentiasa mengambil asid folik ketika berbadan dua. Risiko besar yang akan ditanggung bayi ialah anencephaly salah satunya.
Bayi sulung pasangan ini terpaksa dilahirkan awal bagi mengelakkan komplikasi lain. Apa yang menyentuh hati warganet ialah momen terakhir bersama anak kesayangan yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja menitiskan air mata…
Pada hari Khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokkan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
JANGKAAN BERSALIN 30 SEPTEMBER 2019
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7 bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu. Due adik dijangka 30 September tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.
KELENGKAPAN SEMUA DAH BELI….
Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.
IBU ALAHAN SELAMA 5 BULAN
Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah-muntah.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.
MASA 3D SCAN ADIK MENYOROK
Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu.
Doktor cakap air ketuban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.
ANUGERAH TERINDAH ABI PERNAH DAPAT
Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini.
Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik.
SEMANGATMU KUAT WALAU PUN 18 JAM
Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.
HARAP SEMUA WANITA AMBIL ASID FOLIK
Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.
Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal-bakal ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.
ANAK SYURGA BENDA PALING MAHAL YANG IBU & ABI DAPAT
Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti?.
Bagi pasangan suami isteri pasti teringin untuk dapatkan anak lelaki dan perempuan. Biasanya jika anak sulung adalah lelaki, mungkin untuk anak kedua nak perempuan pula. Bagaimanapun, dalam soal ini, ramai yang akan pandang pada isteri saja jika pasangan tersebut memiliki semua anak lelaki atau perempuan.
Mungkin bagi pasangan itu, mereka tak kisah asalkan anak yang lahir sihat dan sempurna. Cuma orang sekeliling pula yang ambil kisah. Jika anda nak tahu, faktor mempengaruhi pembentukan jantina anak sebenarnya dari suami.
Seperti perkongsian Dr Anayasmin Azmi, melalui fakta sains, gen bapa yang memainkan peranan penting dalam menentukan jantina bayi lelaki dan perempuan. Bukan sebelah ibu.
Sembang-sembang dengan seorang mak pesakit saya. Dia cerita,
“ Keluarga suami saya seolah salahkan saya, sebab kami belum ada anak lelaki. Mereka kata saya ni kuat baka perempuan.” Sayu suaranya.
“Oh, sebenarnya puan, kita perempuan ni beri chromosome X je pada anak. Sebab kita memang ada XX saja.
“Suami ada XY. Sama ada anak tu dapat satu lagi chromosome Y atau X adalah gen dari bapa. Kalau bapa beri chromosome X juga, rezeki anak perempuan lah, kalau si ayah beri chromosome Y pada janin maka anak lelaki lah rezeki kita.
“Tak mengapa puan, lelaki ke perempuan yang penting anak-anak sihat,” saya cuba memujuk dengan fakta sains yang ada..
Jadi kita semua janganlah salah menyalahkan kalau anak semua perempuan atau lelaki. Sebab yang tentukan semua tu kan Allah SWT. Reda dan berbahagialah!
Walaupun kanser payudara semasa kehamilan adalah sesuatu yang jarang berlaku, namun, ia ada masanya ia tetap berlaku. Puncanya bukan kerana kehamilan, tetapi peningkatan tahap hormon mungkin mempercepatkan perkembangan kanser.
Payudara anda, kebiasaannya akan menjadi lebih tebal ketika kehamilan, menyebabkan sukar untuk mengesan sebarang kelainan. Oleh kerana itu, pemeriksaan yang teliti terhadap payudara sepanjang tempoh kehamilan adalah penting.
Adalah amat disarankan kepada wanita hamil untuk melakukan pemeriksaan secara teratur semasa kehamilan, bukan sahaja untuk bayi tetapi juga untuk kesihatan anda sendiri. Selain mendapatkan pemeriksaan doktor untuk payudara, anda sendiri perlu melakukannya di rumah. Tanya doktor atau jururawat untuk memberikan arahan bagaimana untuk melakukannya. Jika terdapat ketulan atau benjolan yang mencurigakan pada payudara, anda perlu melakukan biopsi untuk menentukan apakah sebenarnya itu. Tisu sample dari benjolan itu akan dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk pakar dalam corak sel tidak normal melakukan analisis mencari sebarang sel kanser.
Tidak perlu menghentikan kehamilan
Kanser tidak akan membahayakan anak anda, tetapi rawatan kanser itu sendiri mempunyai kesan sampingan. Pembedahan dianggap rawatan paling selamat untuk kanser payudara semasa kehamilan. Jika anda sedang berada dalam trimester pertama atau kedua, doktor akan menasihati anda untuk mengeluarkan keseluruhan payudara anda. Sekiranya anda berada dalam trimester ketiga, doktor biasanya akan memilih untuk menyingkirkan benjolan yang mencurigakan. Semasa prosedur, doktor perlu mengeluarkan kelenjar limfa yang terlibat, jika ada.
Kemoterapi perlu dilakukan pada trimester kedua untuk mengurangkan risiko membahayakan kepada bayi. Radiasi bukan satu pilihan kerana ia membahayakan bagi pembesaran janin. Kanser payudara pada tahap yang lebih tinggi memerlukan kedua-dua rawatan, pembedahan dan kemoterapi, yang akan meletakkan bayi pada risiko yang tinggi. Penyusuan adalah selamat melainkan anda sedang dalam rawatan kemoterapi. Adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan bayi anda.
Risiko Daripada Rawatan
Kewujudan risiko daripada rawatan yang mungkin menjejaskan anak anda, menentukan sama ada untuk mendapatkan rawatan semasa kehamilan atau tidak selalunya menjadi pilihan yang sukar bagi seorang ibu. Sebelum melakukan sebarang keputusan, berbincang dengan keluarga dan doktor, bandingkan kelebihan dan kekurangan sebaiknya dan lakukan apa yang anda rasa betul untuk diri anda.
Kehamilan & Kanser? Apa sebenarnya? Tonton Pa&Ma Jurnal Kehamilan, musim ke-4, episod 10: Kehamilan & Kanser di Astro Prima HD Selasa ini jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam bersama pengacara baru Fad dan Sha.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.