Baru saja mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya yang sudah memasuki usia dua bulan, ternyata ada khabar duka yang datang bersama buat pelakon dan usahawan Datin Rebeca Nur Al-Islam.
Jelas Rebecca berkemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu disebabkan beberapa faktor yang mendatangkan risiko tinggi buat anak dalam kandungannya.
Hal ini kerana, kesemua cahaya matanya yang terdahulu telah melalui proses pembedahan dan kesan daripada itu akan membahayakan dirinya apabila hamil sekali lagi.
“Kandungan saya kali ini sangat berisiko tinggi, sebab sebelum ini kesemua lima anak saya lahir melalui cara pembedahan, bila bedah ini ada risiko susulan kepada saya kalau mengandung lagi.
“Tetapi saya akan berjumpa pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan terperinci mengenai kandungan saya.
“Sekiranya doktor kata boleh teruskan maka saya teruskan, kalau tidak boleh saya reda terpaksa melepaskan bayi dalam kandungan ini.
Ads
“Saya tidak mahu ianya memberikan kesan buruk kepada saya apabila kemudian hari apabila usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan,” katanya.
Terdahulu, Rebecca berkongsi berita kehamilannya itu menerusi satu hantaran di instagramnya.
Tambah Rebecca, dirinya sudah bersedia dengan sebarang keputusan dan akui reda dengan berita yang akan diterima selepas melakukan pemeriksaan nanti.
Malah dia turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
“Saya reda, saya tahu Allah dah susun yang terbaik untuk saya dan keluarga, mohon semua doakan yang baik-baik. Saya percaya pada rezeki Allah.
Ads
Untuk berjumpa doktor pakar nanti saya dah persiapkan diri, saya percaya kepada doktor pakar yang lebih arif mengenai masalah ini,” katanya.
Rebecca atau mesra dipanggil mommy Becca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada Januari 2011 dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana, 3.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Untuk itu, bagi membantu anda dengan mendapatkan jawapan tepat tentang beberapa persoalan yang biasa ditanya daripada Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam.
Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat?
Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama pada awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesan serendah 15u/l HcG.
Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan?
Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan?
Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.
Belajar untuk terima apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik?
Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.
Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak?
Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera. Doktor pasti akan menasihatkan anda untuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.
Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung.
Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
Di Malaysia kini wajib untuk semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu ke berapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlu kah dia mengambilnya juga?
Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT. Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini?
Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita hamil perlu mengambil asid folik kerana asid folik boleh membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya. Doktor menjelaskan bagaimana asid folik boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini, klik kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Risiko mendapat bayi seperti gambar-gambar di bawah dikurangkan sebanyak 70% jika ibu mengambil Asid Folik.
Gambar Hiasan
Asid folik diambil 3 BULAN sebelum mengandung dan disambung untuk 3 BULAN pertama kehamilan.
Gambar Hiasan
Kecacatan Neural Tube boleh dicegah!
Haa.. satu lagi, asid folik tiada kena-mengena dengan kesuburan. Doktor nasihatkan supaya makan asid folik tu untuk cegah kecacatan, bukan untuk senang hamil.
Tali pusat terbelit pada leher bayi tiada kaitan dengan mee segera & shawl ibu, ikuti penjelasan daripada doktor ini!
Bila doktor memaklumkan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan, mama jangan pula panik. Tidak bermakna anda tidak boleh bersalin normal!
Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kejadian keadaan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan pada kelahiran bayi semasa kehamilan telah cukup bulan ialah lebih kurang 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI ( NUCHAL CORD )
Bunyinya memang menakutkan kepada semua ibu yang sedang hamil, tetapi benarkah keadan ini berbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada bayi?
Kita biasa dengar kebanyakkan ibu melahirkan bayinya secara pembedahan caesar kerana dikhabarkan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.
Persoalannya, perlu ke tak sebenarnya si ibu yang ada bayi terbelit tali pusat ini menjalani pembedahan caesarean ataupun mereka boleh jer bersalin normal?
Saya kongsikan fakta serta bukti perubatan dari jurnal antarabangsa mengenai tali pusat di leher, bukan sahaja memanfaatkan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka juga mungkin bermanfaat untuk doktor-doktor yang merawat mereka.
Ia biasa bagi bayi dalam kandungan
1.Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayiTIDAK BERBAHAYA dan ia adalah satu perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi jika tali pusat itu panjang.
Ia bukan sebab untuk melahirkan secara pembedahan
2.Tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab musabab untuk pembedahan caesarean kerana ramai ibu yang mengalami keadaan ini bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.
Doktor atau penyambut kelahiran akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh jadi biru jap tetapi akan pulih segera.
Jika tali pusat terlalu ketat atau pendek
3.Terdapat peratusan kecil di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah
belitan ini menyukarkan pergerakan bayi ke bawah dan bekalan oksigen kepada bayi melalui tali pusat boleh terganggu. Selalunya keadaan ini berlaku ketika si ibu dah sakit untuk bersalin. dalam keadaan ini, doktor akan sarankan ibu untuk melahirkan melalui pembedahan caesarean.
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
1.Bertenang. jangan panik ! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi anda berkebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.
2.Boleh bersalin normal ke tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung anak ( CTG) semasa dalam proses bersalin itu.
BUKAN SEMUA ibu yang ada tali pusat dileher bayi ini memerlukan caesarean. Jangan Takut !
3.Tiada kaitan antara makan maggi mee dgn ibu pakai tudung atau selendang belit-belit kat leher dengan tali pusat berlingkar kat leher bayi. JANGAN MENGARUT !
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.