Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kanak-kanak perempuan dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam dua kejadian berbeza di Johor Bahru, semalam.

Ketua Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Riduan Akhyar berkata, kejadian pertama membabitkan bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan jam 8.17 pagi dan menggerakkan sebuah jentera FRT serta sebuah EMRS dengan kekuatan 11 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Faisal Ismail.

Niat Tinggalkan Sekejap, Bayi 9 Bulan & Kanak-Kanak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

IKLAN

“Difahamkan mangsa bersama tiga anggota keluarga termasuk ibu dan bapa hendak keluar dari kenderaan itu bagaimanapun pintu terkunci sendiri selepas abang mangsa turut keluar.

“Selepas 45 minit mencuba mereka gagal membuka pintu kenderaan itu dan mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.

IKLAN

“Bomba mengambil masa 10 minit membuka pintu dengan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Dalam kejadian kedua, BBP Larkin menerima panggilan jam 8.03 pagi berhubung kes kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang terperangkap dalam kereta Perodua Myvi di sebuah stesen minyak bersebelahan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini.

IKLAN

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Zulkarnain Arifin pihaknya menggerakkan sebuah EMRS dan dua unit Motosikal Bomba (RIM) bersama Lima anggota.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa terperangkap kerana bermain kunci kereta ketika ibunya keluar ke kedai berhampiran untuk membeli barang.

“Mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Sumber: Harian Metro& Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI