Anak-anak memang sangat gemarkan buah anggur kerana rasanya yang manis selain saiznya yang kecil dan mudah untuk dimakan.
Ramai antara kita sebagai orang dewasa terlepas pandang tentang bahayanya buah anggur jika diberikan kepada kanak-kanak tanpa dipotong dalam saiz yang kecil. Tambah menakutkan jika anak kecil ini makan tanpa diawasi oleh orang dewasa.
Mungkin kerana saiznya yang kecil membuatkan kita rasa selamat untuk dimakan oleh anak. Namun sebenarnya buah anggur antara makanan yang berisiko membuatkan anak kecil tercekik.
Saya paling takut kalau anak saya yang 3 tahun tu, Maryam Nafisah mintak nak makan anggur.
Ads
Sampaikan isteri pun naik pelik kenapalah saya asyik duk perhatikan je si Maryam dari mula makan sampai habis.
Bukan apa. Sejak tahu ada kes budak meninggal sebab tercekik masa makan buah anggur, terus tak berani nak tinggalkan dia makan sorang-sorang.
Ads
Tambah pulak bila saya semak, rupanya American Academy of Pediatrics memang dah senaraikan anggur yang belum dipotong termasuk dalam kategori makanan yang ada risiko tercekik untuk anak bawah usia 4 tahun.
Jadi setiap kali nak berikan buah ni pada anak, kita kena usahakan untuk hiris memanjang dan hiris nipis nipis.
Bukan potong secara melintang tau sebab bentuk bulat tu masih berisiko untuk buatkan salur pernafasan tersumbat dan tercekik.
Ads
Tolong #kongsikan ilmu ni pada parent yang ada anak bawah 4 tahun ya. Harapnya kes budak tercekik ni tak berlaku pada anak anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebuah kehilangan itu pastinya sesuatu yang menyakitkan. Lebih-lebih lagi kehilangan seorang anak yang masih kecil kerana menghidap penyakit serius seperti leukemia atau kanser darah. Ibu ayah mana yang sanggup melihat penderitaan si kecil, perlu menjalani pelbagai sesi rawatan yang tentunya menyakitkan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Yang Maha Esa kerana ajal, maut itu semua ditanganNYA. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Shiema Yusoff menerusi laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) cukup menyentuh perasaan.
Anak yang dikandung dan dilahirkan cukup sifat disahkan menghidap penyakit leukemia ketika usianya baru 2 tahun. Harapan untuk melihat puteri yang diberi nama Nur Yusra Ainul Mardhiah untuk sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain tidak kesampaian. Allah lebih menyayangi si kecil ini apabila menghembuskan nafas terakhirnya sekitar April tahun ini.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Masih ingat lagi sewaktu mengandung dan melahirkan puteri ibu..
Nur Yusra Ainul Mardhiah. Nama manja adik Yaya atau baby Omeyy. Pada 11June 2015… Alhamdulillah lahir tanpa cacat cela. Ditatang bagai minyak yang penuh. Anak ke 4 dari 4 orang adik beradik masa tu.
Adik Yaya bf sepenuhnya sampai berumur 2 tahun.
Lepas dari menyusu dada, saya memberi susu formula.
Masa berumur 2 tahun setengah adik Yaya deman dan tidak ada selera makan. Dirinya nampak pucat dan letih tidak bermaya. Tidak bermain walaupon saya membelikan mainan baru utk nya.. Saya telah membawanya ke klinik kesihatan dan dihantar ke Husm kubang kerian.
Pada 2/12/2017 tarikh keramat pada kami apabila adik Yaya telah diagnosis leukemia(kanser darah).. Perkataan kanser itu sendiri sudah membuat kami takut dan risau. Takut kami akan kehilangan puteri kesayangan kami. Bermulalah rentetan menjalani kimoterapi. Adik Yaya telah menjalani 6 kitaran kimoterapi. Berjuang habis habisan melawan kimoterapi dan kanser.
Alhamdulillah, semua berjaya. Pada awal April 2019, doktor menelefon dan memberi tahu blast sel adik masih berbaki sikit lagi tidak sampai 5% (dapat diketahui melalui ujian mengambil air tulang belakang kali ke 9). Dan prof menyarankan agar kami menyambung kimoterapi setengah cycle lagi bagi memastikan agar blast kanser betul betul tiada. Saya sebagai ibu dan bapa mestilah ingin membuat yang terbaik utk anak kami. Biarlah dia sihat seperti kanak kanak lain. Sayang kami pada adik Yaya hanya Allah je yang tahu. Kami menerima cadangan prof utk sambung kimoterapi adik Yaya..
Bermulalah pula perjalanan adik dan adik telah berjaya habiskan setengah kimoterapi nya itu.
Ibu dan ayah ingat matahari akan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Allahu akbar, semua adalah ketetapan Allah swt.
Yaya Dalam Kenangan
29April 2019, Allah telah menjemput adik pergi utk selama lamanya. Tiada lagi kimo utk adik, tiada lagi kesakitan utk adik. Bermainlah adik di alam yang kekal abadi. Bahagia utk selama lamanya. Anak syurga .masa itu ibu mengandung 7 bulan.
Tidak dapat adik Yaya bermain dengan baby dalam perut ibu. Sedangkan baby itu lah yang selalu dicium dan dipeluk sewaktu dalam perut.
Kalau adik masih ada mesti ibu paling seronok pilih pakaian sekolah utk adik. Tahun depan adik dah 5 tahun dah boleh sekolah. Adik Yaya pon sekarang dah ada adik berumur 6 bulan Umar Uwais
Bengkak susu adalah situasi yang selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin. Rasa sakitnya tak boleh disentuh, adakalanya menitik juga air mata.
Proses ini terjadi secara semula jadi selepas bersalin dan akan berlaku selama dua hingga tiga hari. Ada yang berlangsung selama seminggu.
Namun apa yang paling menakutkan apabila ia tidak juga reda sehingga payudara menjadi merah, ibu ditimpa demam dan rasa sakit yang berlarutan. Perkongsian tip untuk menghadapi bengkak susu daripada Dr Aimi Jaafar ini boleh dijadikan panduan.
BENGKAK SUSU
Ramai yang membicarakan tentang sakitnya bersalin, namun tak ramai yang bercerita mengenai perjuangan yang berterusan setelah itu.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman 31:14)
BERLAKU SELAMA SEMINGGU SELEPAS BERSALIN
Dalam Al Quran sebenarnya telah Allah s.w.t sebutkan, mengenai perjuangan dari mengandung, sehingga akhir penyusuan, dalam anggaran 2 tahun setiap anak. Oleh sebab itu juga kenapa kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa kita.
Namun saya ingin bercerita mengenai sakit yang dihadapi dalam lebih kurang 1 minggu pertama setelah melahirkan. Rata-rata ibu akan mengalami sakit ini, iaitu sakit bengkak susu.
Pada awal usia si bayi, susu ibu yang diterima terus adalah susu kolustrum. Iaitu susu yang pekat, paling tinggi nutrisi dan pertahanan imun. Setelah beberapa hari, dengan stimulasi yang berterusan dari bayi, susu ibu akan mula banyak.
JANGAN RISAU, BENGKAK SUSU ITU NORMAL!
Harus diingat, bahawa bengkak susu adalah normal. Namun begitu, cara tangani bengkak susu yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah yang lebih serius seperti abses, depression, dan kegagalan penyusuan badan.
1. Tuam
Tuam dengan air sejuk boleh membantu kurangkan sakit.
Tuam dengan air panas pula akan bantu untuk melancarkan aliran susu dan darah.
Boleh dilakukan secara selang seli mengikut keadaan. Namun digalakkan untuk lakukan tuam panas sebelum urutan / penyusuan. Dan tuam dengan air sejuk setelah penyusuan.
2. Urutan
Sewaktu payudara membengkak, akan dapat dirasa juga gumpalan dan benjolan pada payudara.
Letak minyak, dan lakukan urutan untuk pecahkan benjolan ini. Lakukanlah urutan berpusat pada benjolan, sehingga benjolan semakin kecil, dan seterusnya tekanan diturunkan ke arah puting. Lakukan urutan ini pada setiap benjolan yang dapat dirasakan pada payudara.
Boleh dapatkan khidmat urutan laktasi sekiranya ada di tempat anda.
3. Perahan
Seeloknya lakukan perahan menggunakan tangan (marmet), berbanding perahan dengan pam. Perahan dengan tangan boleh dilakukan bersamaan dengan urutan. Tidak perlu perah sehingga payudara kosong, hanya sehingga payudara kurang tegang.
Penggunaan pam boleh menyebabkan overstimulation dan oversupply pada payudara yang menyebabkan penghasilan susu berterusan banyak.
4. Berikan susu pada bayi mengikut kadar keperluannya (on demand)
Badan dan hormon ibu sedang belajar berapa keperluan bayi, susu akan dihasilkan mengikut demand. Sekiranya ibu berhenti menyusukan, susu akan turut berhenti.
5. Mandi air panas
Selain bantu melancarkan aliran susu, ini juga boleh bantu ibu lebih relax dan kurang rasa stress. Kawalan emosi dan stress ibu adalah sangat penting.
6. Hisapan bayi yang optimal
Pastikan juga hisapan anak adalah efektif dan efisien untuk mengelakkan payudara tidak kosong seperti yang dikehendaki. Boleh dapatkan khidmat kaunselor laktasi untuk kenalpasti keadaan ini.
Selalunya setelah 2 – 3 hari, bengkak susu akan reda, dan penghasilan susu akan terhasil mengikut keperluan (demand – supply).
Sekiranya ada bahagian yang mulai merah, sakit, dan ibu mulai demam, jumpalah doktor dengan segera. Mungkin ada jangkitan yang memerlukan penggunaan ubat ubatan.
BENGKAK SUSU BOLEH JADI PENGALAMAN NGERI
Penyusuan adalah sambungan kepada episode perjuangan sebelumnya. Jalan dan kisahnya tidak sama buat semua, namun setiap ibu yang melahirkan, ataupun tidak (induced lactation), berpeluang untuk melaluinya.
Bengkak susu boleh menjadi permulaan yang ngeri buat sesetengah ibu, jadi saya kongsikan tips ini dengan harapan ibu-ibu dapat mengatasi rintangan yang ini, ke muka surat seterusnya.
Semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan buat ibu-ibu sekalian <3
Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, mouth and foot disease-HMFD) mendadak hingga meragut nyawa. Gedung beli belah boleh jadi lokasi penyebarannya.
Semalam kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Sarawak berikutan jangkitan HMFD. Peningkatan kes juga dilaporkan dan ini perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa.
Public Health Malaysia telah berkongsi informasi mengenai perkara ini. Semoga ia boleh membantu dalam mengawal dan mengelakkan jangkitan HMFD kepada si manja.
GEDUNG BELI BELAH TEMPAT BERPOTENSI SEBAR HMFD
Kes HFMD semakin meningkat. Tahukah anda shopping complex merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD. Jom ikuti tips daripada kami untuk mengelak HFMD.
ELAK 3 UNTUK ELAK PENULARAN HMFD
Elakkan bayi/anak anda daripada menggunakan:
#1 Troli di pasaraya/shopping kompleks
#2 Stroller (kereta sorong bayi) pinjaman
#3 Taman permainan indoor/outdoor
AMALKAN AMALAN KEBERSIHAN
Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
DISINFEKSI / NYAHKUMAN
Jika anda ingin gunakan juga, pastikan alatan tersebut telah disinfeksi (dinyahkuman) untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman kepada anak anda.
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.