top

Sebuah kehilangan itu pastinya sesuatu yang menyakitkan. Lebih-lebih lagi kehilangan seorang anak yang masih kecil kerana menghidap penyakit serius seperti leukemia atau kanser darah. Ibu ayah mana yang sanggup melihat penderitaan si kecil, perlu menjalani pelbagai sesi rawatan yang tentunya menyakitkan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Yang Maha Esa kerana ajal, maut itu semua ditanganNYA. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Shiema Yusoff menerusi laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) cukup menyentuh perasaan.

Anak yang dikandung dan dilahirkan cukup sifat disahkan menghidap penyakit leukemia ketika usianya baru 2 tahun. Harapan untuk melihat puteri yang diberi nama Nur Yusra Ainul Mardhiah untuk sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain tidak kesampaian. Allah lebih menyayangi si kecil ini apabila menghembuskan nafas terakhirnya sekitar April tahun ini.

Umur 2 Tahun Kena Leukemia, Hanya Sempat Buat Kemo Separuh Jalan. Akhirnya Yaya Dijemput ILahi!
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:

Masih ingat lagi sewaktu mengandung dan melahirkan puteri ibu..
Nur Yusra Ainul Mardhiah. Nama manja adik Yaya atau baby Omeyy. Pada 11June 2015… Alhamdulillah lahir tanpa cacat cela. Ditatang bagai minyak yang penuh. Anak ke 4 dari 4 orang adik beradik masa tu.

Umur 2 Tahun Kena Leukemia, Hanya Sempat Buat Kemo Separuh Jalan. Akhirnya Yaya Dijemput ILahi!Adik Yaya bf sepenuhnya sampai berumur 2 tahun.
Lepas dari menyusu dada, saya memberi susu formula.

Masa berumur 2 tahun setengah adik Yaya deman dan tidak ada selera makan. Dirinya nampak pucat dan letih tidak bermaya. Tidak bermain walaupon saya membelikan mainan baru utk nya.. Saya telah membawanya ke klinik kesihatan dan dihantar ke Husm kubang kerian.

Didiagnos ada leukemia

Pada 2/12/2017 tarikh keramat pada kami apabila adik Yaya telah diagnosis leukemia(kanser darah).. Perkataan kanser itu sendiri sudah membuat kami takut dan risau. Takut kami akan kehilangan puteri kesayangan kami.
Bermulalah rentetan menjalani kimoterapi. Adik Yaya telah menjalani 6 kitaran kimoterapi. Berjuang habis habisan melawan kimoterapi dan kanser.

Umur 2 Tahun Kena Leukemia, Hanya Sempat Buat Kemo Separuh Jalan. Akhirnya Yaya Dijemput ILahi!Alhamdulillah, semua berjaya. Pada awal April 2019, doktor menelefon dan memberi tahu blast sel adik masih berbaki sikit lagi tidak sampai 5% (dapat diketahui melalui ujian mengambil air tulang belakang kali ke 9). Dan prof menyarankan agar kami menyambung kimoterapi setengah cycle lagi bagi memastikan agar blast kanser betul betul tiada.
Saya sebagai ibu dan bapa mestilah ingin membuat yang terbaik utk anak kami. Biarlah dia sihat seperti kanak kanak lain. Sayang kami pada adik Yaya hanya Allah je yang tahu. Kami menerima cadangan prof utk sambung kimoterapi adik Yaya..

Sambung kemoterapi tapi tak sempat habiskan, Nur Yusra dijemput Ilahi

Bermulalah pula perjalanan adik dan adik telah berjaya habiskan setengah kimoterapi nya itu.
Ibu dan ayah ingat matahari akan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Allahu akbar, semua adalah ketetapan Allah swt.

Umur 2 Tahun Kena Leukemia, Hanya Sempat Buat Kemo Separuh Jalan. Akhirnya Yaya Dijemput ILahi!Yaya Dalam Kenangan

29April 2019, Allah telah menjemput adik pergi utk selama lamanya. Tiada lagi kimo utk adik, tiada lagi kesakitan utk adik. Bermainlah adik di alam yang kekal abadi. Bahagia utk selama lamanya. Anak syurga .masa itu ibu mengandung 7 bulan.


Umur 2 Tahun Kena Leukemia, Hanya Sempat Buat Kemo Separuh Jalan. Akhirnya Yaya Dijemput ILahi!
Tidak dapat adik Yaya bermain dengan baby dalam perut ibu. Sedangkan baby itu lah yang selalu dicium dan dipeluk sewaktu dalam perut.

Kalau adik masih ada mesti ibu paling seronok pilih pakaian sekolah utk adik. Tahun depan adik dah 5 tahun dah boleh sekolah. Adik Yaya pon sekarang dah ada adik berumur 6 bulan
Umar Uwais

#yayaDalamKenangan.
#al fatihah
#rinduWildansyurga
11/6/2015-29/4/2019
24syaaban 1436 – 23 syaaban 1440

sumber: KIMM

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI