Tiada siapa menduga si kecil yang lahir sempurna menderita. Hanya kerana terdedah kepada najis burung dan kucing, kini otak si kecil dijangkiti kuman & bernanah.
Melilhatkan raut wajahnya yang comel, tiada siapa menyangka disebaliknya menyimpan sebuah derita. Lantaran jangkitan bakteria E-Coli Septicaemia Meningitis yang dialami dan masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis Sensorineural) pada kedua belah telinga, perkembangan Aaliya Aleesa, 1 tahun, tidak seperti bayi seusianya yang lain.
Mengimbas kembali detik cemas 10 bulan yang lalu, bapa tabah ini sebak. Ketika mula-mula jangkitan terjadi, Sufian Bin Amin mengatakan ia berlaku pada usia anak keduanya itu mencecah 2 bulan.
“Ketika itu kami nampak pelik. Dia tidur sepanjang hari manakala malam pula berjaga. Aaliya alami demam mengejut dan sangat tinggi suhunya 40 darjah Celcius. Ketika demam ada juga alami sawan. Oleh itu kami lekas membawanya mendapatkan rawatan,” kata Sufian.
Tidak menyangka itu adalah mimpi ngeri buat si kecil apabila disahkan jangkitan bakteria pada anggota badan; bahagian paru-paru, otak kanan dan kiri, dan lagi membimbangkan Aaliya menghidapi nanah di bahagian otak kiri. Doktor yang merawat kemudian memberitahu kuman berkenaan mungkin berpunca daripada najis burung dan kucing.
MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN
Ads
Bagaikan batu besar menghempap, setelah jangkitan bakteria di otak dan masalah kesihatan yang kronik, si kecil ini disahkan pula mengalami pendengaran dan pertuturan.
“4 bulan yang lalu, Aaliya menghidapi masalah pendengaran yang amat kritikal pada kedua belah telinga. Doktor pakar mengesahkan bahawa Aailya perlu menjalani pembedahan telinga dengan kos RM80,000.00 [ tanam inplan] dan kos pembelian alat bantu pendengaran RM7,000.00 tidak termasuk kos selepas pembedahan iaitu anggaran kos ribu juga setiap bulan kerana bayi ini perlu pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.
AALIYA PERLU DIPANTAU SELALU
Ads
Sufian yang kurang berkemampuan menampung pembedahan anaknya ini. Dia yang dahulunya berkerja sendiri (berniaga secara kecil-kecilan) kini terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada Aaliya.
“Setelah Aaliya disahkan mengidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis, saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan. Saya juga sering berulang-alik ke hospital. Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa,” luah pilu bapa ini.
Aaliya ketika awal rawatan.
KEPALA & TELINGA PERLU DIPANTAU SELALU
“Terkini Aaliya sedang mendapat rawatan cara kerja, maksudnya perkembangan dia dari segi pergerakan. Kepala yang dibedah dan telinganya juga perlu sentiasa di pantau. Untuk perkembangan Aaliya, kami sekeluarga belajar bhasa isyarat,” kata Sufian kepada Pa&Ma.
Ads
Aaliya perlu melalui rawatan di beberapa hospital yang berlainan lokasi. “Kadar tambang ke 4 lokasi tersebut adalah berlainan dan kami terpaksa menaiki ‘Grab’ memandangkan bas yang melalui di tempat tinggal kami adalah kurang. Purata untuk perjalanan pergi balik ke lokasi yang di maksudkan adalah, Hospital **********( RM90.00 ), Hospital *********** ( RM70.00 ), Hospital ******* ( RM24.00 ) dan Klinik ********* ( RM14 ),” kata Sufian.
“Setakat ini kami hanya menerima bantuan BSH sebanyak RM 1,200 & bantuan kebajikan sebanyak RM180. Keadaan kami bagai kerakap di atas batu, sukar untuk kami melunaskan bil bil tertunggak berkaitan dengan pembelanjaan rumah dan bil hospital.
Impian si ayah melihat Aaliya membesar sesempurna mungkin. Bagi membolehkan si kecil ini mendengar dan bertutur, pembedahan tanam koklea implan. Ia memerlukan sejumlah rm80ribu.
“Berdasarkan kepada perbincangan doktor pakar, untuk tahun ini anak tidak layak untuk buat pembedahan koklea impan atas faktor tertentu iaitu antaranya adalah faktor kewangan dan resiko kepada anak tersebut. Tiada jaminan doktor yang anak ini pulih sepenuhnya sekiranya dibedah. Disebabkan itu saya dan keluarga bersetuju untuk tidak membuat pembedahan.
Kepada anda yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan. Demi melihat si comel ini mendengar dan bertutur, salurkan sumbanan ikhlas anda ke akaun BSN : 1210041808895828 ( SUFIAN BIN AMIN )
Kredit: kitafund
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu bapa akan gunakan ‘kuasa jerit’ bila rasa nak marah anak. Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata. Ye betul tapi lama-kelamaan cara ini dah tak dihiraukan.
Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak yang sedang membesar. Berikut perkongsian dari Puan Noraliza Alwi.
Perasan atau tidak, asal ibu rasa nak marah anak mesti nak jerit, melepaskan perasaan marah pada anak. Bila tengah mendidih tu kita memang selalu lupa. Terus meledak saja. Entah apa-apa perkataan pun boleh keluar.
Saya juga begitu, tahu tak baik, tapi emosi ibu kan.
Nombor 1 bahaya kesannya bahasa kita, perkataan kita guna. Terus masuk pada sub-conscious anak kita. 80% kata-kata dari ibu bapa membentuk pula peribadi mereka hingga besar.
Keduanya – Impak menjerit mengecilkan otak anak, ganggu sistem belajar.
Ketiganya – Selain efek marah anak pada perkembangan otak, marah dalam bentuk jeritan hanya menjarakkan lagi hubungan hati antara ibu dan anak.
Bab hati ni kena jaga. Kesan dia sampai tua. Cuba perhatikan orang yang bercinta bagaimana perbualan mereka. Berbisik, cakap dengan nada yang manja lemah lembut, ada kalanya tidak terkeluar pun perkataan, heart-to-heart kata orang.
Begitu juga nak wujudkan perasaan bercinta dengan anak. Medan marah boleh ditukar jadi medan mendidik, kuatkan ikatan hati.
Ada pepatah barat;
“It takes heart-set, to change mindset”
Ini saya kongsi antara pendekatan cara nak ‘marah’ atau membetulkan anak.
1. Jika ada sesuatu yang buat hati mendidih, langkah pertama istighfar beberapa kali hingga sejuk sikit hati.
2. Agak-agak dah suam didihan itu panggillah nama penuh anak, (semua anak ada makna yang baik pada namanya, dan panggilan itu adalah doa InsyaAllah.
3. Turunkan badan ibu selari dengan tinggi anak (kurangkan perbezaan autoriti ibu dan anak). Bercakaplah dengan nada sederhana apa yang menjadi kemarahan kita.
4. Bercakap mesti ada perkara ini;
– Beritahu fakta apa kesalahannya
– Tanya anak Mengapa (untuk tahu rasional anak melakukannya)
– Beritahu anak kesan buruk perbuatannya
– Beritahu akibat jika anak masih buat juga
5. Perhatikan reaksi anak. Biasanya mereka akan angguk, atau tiada reaksi atau kalau jenis yang sensitif boleh sampai menangis.
6. Walau apa reaksi mereka, mula guna sentuhan pula. Usap belakang kepala, atau terbaik lagi, peluk sambil berbisik kata-kata semangat untuk anak buat perubahan yang kita mahukan, dan akhiri dengan pujian atau harapan.
InsyaAllah cara ini buat kurang marah. Maka kuranglah stress, ibu happy anak dapat jadi bijak sekali.
Tugas seorang ibu bukan sahaja membesarkan anak, tapi banyak lagi tugas sampingan yang kadang orang tak sedar. Besarnya pengorbanan seorang ibu tiada bandingannya. Oleh sebab itulah syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.
Sebesar mana pun ujian dan dugaan datang, ibu tak pernah mengeluh, kadang memendam dan menangis sendiri. Ayah kat rumah tanyalah khabar, kadang bukan kemewahan yang diminta, sedikit perhatian dan kasih sayang sudah cukup untuk gembirakan hati isteri tersayang.
Tak mudah menjadi seorang ibu
Kadang terpaksa berjaga malam ketika anak demam panas
Kadang terpaksa menahan perut yang kepedihan akibat lapar ketika menyuap anak anak
Kadang terpaksa melipat kain sewaktu migrain datang menyerang demi memastikan rumah sentiasa rapi dan kemas
Kadang terpaksa menahan emosi yang meluap luap ketika anak menyepahkan dapur yang baru dibersihkan
Kadang terpaksa menahan rasa di hati bila melihat anak yang tidak mahu makan walaupun berhempas pulas seharian menyediakan makanan
Dan bermacam lagi ujian
Ini semua adalah ujian kesabaran
Ujian kesabaran buat yang bergelar ibu
Kadang ujian ini menduga emosi, kadang ia menduga hati dan terkadang ia menduga seluruh kesabaran yang tersisa pada diri
Tetapi ketahuilah wahai ibu
Di sisi Allah, nilai seorang ibu itu tersangat mulia
Sehingga syurga anak anakmu Allah letakkan di kakimu
Walau tiap malam mereka menduga kesabaranmu
Walau tiap hari mereka menguras tenagamu
Walau tiap masa mereka memenatkanmu
tetapi ketahuilah suatu saat nanti mereka tetap akan kembali mencium kening dan dahimu
Kerana mereka sangat memerlukanmu
Kerena mereka sangat memuliakanmu
Kerana mereka sangat memerlukan redha seorang ibu
Khabarkan kepada seluruh ibu yang ada di dunia
Bahawa pekerjaan mereka setiap hari adalah pekerjaan yang mulia
Bahawa rutin mereka setiap hari adalah rutin yang mulia
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mak kita atau orang tua-tua pernah cakap, nak didik anak nombor 2 ni jiwa harus kental dan kuat. Sebab anak nombor 2 ni lain sifatnya.
Anak no 2, mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi. Istighfarnya banyak. Akalnya panjang. Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu.
Pergilah mana-mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut. Itulah istimewanya anak nombor 2..
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan. Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang-kadang tiada kesabaran.
Lagi satu, ibu ayah perlu bersyukur dan ingat, anugerah anak yang dikurniakan buat kita suami isteri ada ganjaran pahalanya. Cuma bagaimana kita membentuk anak kita adalah dari acuan dan didikan yang diterapkan sejak awal. Ingatlah pesanan ini:
Anak orang baik, anak kita belum tentu jahat…
Anak orang banyak memberi, anak kita mungkin banyak mendoa…
Anak orang pandai belajar, anak kita mungkin punya adab…
Anak orang cantik, anak kita mungkin berakhlak…
Siapa pun anak kita…Tetaplah bersyukur…
Bahagialah punya mereka sebagaimana mereka bahagia punyai kita…
Sama-samalah kita jadi ibu bapa yang sentiasa bermuhasabah diri dan yang terbaik di hati anak-anak. Insya-Allah!
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.