Walaupun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam kehidupannya, pelakon cantik Anna Jobling tetap meletakkan ibu tercinta, Ariz Arop, di tempat paling istimewa di hatinya.
Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, Anna berkongsi momen manis di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada insan yang melahirkannya.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulis Anna dengan penuh rasa kasih.
Bintang drama popular Setia Itu Mahal ini juga mengakui setiap ucapan yang diterima pada hari lahirnya amat bermakna buat dirinya.
Ads
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” luahnya.
Walau dikelilingi isu dan konflik, anak kacukan Melayu-Inggeris ini tetap berasa bertuah kerana mempunyai insan-insan yang sentiasa memberi sokongan padu.
Ads
“Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi insan hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu,” kongsinya lagi.
Namun, di sebalik ucapan manis ini, hubungan antara Anna dan ibunya masih dalam kemelut selepas pendedahan mengenai perintah injunksi yang diterima pada Disember tahun lalu.
Ads
Apa pun yang berlaku, kasih seorang anak terhadap ibunya tidak akan pernah luntur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak. Bak kata orang pantang sentuh, lekat je. Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja.
Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan beranak. Ada juga yang risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin akan terjejas sekiranya mempunyai anak kecil yang ramai berderet-deret.
Sebenarnya pasangan suami isteri tidak perlu risau dan takut memikirkan semua perkara tersebut kerana yakinlah bahawa anak itu adalah amanah dari Allah dan Dia jugalah yang memberi rezeki kehadiran anak tersebut walau kita rasakan masih belum bersedia.
Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Jadi tak perlu menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kerana tak semua orang berpeluang menikmati rezeki tersebut.
Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tapi masih menanti kehadiran zuriat, ada pula yang mudah dapat anak dan tak semua orang berpeluang memperoleh rezeki itu. Itu semua adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya
Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya yang mengingatkan setiap pasangan suami isteri agar tidak takut untuk beranak ramai kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki setiap anak tersebut. Beliau membacakan maksud surah Az-Zukhruf ayat 32 iaitu:
“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.”
Menurut Ustaz Kazim setiap manusia yang hidup di dunia ini ada rezeki masing-masing daripada Allah SWT. Jadi tak perlu dengki sesama manusia kerana Allah pasti bagi rezeki kepada kita. Jadi janganlah takut atau bimbang, yakinlah kepada rezeki Allah.
Beliau turut mengingatkan pasangan suami isteri yang mudah dikurniakan rezeki anak supaya tidak membunuh janin yang ada dalam kandungan hanya kerana takut miskin.
“Jangan takut mengandung, jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Allah sudah sebut dalam al-Quran bahawa setiap anak-anak yang lahir ada rezekinya. Allah kata kami jamin rezeki untuk setiap anak.
Lahir sahaja seorang anak, rezekinya sudah ada. Bayangkan lahir sahaja anak sudah ada susu ibu untuknya sebagai makanan awalnya yang Allah kurniakan melalui ibu. Bayangkan betapa Pemurahnya Allah kepada hambaNya kerana sekecil usia bayi lagi Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuknya. Ibu bapa juga jangan kedekut dengan anak-anak. Ada yang kedekut dan berkira untuk anak-anak.
“Kadang-kadang ada suami isteri yang kedekut dengan bilangan anak, mereka kata cukuplah dua atau empat anak sahaja. Jangan takut tentang hal rezeki. Ambillah syaitan sebagai musuh bukan manusia sebagai musuh kita. Allah Taala Maha Baik, setiap orang hidup di dunia ini ada rezekinya.”
Rasulullah SAW Suka Umatnya Ramai
Memetik kenyataan bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu yang kini merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid), Haji Aizi Saidi Abd Aziz, setiap zuriat telah tertulis rezeki untuknya, jadi tak perlu bimbang untuk mempunyai anak ramai.
Bagaimanapun, kata Aizi Saidi, lain pula bagi mereka yang tidak berkemampuan, sakit dan sekiranya beranak, ia akan memudaratkan dirinya. “Kita tidak nafikan, bagi mereka yang sakit, tidak berkemampuan untuk mempunyai anak, ada mereka yang mengalaminya.
“Jadi, bagi yang mengalami situasi itu, perlu bersabar dan terus berdoa agar ditemukan jalan terbaik,” katanya.
Mengulas faktor ekonomi yang menyebabkan pasangan takut untuk mempunyai ramai anak, beliau berkata, ia bukan faktor penghalang .
“Dari segi ekonomi, satu sahaja kita perlu ingat, kita tidak tahu rezeki ALLAH SWT macam mana. Sebenarnya Dia telah tetapkan rezeki kita dan jika ada yang takut untuk beranak kerana faktor ekonomi, saya rasa ia telah lari dari konsep asal penciptaan manusia itu sendiri.
“Rasulullah SAW sendiri suka kepada umatnya yang ramai. Itu bukti mempunyai ramai zuriat ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Kecuali bagi mereka yang sakit, mudarat, tidak berkemampuan dan tidak mampu untuk menguruskan anak” katanya.
Menurut Aizi Saidi lagi, jarak dua tahun (susuan) adalah jarak paling ideal bagi setiap anak agar anak mendapat susu dan tumpuan sepenuhnya daripada ibu.
“Itu adalah hikmah bagi ibu yang menyusu anak. Tempoh dua tahun yang diberikan adalah untuk mereka memberi tumpuan menyusu anak sepenuhnya, sekali gus menjadi jarak antara dia dan adiknya,” katanya kepada akhbar Sinar Harian edisi Terengganu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua momen manis perlu dikongsi, tapi bila Fattah Amin memilih untuk memuat naik video comel bersama anak perempuannya Fatima, ramai yang tersentuh hati.
Dalam dunia hiburan yang serba pantas dan penuh persepsi, perkongsian Fattah Amin ini seolah-olah menjadi satu nafas baharu yang menunjukkan sisi peribadinya sebagai seorang ayah penyayang, sabar dan begitu mesra dengan anak tunggalnya itu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fattah dilihat meluangkan masa berkualiti bersama Fatima atau nama penuhnya, Nur Fatima Aisya dalam suasana yang cukup santai. Walaupun tidak dinyatakan lokasi mereka, yang pasti momen itu cukup menyenangkan dan menggambarkan kasih sayang mendalam antara dua beranak ini.
Fatima, yang semakin membesar dengan kecomelan tersendiri, kelihatan sangat manja dan rapat dengan ‘daddy’nya. Dalam video tersebut, Fatima melakukan aktiviti mewarna, sambil daddynya setia menemani dan turut sama melukis. Nampak jelas Fattah begitu leka melayan kerenah anaknya, seolah-olah dunia luar langsung tidak wujud.
Ada satu momen yang mencuri perhatian ramai Fatima berlari riang mengejar cahaya lampu seperti anak kecil lain yang penuh imaginasi dan semangat. Senyuman dan tawa yang terpancar pada wajah Fattah seolah-olah menggambarkan betapa dia benar-benar menikmati setiap detik itu. Malah, mereka turut berkongsi gambar berdua yang cukup menggambarkan kebahagiaan simple, tapi bermakna.
Apa yang lebih menyentuh hati, Fattah hanya menulis kapsyen ringkas di hantaran tersebut “Fatima ❤️” cukup pendek, tapi sarat dengan makna. Lambang emoji hati itu pun sudah cukup menggambarkan betapa besar cinta seorang ayah kepada anak perempuannya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian buat Fattah. Ramai yang tersentuh melihat cara Fattah melayan anaknya, menggambarkan sisi keayahan yang tidak selalu dilihat umum. “Comelnya dua beranak ni,” tulis seorang pengguna. “Nampak sangat Fatima rapat dengan daddy dia… manja sangat,” tambah seorang lagi.
Namun begitu, tak kurang juga yang menzahirkan rasa simpati terhadap Fattah. Ada yang mengandaikan bahawa perkongsian ini mungkin timbul kerana tekanan dan kecaman yang diterima sebelum ini, kononnya dia tidak memberi perhatian kepada puteri sulungnya selepas lahirnya cahaya mata kedua. Walaupun tidak pasti benar atau tidak dakwaan tersebut, ramai yang berharap agar masyarakat tidak terlalu cepat menilai.
Apa pun niat Fattah, yang pasti momen ini cukup menyentuh hati. Ia bukan hanya tentang ‘membalas kecaman’, tapi tentang seorang ayah yang berusaha menjadi bahagian penting dalam hidup anaknya. Dalam dunia yang serba sibuk ini, masa dan perhatian itulah yang paling mahal buat seorang anak.
Semoga hubungan ayah dan anak ini terus utuh dan dipenuhi dengan kasih sayang, kerana anak yang rasa disayangi akan membesar dengan penuh keyakinan dan kekuatan emosi. Momen kecil seperti ini, walaupun mungkin nampak remeh, adalah asas kepada sebuah memori yang akan dikenang sepanjang hayat.
‘Boundaries’ perlu diajarkan pada anak sejak kecil. Antara penyebab anak jadi liar dan susah dikawal adalah bila kita gunakan ‘Permissive Parenting’ dalam mendidik anak.
Permissive adalah bila kita:
Ada perkara yang kita perlu tegur, tetap perlu ditegur.
Tak tahu cara tegur anak dengan berkesan?
Beri Amaran Awal
Segerakan Hukuman
Nyatakan Tingkahlaku Anak Yang Kita Tak Suka Dengan Terperinci