MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.
“Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu, kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.
Ads
“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.
Ads
Ads
Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelas online ibu hamil dan menyusu sangat sinonim dengan Pa&Ma. Membuka tirai tahun 2022, Pa&Ma Komuniti menganjurkan kelas secara online bersama doktor-doktor pakar jemputan terkenal.
Talk To Doctor Eksklusif Bersama Moms To Be berlangsung selama dua jam pada 8 Januari 2022 (Sabtu) dengan dua doktor pakar jemputan yang tidak asing bersama Pa&Ma iaitu Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Dr Hairin Anisa, Pakar Pediatrik.
Seramai 45 orang ibu hamil dan baru bersalin yang kebanyakan mereka merupakan ahli komuniti Pa&Ma Moms To Be dan Pa&Ma Support BF turut serta dalam kelas tersebut.
Kebanyakan mereka yang sedang hamil anak pertama dan baru melahirkan bayi sangat teruja menimba ilmu tanpa jemu.
Sesi pertama dimulakan dengan kupasan tajuk “Kisah Buku Pink” oleh Dr Maiza. Pelbagai kupasan ilmu kehamilan bermula dari trimester pertama hingga ketiga dirangkumkan bagi memberi kefahaman pada ibu-ibu yang pertama kali hamil.
Paling menarik apabila Dr Maiza yang bersiaran secara langsung dari kliniknya turut menunjukkan model rahim ibu hamil setiap kali memberi penjelasan mengenai tajuk yang dibincangkan.
Sepanjang sesi peserta boleh bertanya soalan yang menjadi kemusykilan sepanjang kehamilan mereka.
Peluang mendengar sendiri jawapan daripada doktor pakar memberi kelegaan kepada mereka.
Sesi kedua pula membentangkan tajuk “Cabaran Jaga Bayi Baharu Lahir” oleh Dr Hairin Anisa. Bagi ibu yang sedang hamil, penjelasan tentang tajuk ini sangat penting untuk mereka bersedia mental dan fizikal apabila bayi lahir kelak.
Sementara itu pelbagai soalan turut diajukan berkaitan pelbagai isu penjagaan bayi termasuk masalah ruam, jaundis, penyusuan susu ibu dan bermacam-macam lagi masalah biasa di kalangan bayi baharu lahir. Penjelasan Dr Hairin yang juga merupakan Pakar Laktasi bertauliah memberikan kepuasan kepada para ibu.
Di akhir kelas online, kesemua peserta berpuas hati dan memuji pembentangan tajuk oleh Dr Maiza dan Dr Hairin Anisa serta penganjuran acara oleh Pa&Ma.
Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya
Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya dianjurkan pada 9 Januari 2022 (Ahad) adalah eksklusif untuk komuniti Pa&Ma Support BF.
Dr Nurhaya Yacob merupakan Pakar Laktasi bertauliah International Board of Lactation Consultant (IBCLC) sememangnya kerap mengadakan pelbagai siri seminar/kelas secara online.
Jadi peluang menyertai Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya tidak dilepaskan oleh para ibu menyusu yang sangat gigih dan rajin menimba ilmu penyusuan.
Oleh kerana majoriti peserta Kelas Penyusuan yang bermula seawal 10 pagi Ahad di kalangan ibu bekerja, jadi Dr Nurhaya lebih memberi fokus kepada penyusuan susu ibu di kalangan mereka.
Segala tips, solusi masalah dan penjelasan segala pertanyaan yang diajukan oleh peserta sepanjang sesi kelas berlangsung selesai selama dua jam tanpa disedari.
Kebanyakan peserta berasa puas dan berterima kasih kepada Dr Nurhaya dan sudah tentu Pa&Ma Komuniti yang telah mengajurkan kelas online yang sangat bermanfaat dan dapat disertai oleh semua ibu menyusu di seluruh negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencipta keseronokan bermain dan dalam masa yang sama merangsang otak dan kreativiti hanya boleh dilakukan apabila kanak-kanak bermain set permainan LEGO.
Set permainan yang tak lapuk dek zaman ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa juga sentiasa teruja untuk menyelesaikan pembinaan set permainan LEGO®.
Keriangan dan keterujaan untuk menyaksikan hasil binaan LEGO® mereka terhasil membuatkan sesiapa sahaja boleh fokus dan duduk diam memberi tumpuan. Jadi, para peminat set permainan LEGO® jangan lepaskan peluang untuk merebut 7 koleksi permainan yang terdapat dalam LEGO® Build The Thrills campaign.
LEGO Group melancarkan rangkaian set kenderaan baharu untuk kanak-kanak yang menggemari kereta untuk membina kereta penuh aksi, menyesuaikannya mengikut kesukaan mereka dan merasai pengalaman permainan tersebut dengan keupayaan untuk membina dan membina semula.
Race Car
LEGO® racing action untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas mengasah bakat membina imaginasi binaan kreatif yang berinspirasi iaitu set mainan LEGO® City Race Car termasuk 2 figura mini.
Kepingan Modular LEGO® dan pre-molded Starter Brick chassis memberikan permulaan baru kepada para pembina lego.
Set permainan ini memberi peluang untuk ibu ayah mencipta masa bersama si kecil kerana boleh bersama-sama membinanya. Langkah demi langkah panduan membina secara bergambar dan digital memudahkan untuk si kecil membinanya.
The LEGO® City Race Car didatangkan dengan pemandu dan mini figura mekanik, aksesori yang melengkapkan keseronokan imaginasi permainan lumba.
Police Car
Pengembaraan menangkap penjahat dalam dunia kreatif LEGO® City. Set mudah bina permainan kereta polis pasti mengujakan si kecil berusia 5 tahun ke atas terutama kanak-kanak lelaki.
Selain merangsang kreativiti pembinaan, set kereta polis ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar semasa bermain. Panduan secara bercetak dan digital disediakan bagi membantu pengalaman membina yang menyeronokkan selain membentuk keyakinan diri dan kemahiran kehidupan.
Set kereta polis ini juga boleh menjadi hadiah hari jadi paling ideal atau pemberian bermakna kepada peminat set binaan LEGO® City dan kereta mainan.
Formula E® Porsche 99X Electric
Raikan salah satu daripada pasukan lumba Formula E® terkenal di dunia dengan set pembinaan Formula E® Porsche 99X Electric. Peminat Formula E® pasti tak lepaskan peluang untuk mencipta semula drama hari perlumbaan menggunakan aplikasi.
Dengan aplikasi augmented reality dan 2 pull-back motors, kanak-kanak boleh membuat keputusan taktikal seperti pelumba popular Porsche Formula E®.
Dengan 422 keping lego, kanak-kanak pasti seronok membina model replica kereta lumba autentik Formula E® Porsche.
Tree Planting Vehicle
Set binaan brick tapak semaian pokok dan trak ini pasti disukai kanak-kanak yang gemar bermain berkebun di pokok yang sedang tumbuh dan memelihara hidupan liar.
Set mainan ini dilengkapi dengan elemen untuk mengembangkan imaginasi mempunyai 336 keping lego termasuk 2 mini-dolls, tapak semaian pokok, trak pickup, aksesori berkebun dan figura hidupan liar.
Set warna warni ini menjadi cara terbaik untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap alam sekitar dan menunjukkan kepada mereka bagaimana pokok tumbuh membesar.
Ia boleh menjadi set ideal untuk hadiah hari jadi, percutian atau pemberian untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia 6 tahun ke atas yang sayangkan alam semula jadi, haiwan comel atau kenderaan pelik.
The LEGO® Speed Champions 1970 Ferrari 512 M
Set pembinaan LEGO® ini memberi peluang kepada kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur untuk mengumpul, membina dan meneroka kereta lumba ikonik. Ia sesuai untuk dimainkan dan dipamerkan, rekreasi LEGO® yang setia ini merakamkan intipati kereta lumba endurance lagenda 1970-an yang terkenal dengan prestasi yang menakutkan dan epik di trek.
Lotus Evija
LEGO® Speed Champions Lotus Evija (76907) ini merakamkan kesederhanaan elegan dan reka bentuk inovatif real-life all-electric hypercar. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur, ia memberikan pengalaman pembinaan yang menarik, sesuai untuk pameran dan hebat untuk aksi perlumbaan bertenaga tinggi.
Street Racer
Peminat kereta terpantas boleh meredah jalanan atau litar lumba denan set bangunan LEGO Creater 3in 1 Street Racer (31127) yang menakjubkan ini. Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas akan teruja untuk mempamerkan perlumbaan dengan kereta mainan yang hebat ini, yang menampilkan paip sisi yang hebat, spoiler dan bumbung boleh tanggal.
Kanak-kanak mendapat tiga pengalaman bina dan main yang berbeza denga set mainan LEGO Creator 3in 1 ini. Mereka boleh membina mainan kereta otot Street Racer, kemudian membinanya semula menjadi kereta lumba red-and-teal hot rod, atau menyalakan imaginasi mereka untuk mencipta kereta lain yang berkuasa pantas.
Pengalaman digital untuk pembina LEGO
Set mainan dilengkapi dengan arahan pembinaan digital interaktif untuk menjadikan pengalaman pembinaan lebih menyeronokkan. Ia boleh diperolehi secara percuma dalam aplikasi LEGO Building Instructions yang boleh digunakan melalui telefon pintar atau tablet, alat zoom dan putaran membantuk kanak-kanak memggambarkan model semasa mereka membinanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Timbalan Menteri pengangkutan, YB Dato’ Hj. Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada setiap kenderaan peribadi mereka yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.
Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat jika berlaku sebarang kemalangan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 73% kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya adalah disebabkan pengabaian ciri keselamatan oleh ibu bapa.
Melalui sidang media, Dato’ Hj. Kamaruddin menyatakan bahawa mengikut statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta pada tahun 2017, seramai 35 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah maut. Ini amat menyedihkan dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk melakukan kempen sepanjang 2019 untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.
Badan bukan kerajaan juga turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Tateh bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), telah bergerak aktif dalam memberikan latihan dan kelas kepada hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.
Kempen Malaysia Save Our Future, akan diteruskan dengan berkolaberasi bersama Plus Malaysia Berhad. Pemilihan 4 lokasi perhentian lebuhraya R&R ialah Dengkil Utara, Gunung Semanggul, Seremban dan Tapah.
Program seperti ini bertujuan untuk melihat dan membantu orang ramai tentang pemasangan Child Safety Seat dengan betul dan selamat kerana terdapat ramai ibu bapa yang tidak tahu cara pemasangan kerusi ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.