Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama.
Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran.
Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin.
Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin.
Tidak. Bukan begitu. Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu.
Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar.
Ads
Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan.
Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat.
Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Ads
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini.
Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi.
Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Ads
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama.
Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini. Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan.
Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang menjadi trend ibu bapa zaman sekarang memberikan anak gajet dengan alasan anak akan kurang mengamuk dan senang untuk dijaga. Namun kesan gajet amat membahayakan kesihatan anak. Mata boleh menjadi rabun, anak kurang social interaction, stimulasi anak jugak kurang, kurang mendengar kata dan mudah tantrum.
Banyak kes yang melibatkan kesihatan anak akibat penggunaan gajet yang melampau dan tidak dipantau. Ramai ibu bapa yang telah tampil berkongsi kisah mereka supaya dijadikan pengajaran pada ibu bapa lain. Terbaru, Puan Sheda Lehon berkongsi kisah anaknya di facebook yang telah rabun dan juling berpunca daripada handphone.
Mesti orang tertanya-tertanya kenapa dengan mata anak aku kan? Kenapa pakai cemin mata? Dia lahir normal kan? yesss… aku lahirkan kakak & adik, mata normal & sihat walafiat.
Start Juling Bulan 6/7, Punca Handphone
Tak juling & tak rabun, mata kakak start juling since tahun lepas bulan 6/7 gitu. Punca dari HANDPHONE, aku bg dia tgk hp ikot kehendak dia. Tak kire siang atau malam. 2-3 jam setiap kali tengok.
Anak Tengok HP 3-4 kali sehari
Bayangkan satu hari dia tgk hp 3-4 kali. Sebabnyaaa, aku nk suruh dia duduk diam sbb aku nak tidokan adik dia. nak layan adik dia yg masih kecil mase tuh . bile pegi makan kat lua . Aku bg dia tgk hp sbb nak dia ddk diam.
Dapat Tahu Rabun Lepas Jumpa Pakar
Mase tuh aku tak tau dia rabun pun. Aku dapat tau kakak rabun pas jumpe doc pakar mata kat hospital ismail 18/02/2019 … itu appoiment 1st kakak. Mase kakak mule2 juling aku mcm tak bole terima. Sedih sangat hati aku tp aku tau nie semua silap aku.
Aku Punca & Akan Usaha Pulihkan Mata Anak
Aku punca semua nie. bile berdepan dengan orang luar . org dok perati mata kakak . ade yg mulut jahat panggil kakak HEI JULING, tau tak ape perasaan aku mase tuh ? aku menangis weyhhh depan org… kakak da faham ape org ckp mase tuh. dia terduduk malu . tersipu malu. aku cpt2 peluk dia . tape kakak mmy ade . mmy akan usaha ape saje utk pulihkan mata kakak supaya kembali normal mcm dulu.
Pakai Cermin Mata Atau Pilihan Terakhir Pembedahan
Mase check up ritu. doc cakap kakak rabun . tinggi power rabun kakak . rabun 250 . silau 75 . doc suro kakak pakai spec utk tegakkan mata dia semula . andaikata pakai spec pun mata kakak tak normal semula . last choice OPERATION … allahu … terkedu mase tuh balik dr hospital. cepat2 mmy ajak ddy g kedai cermin mata walaupun mase tuh mmy ddy tade duit ka.
untuk pengetahuan korang aku dgn laki aku tgh susah sekarang . tp malas nak cite banyak la . yg tau life aku mcm mane skrg . tau lah kan … nasib la aku ade gelang emas . aku patah balik uma amek gelang emas then pegi pajak . duit tuh aku buat utk beli cermin mata kakak . gelang emas tak padu pun , lepaslah buat cermin mata dia aku da tak pk ape dah . tapelah . emas bole beli nnt . anak2 lagi penting . now kakak kene pakai cermin mata selalu even kat rumah pun . kene kerap pakai bia mata dia cpt baik . bulan 8 nie ade check up lagi dengan doc pakar mata . mmy doakan mata kakak kembali normal seperti biasa ye syg sebelum bulan 8 nie . aamiin.
Stop lah Bagi Anak-anak ngadap HP Sebelum Jadi Macam Anak Aku
pengajaran untuk ibu bapa kat luar sane , stoplah bagi anak2 korang ngadap hp sblm jd mcm anak aku . lagi2 tengok hp dalam keadaan gelap . nnt menyesal tak sudah mcm aku
korang semua doakan mata anak aku normal macam dulu yew
Pelakon cantik, Datin Atikah Suhaime, 33, yang kini sedang hamil lima bulan berkongsi bakal melahirkan anak sulungnya di Kuala Lumpur sahaja.
Tidak mahu memilih di negara kelahirannya, kongsi Atikah dia dah suaminya, Datuk Lokman Teh, 34, juga menyokong pilihan ini kerana mereka ingin anak mereka menjadi warga Malaysia.
“Kami sudah berbincang mengenai soal kewarganegaraan anak sebelum berkahwin lagi.
“Saya dan ahli keluarga juga tidak ada masalah untuk anak kami menjadi warga di sini kerana Malaysia dan Singapura tidak jauh beza dan hanya bersebelahan saja,” ujarnya.
Tambah bakal ibu ini lagi, keputusannya untuk bersalin di Kuala Lumpur bukan sahaja berkaitan dengan kewarganegaraan, tetapi juga kerana urusan perniagaan suami dan keluarga mentuanya yang berpusat di Kuala Lumpur.
“Saya bersetuju dengan kemahuan suami saya kerana semua urusan keluarga kami di sini,” katanya, menambah bahawa sokongan dari suami dan keluarganya memberi kekuatan dalam membuat keputusan ini.
Ketika ditanya mengenai hasrat untuk memohon taraf kerakyatan Malaysia, Atikah menjelaskan bahawa dia tidak bercadang untuk berbuat demikian.
“Saya masih warga Singapura dan ulang alik ke Kuala Lumpur dengan menggunakan ‘spouse visa’ saja. Saya tidak mahu menukar kerakyatan kerana ia memudahkan urusan untuk saya ‘travel’ ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat,” jelasnya.
Dengan statusnya sebagai warga Singapura, Atikah tidak perlu memohon visa untuk melawat negara lain, termasuk AS, yang menjadi pertimbangan penting baginya.
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 30 September yang lalu, isteri kepada pemain bola sepak, Safawi Rashid, iaitu Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman.
Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Syifa berkongsi kelahiran bayi sulungnya yang lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Tak langsung prepared. tak sangka keluar rumah malam tu jadi malam terakhir keluar berdua haha. Ada leaking pukul 2 petang, tunggu sampai maghrib tengok masih ada.
“Rasa pelik dah, ajak suami pergi hospital. Bila pergi memang tak kembali haha. Masa tu baru 36 minggu 6 hari.
“Saif keluar tepat 37 minggu dengan berat 2.61 kg. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsinya.
Tambah Syifa lagi, dia pada mulanya mengalami kontraksi palsu tiga hari sebelum melahirkan bayinya. Namun tidak menyangka ia adalah kontraksi sebelum kelahiran Saif Sulaiman.
“Sebenarnya 27 hari bulan dah mula rasa mengeras yang ada satu waktu itu berpeluh. Tapi kita ingat braxton hicks, layan saja lah sampai la 29 hari bulan, baru pergi hospital.
“Memang sakit dua-dua la, contraction rasa, sakit luka czer pun rasa. Contraction habis tinggi 100, Syifa tahan lagi tapi sakit kuat walau pun on Pitoxin drip,” katanya lagi berkongsi.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.