Dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa , keutamaan kita adalah untuk memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada mereka. Selain makan, minum, pakaian serta tempat tinggal, salah satu perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan adalah soal kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, mulalah kita rasa risau kan?

Selain daripada demam, batuk dan selesema, terdapat pelbagai lagi penyakit berkaitan kanak-kanak yang merisaukan, termasuk  risiko penyakit yang melibatkan jangkitan otak seperti Meningitis dan Ensefalitis. Walaupun kes ini jarang berlaku, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang tanda dan gejala penyakit ini serta langkah pencegahannya.

Fahami Apa Itu Meningitis dan Ensefalitis

Penyakit merbahaya berkaitan dengan jangkitan kuman dalam otak, boleh membawa maut dan ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Meningitis dan Ensefalitis. Meningitis ialah keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Manakala Ensefalitis pula melibatkan keradangan akut di bahagian tisu otak.

Kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan serius pada kesihatan kanak-kanak. Selain berpotensi menyebabkan kelemahan secara am, ia juga boleh menyebabkan gangguan neurologi seperti kekejangan, masalah pembelajaran, serta komplikasi pendengaran atau penglihatan. Kesan dan tahap serius jangkitan kuman juga turut berbeza mengikut pesakit, kerana ia bergantung kepada sejauh mana sistem saraf pusat seseorang itu terjejas.

Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada
Sumber foto: www.shutterstock.com

Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang atau kecacatan. Meskipun keadaan ini menakutkan, namun penyakit-penyakit ini dapat diuruskan dengan berkesan melalui kesedaran awal dan rawatan segera yang tepat.

Penyakit Tak Kenal Usia, Cegahlah Dari Awal  

Penyakit berkaitan jangkitan otak ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan mudah tersebar melalui titisan cecair saluran pernafasan. Sangat mudah kan untuk ia tersebar dan menjangkiti orang lain?

IKLAN

Untuk mengurangkan risiko dijangkiti, kesedaran yang tinggi tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang baik perlu ditekankan. Misalnya dengan mengelakkan kontak rapat atau menghindari aktiviti pertukaran air liur seperti berkongsi peralatan makan dan bercium.

Sensitif Terhadap Bunyi & Cahaya Antara Gejala Jangkitan Otak

Pengesanan awal gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, kekakuan otot, sering mengantuk, lesu serta sensitiviti terhadap bunyi dan cahaya (fotofobia) yang dialami oleh anak anda adalah penting. Apabila gejala ini dapat dikenalpasti segera, ia boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil rawatan yang akan dijalani.

Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada
Sumber foto: www.shutterstock.com

Mengenal pasti punca jangkitan juga penting untuk menentukan rawatan yang berkesan dan sesuai. Antara punca jangkitan yang menyebabkan penyakit Meningitis dan Ensefalitis termasuklah penyebaran bakteria dan virus yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, kulat, masalah autoimun dan dadah.

IKLAN

Langkah-Langkah Diagnostik dan Rawatan

Prosedur diagnostik seperti ujian darah, CT (Computed Tomography), atau MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah kritikal untuk menentukan langkah seterusnya dengan tepat. Penyakit ini mempunyai beberapa kaedah rawatan yang berbeza, termasuklah menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria, antiviral untuk kes tertentu, dan ubat anti-kejang untuk individu yang mengalami keadaan kejang.

Lumbar Puncture atau Tebukan Spinal, juga merupakan salah satu kaedah diagnostik, yang melibatkan pengumpulan cecair serebrospinal (Cerebrospinal Fluid) untuk mendapatkan analisis. Walaupun pada umumnya selamat, kaedah ini mungkin memerlukan pembiusan bagi kanak-kanak dan ia merupakan prosedur yang dapat menyumbang dalam menentukan diagnosis yang tepat dan perancangan pengurusan yang berkesan.

Vaksinasi: Kunci Pencegahan

IKLAN

Vaksinasi adalah antara langkah pencegahan yang amat penting. Sebagai contoh, vaksin Meningokokus (Meningococcal vaccine) boleh membantu mencegah bakteria meningitis yang disebabkan oleh Neisseria meningitidis.

Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada
Sumber foto: www.shutterstock.com

Tahukah ibu bapa, vaksin untuk demam campak, beguk, rubella (MMR), cacar air, dan ensefalitis Jepun (Japanese encephalitis) pula dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit otak ini yang bukan sahaja mampu melindungi individu malah pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penularan jangkitan tersebut dalam kalangan masyarakat.

Dapatkan Nasihat & Bantuan Dari Pakar Terbaik Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk melindungi anak kita daripada terkena jangkitan otak. Di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), mereka komited untuk melindungi anak-anak anda.

Di bawah pengawasan Dr. Shalini Shanmugam, perunding pediatrik berpengalaman, hospital ini menjanjikan konsultasi serta rawatan terbaik untuk pesakit kanak-kanak. Beliau bukan sahaja merupakan pakar dalam pengkhususan pediatrik am, malah turut cemerlang dalam pengurusan neonatal, pemakanan, dan pertumbuhan kanak-kanak. Kepakaran dan pengalaman beliau telah banyak menyumbang kepada penyediaan penjagaan kesihatan yang terbaik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada
Dr. Shalini Shanmugam

Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, DSH2 merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare Berhad yang menawarkan rawatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang klinikal utama. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang dipacu oleh Artificial Intelligence (AI) serta sistem digital berintegrasi, DSH2 menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa untuk si kecil anda.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah temujanji dengan pakar pediatrik DSH2, Dr. Shalini Shanmugam, hantarkan email ke drshalinis@kpjdamansara2.com, hubungi +603 7717 3000 atau layari www.kpjhealth.com.my/damansara2/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI