Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum azan dan iqamat adalah sunat seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Menurut Ustaz Azhar lagi, tindakan mengazan dan mengiqamatkan bayi adalah bertujuan untuk mendedahkannya dengan keimanan kepada Allah SWT seawal kelahiran.
“Biar dia dengar kalimah yang baik ketika datang ke dunia,” kongsi beliau menerusi perkongsian video itu.
Tambah Ustaz Azhar lagi, amalan ini tidak wajib namun ianya sunat dilakukan sebaik anak dilahirkan.
“Tidak wajib, ianya sunat.
Ads
“Tindakan itu mengikut perbuatan Rasulullah SAW yang mengazankan di telinga cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussein.
“Kalau kita nak iqamat pun boleh, nak buat kedua-duanya sekali pun boleh juga,” ujarnya.
Bahkan ustaz yang cukup disegani ramai ini juga turut menjelaskan tentang cara azan dan iqamat yang menjadi sunat untuk ibu bapa lakukan.
Ads
Antara amalan sunat adalah mengazankan di sebelah telinga kanan bayi dan iqamat pada telinga kiri bayi.
“Kalau kita nak azan sahaja, azanlah di telinga kanan bayi.
“Tapi kalau nak azan dan iqamat, azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri,” tambahnya lagi.
Ads
Daftarkan anak-anak ke Jom Mewarna sekarang. Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4-8 tahun dan rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1000!
Ada banyak lagi aktiviti fun yang lain, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Astro Home of Kids di Pavilion Damansara Heights bermula 1-3 Ogos 2025 ini!
Sumber: TikTok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serba boleh! Itu istimewanya adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang tular kerana kepetahannya bercakap sehingga digelar wartawan cilik selepas memuat naik video penemuan seekor ular sawa secara langsung di media sosial.
Pandai memasak, pernah terima tempahan
Namun, sebalik sifat keanak-anakan itu, Muhammad Haziq akan bertukar menjadi ‘dewasa’ apabila dia mula masuk dapur dan memasak pelbagai menu serta juadah makanan sama ada untuk dijual atau dimakan bersama keluarga.
Difahamkan, jika memasak dia tidak membenarkan sesiapa masuk ke dapur kerana ‘tugas’ itu akan dilakukannya seorang diri dan hasil air tangan kanak-kanak terbabit kemudian akan dikongsi bersama ahli keluarga serta jiran.
Muhammad Haziq yang menghidap penyakit talasemia sejak lahir berkata, dia pernah menerima tempahan untuk membuat roti dan burger Malaysia daripada doktor yang merawatnya untuk dijamu kepada kakitangan hospital.
“Saya memang gemar memasak dan mempelajarinya melalui saluran Youtube seorang chef tempatan dan akan berkongsi video masakan yang ada antaranya turut dijual kepada pelanggan.
“Minat saya ini diketahui guru serta rakan-rakan di sekolah hingga ada yang memanggil nama saya Chef Haziq,” kata murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau.
Selain memasak, minat menanam dan pelihara haiwan
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, dekat sini, kanak-kanak terbabit turut menunjukkan kemahirannya memasak kambing perap menggunakan sos ciptaan sendiri.
Menurutnya, selain memasak dia juga turut menanam sendiri sayur seperti kangkung dan bayam di belakang rumah serta gemar memelihara kucing dan arnab.
Antara masakan kanak-kanak terbabit ialah kek marble, garlic bun serta pelbagai lagi menu malah donut dihasilkannya turut diletakkan di kedai kuih untuk dijual.
Belajar dari Youtube
Sementara itu, ibunya Nur Shakila Zainol, 33, berkata dia dan suami tidak tahu yang anak sulung daripada dua beradik berkenaan memiliki kelebihan memasak yang hanya dipelajari melalui Youtube.
“Bagaimanapun, kami hanya mengikut apa yang diminatinya dengan memberi sokongan dan bagi saya masakan paling sedap yang dimasak anak ialah nasi ayam dan siakap tiga rasa. Jika teringin, kami akan minta anak masak namun dia tidak akan membenarkan sesiapa masuk ke dapur selagi juadah dimasaknya belum siap,” katanya.
Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.
Video yang meraih lebih 1 juta tontonan itu dikatakan menarik kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah selepas parah terlibat kemalangan jalan raya di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, Klang dekat sini semalam.
Kredit video: Perak Today
Video insiden berdurasi seminit itu tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak berbaju t-putih dan berseluar merah dan rambut tak diikat berdiri pantau di tepi jalan sebelum berlari melintas jalan secara tiba tiba sebelum bunyi perlanggaran itu berlaku.
Pemandu salah sebuah kenderaan yang diparki bersebelah tempat kemalangan itu menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk kampung dipercayai ahli keluarga mangsa berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.
Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian berlaku pukul 5.45 petang itu mangsa dilanggar seorang pemandu wanita berusia 21 tahun yang menaiki Perodua Kembara.
“Semasa kejadian seorang kanak-kanak di Kampung Delek Kanan yang lari bersama beradiknya sebelum berhenti di tepi jalan sementara dua buah kenderaan lalu di hadapan mereka.
“Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan yang berdiri di tepi jalan melihat pergerakan kenderaan di kedua-dua arah sebelum secara tiba-tiba berlari melintas jalan.
“Ketika itu Perodua Kembara dipandu kerani itu terkejut kemunculan kanak-kanak itu secara tiba-tiba melintas dan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun telah cuba untuk membrek kecemasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Akibat perlanggaran itu mangsa telah tidak sedarkan diri terlantar atas jalan raya.
Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut dan mengalami kecederaan organ dalaman yang parah.
“Mangsa mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus sebelum mangsa segera dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar,” katanya.
Manakala pemandu wanita itu tidak mengalami kecederaan dan kenderaannya mengalami kerosakan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lega Ibu Ayah! 2027 Anak Tahun 1–2 Tiada Subjek Berat, Bahasa Isyarat Diperkenalkan.
Berita yang menyejukkan hati ibu ayah—KPM membawa “nafas baharu” ke sekolah rendah mulai 2027. Fokus awal ditumpukan pada asas 3M (membaca, menulis, mengira), pembelajaran bersepadu yang lebih menyeronokkan dan pembentukan karakter, sementara Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) mula ditawarkan sebagai subjek tambahan untuk memupuk empati dan komunikasi inklusif sejak kecil.
Tiada lagi ‘subjek berat’ berdiri sendiri. Kandungan awal Sains, seni, kesihatan dan elemen digital digabungkan dalam pembelajaran bersepadu (antara label yang digunakan ialah Alam & Manusia), supaya murid kecil belajar melalui penerokaan dunia sekeliling—lebih dekat, praktikal dan bermain sambil belajar.
Fokus kukuh pada 3M + karakter. Intervensi literasi & numerasi diberi awal, seiring waktu khas Pembentukan Karakter untuk kemahiran sosioemosi anak.
Mulai 2027, sekolah rendah dipecahkan kepada tiga tahap—lebih tersusun ikut kematangan kognitif dan emosi anak:
Tahap I (Tahun 1–2): Penguasaan literasi & numerasi + pembentukan karakter.
Tahap II (Tahun 3–4): Aplikasi kemahiran & nilai melalui Eksplorasi Sains & Teknologi dan Eksplorasi Seni & Dunia.
Tahap III (Tahun 5–6): Kemahiran menganalisis & berinovasi; Sains dan Sejarah kembali sebagai mata pelajaran, bersama PSV, Muzik dan pengukuhan Teknologi & Digital.
Ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah rendah bermula 2027, terbuka kepada semua murid—inisiatif yang menerima sokongan luas masyarakat.
Dalam aliran Pendidikan Khas (masalah pendengaran), BIM memang sudah menjadi komponen kurikulum asas komunikasi; penerapan BIM di arus perdana membantu rakan sebaya berinteraksi dengan lebih inklusif.
2026: Prasekolah mula melaksanakan kurikulum baharu.
2027: Pelaksanaan untuk Tahun 1 dan Tingkatan 1 (kohort seterusnya akan menyusul secara berperingkat).
Belajar ikut dunia sebenar: kelas bersepadu menghubungkan banyak disiplin dalam satu pengalaman—kurang beban hafalan, lebih banyak aktiviti dan pemerhatian.
Asas kukuh dulu, laju kemudian: tumpuan 3M dan sokongan awal mengurangkan jurang literasi/numerasi yang kerap menjadi punca ketinggalan.
Akhlak & emosi terjaga: slot Pembentukan Karakter melatih empati, daya tahan dan adab—nilai yang kita semua mahu lihat pada anak-anak.
Normalisasikan BIM di rumah. Ajar beberapa isyarat asas (sapaan, terima kasih, minta tolong). Ini memupuk rasa hormat pada perbezaan dan menjadikan anak lebih inklusif.
Buat “diari alam” mingguan. Minta anak catat/ambar foto pemerhatian mudah (awan, serangga, pokok). Kaitkan dengan soalan “kenapa/bagaimana”—ini selari dengan pembelajaran bersepadu.
Rutin 3M yang ringkas tapi konsisten. 10–15 minit membaca kuat setiap hari, permainan nombor (kira barang dapur, detik masa), dan menulis nota kecil (senarai barang, kad ucapan).
Bercakap tentang emosi. Guna skala emoji (“hari ni rasa mana satu?”) dan ajar cara mengurus perasaan—itu inti Pembentukan Karakter.
Skrin berhemah, teknologi yang bermakna. Galakkan aktiviti digital kreatif (merakam eksperimen mini, bercerita video pendek) berbanding tonton pasif.
Tahun 1–2: lebih ringan & bersepadu; fokus 3M + karakter.
Tahun 3–4:Eksplorasi Sains & Teknologi + Eksplorasi Seni & Dunia.
Tahun 5–6: Sains & Sejarah kembali; PSV, Muzik, Teknologi & Digital diperkukuh.
BIM: subjek tambahan arus perdana, dan teras dalam Pendidikan Khas (pendengaran).
Pelaksanaan: Prasekolah (2026), Tahun 1 & Tingkatan 1 (2027).
Nota penting: KPM sedang memperincikan butiran pelaksanaan melalui siri libat urus dan dokumen susulan. Nantikan makluman rasmi sekolah anak anda untuk jadual waktu & penawaran subjek setempat.