Bagi yang mengikuti pasangan selebriti media sosial, Cik Epal dan Jofliam di Instagram pasti mengetahui kehidupan hobi pasangan ini yang gemar bercuti bersama dua anak mereka, Han dan Yuki.
Bukan percutian biasa tetapi segalanya lengkap sempurna malah boleh dikatakan percutian yang cukup mewah.
Pun begitu, tidak berlebih-lebihan, sikap keduanya yang sederhana dan ikhlas apabila berkongsi setiap perjalanan mereka membuatkan mereka dikagumi ramai.
Paling menarik pastinya cara keduanya mengawal dua anak mereka, Han dan Yuki yang begitu baik dan tidak banyak ragam sepanjang bercuti.
Ads
Tidak dianggap sukar, akui Jofliam lagi, dua anaknya sememangnya cukup enjoy ketika bercuti malah tidak pernah buat perangai.
“Itu mungkin rezeki saya dapat bawa anak-anak bercuti. Bila bercuti pula, apa yang saya boleh kongsikan, bila anak-anak selesa dengan kita di rumah, jadi bila bawa keluar pun anak-anak tetap selesa. Jadi tak ada masalah sepanjang bercuti asalkan mereka bersama kami.
“Jadi kalau pergi mana-mana pun mereka sentiasa rasa selamat. Mungkin disebabkan itu mereka ok sahaja,” kongsinya lagi.
Ads
Melihatkan keduanya yang cukup open minded untuk mencuba pelbagai jenis makanan ketika bercuti, akui Jofliam lagi dia bersyukur kerana Han dan Yuki tidak cerewet soal makan.
“Saya sangat bersyukur dapat anak-anak yang boleh mengikut rentak ibu dan ayahnya. Apa yang kami makan, anak-anak tak ada masalah untuk cuba.
Ads
“Mungkin mereka tengok kami makan, jadi mereka pun excited untuk mencuba. Bagi saya ini juga satu rezeki buat saya. Pada saya, asalkan anak selesa insyallah semuanya baik saja,” tambahnya lagi.
Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Tiada yang mustahil dalam rumah tangga jika suami atau isteri saling membantu dan bertolak ansur. Ingat apabila dah berkahwin semua urusan rumah tangga dan membesarkan anak perlu sama-sama.
Bagi suami yang ada kelebihan memasak, sekali sekala apa salahnya tunjuk skil itu dan hidangkan air tangan ayah pula pada anak. Kalau tak pun, bantu urus kerja rumah atau jaga anak pun kira ok.
Perkongsian dari seorang bapa dan juga suami, Dr Syahr Musafir ini boleh memberi inspirasi pada pasangan suami isteri untuk sentiasa membantu demi kebahagiaan keluarga.
Ini rahsia saya…
“Bangun pukul berapa nak masak-masak sarapan pagi dan bekal sekolah ni?” Ini satu soalan yang selalu ditanyakan.
“Bangun awal, tak rasa penat ke? Makan apa supaya tak rasa mengantuk apabila kerja….” juga salah satu soalan paling popular.
Jawapannya,
1) Bangun awal. Jam berapa? Saya cerita di bawah.
2) Kalau tak penat tu bukan manusialah. Mestilah kepenatan itu wujud dan dirasa. Tetapi bukan penat itu yang sebenarnya patut difikirkan…
Begini ceritanya,
Sekitar bulan November hingga Disember 2017, kami sedang menyiapkan barang persekolahan Along ST yang akan melangkah ke Tahun 1 pada Januari 2018, ketika itu saya fikir apabila Along mula bersekolah, anak ketiga kami Aboy (akan) berusia 1 tahun 1 bulan, masih menyusu badan.
Sebagai seorang ayah, saya mahu anak ke sekolah dengan bersarapan terlebih dahulu di rumah sebelum ke sekolah. Malah, saya fikir, bekalkan anak dengan makanan dari rumah adalah lebih baik daripada membeli makanan di kantin/luar.
Namun, sebagai seorang suami, saya tidak rasa idea untuk membiarkan isteri saya bersusah di dapur dengan kapasiti Aboy yang masih menyusu badan itu adalah idea yang baik. Maka, saya buat keputusan lebih baik saya yang memasak sarapan sekaligus bekal untuk anak sekolah.
Thus, the struggle begins.
Susah pada mulanya, tetapi setelah terbiasa, jadi ringan, mudah dan sekarang (setelah lebih 2 tahun melakukannya), saya jadi seronok! Subhanallah.
Rahsia saya,
1) Bangun pagi ikut ‘menu’ makanan yang akan dimasak.
Ada menu yang susah atau memakan masa untuk memasaknya (contoh kek, perlu bakar atau kukus lama), maka saya bangun sekitar 4.30 atau 4.45 pagi.
Ada menu yang senang (contoh nasi goreng), saya bangun sekitar 5 atau 5.15 pagi.
Ada menu yang boleh dimasak dengan cepat tetapi penyediaan bahannya agak cerewet (contoh nak buat mi kari atau potato salad), ada bahan-bahan yang saya sediakan malam sebelum tidur dan bangun sekitar 5 pagi esoknya untuk memasak.
Ada masanya ‘terbabas’ maka kelam-kabutlah memasak, tetapi Alhamdulillah Allah mempermudahkan semua urusan.
Ya, saya rancang apa nak masak esok paginya pada petang atau malam sebelum itu. Dah ada idea dah, jadi senang. Paginya bangun terus masak, tak perlu mengelamun cari idea.
2) Menunaikan solat sunat, sekurang-kurangnya 2 rakaat, sebelum mula memasak.
Sedar dari tidur, bangun, cuci muka dan ambil wudhu’, tunaikan solat. Sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Biasa saya buat 2 rakaat solat sunat tahajjud. Jika ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat taubat. Jika masih ada masa, tambah 2 rakaat solat sunat hajat. Dan ‘tutup’ dengan solat sunat witir, ikut keadaan.
Percayalah kata saya, pagi yang dimulakan dengan solat qiyamullail itu buat saya cergas, bertenaga, seronok, gembira dan tak penat, bukan sekadar masa memasak pagi sahaja, tetapi sepanjang hari.
Berbeza sangat dengan pagi/hari tak buat solat sunat, ada je benda tak kena. Penat tu salah satu benda yang berlaku. Rasa lemah badan. Terkadang jadi moody, tak ada mood.
Tetapi hari solat, tak rasa susah pun. Kita minta Allah mudahkan urusan kita, maka Allah mudahkan. Subhanallah.
Jadi 5 hari anak-anak bersekolah, maka sekurang-sekurangnya 5 pagi/malam/hari saya dapat tunaikan qiyamullail. Dulu agak payah juga, sekarang mudah. Dah jadi rutin.
Jangan risau, memang sempat je ke surau atau masjid. Mahu atau tak mahu je.
3) Masak resepi yang ringkas, bagi saya. Saya tak suka yang susah-susah, maka saya customize resepi ikut selera kami sekeluarga sahaja.
Orang lain masak bihun goreng letak itu ini, wajib blend cili kering segala bagai, saya pilih resepi bihun goreng Singapura yang tak perlu guna cili kisar tetapi sekadar bawang dan black pepper saja. Orang lain masak spageti sos tomato kena buat itu ini jadi rumit, saya pilih memasak spegati aglio e olio yang guna minyak zaitun, chilli flakes dan bawang putih je. Pilih yang memudahkan.
4) Saya kongsi di Facebook, dengan tujuan mahu naikkan semangat sendiri.
Saya share gambar, celoteh atau resepi, ada orang Like dan Komen, saya rasa seronok. Tak kisahlah walaupun tak ramai yang Like, saya anggap perkongsian saya tak negatif, tak buruk, of course niat LillahiTaala, maka saya share.
Secara jujurnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah Like dan Komen (dan Share), sebab anda semua memberi semangat kepada saya untuk terus istiqamah memasak sarapan pagi sekeluarga dan bekal sekolah anak-anak. You guys are awesome!
5) Pelbagaikan menu, supaya kita sebagai tukang masak, tak rasa jemu nak memasak.
Saya benar-benar pelbagaikan.
Masakan Melayu, Cina, Barat, India, pelbagai. Semalam masak mi, hari ni sediakan roti, esok sediakan pasta. Gilir-gilir, selang-seli, tukar-tukar.
Bahkan apabila kita buat sebegini, kita jadi kreatif, kita jadi seronok, kita boleh cari idea baru, saya jadikan aktiviti dengan anak-anak mencari resepi dan idea masakan, macam-macam. Jadi teruja, seronok dan mengeratkan hubungan.
6) Sebagai suami, isteri menjadi support kuat saya. Isteri tak komplen masakan tak sedap ke, tetapi diam saja.
Lama-lama si suami ni belajar sendiri rasa itu dan menambahbaikkan rasa sendiri. Isteri saya bangun awal pagi juga, saya masak isteri solat atau lipat baju atau kemas rumah…
Sebagai seorang lelaki, ibu saya support saya memasak untuk keluarga saya. Ini juga support kuat. Ibu perlu beri galakan kepada anaknya (kita) untuk memasak, bukan komplen menantu (isteri kita) tak memasak.
Anak-anak pasti support punya. Saya ni, masak apa pun, setiap hari anak-anak kata saya masak sedap. Perghhhhhhh, seronok weyyyyy.
7) Semestinya semua ini perlu dilakukan dengan niat yang baik.
Niat lillahi taala, pastilah terbaik.
Niat bantu isteri, terbaik.
Niat masak makanan sihat untuk keluarga, terbaik.
Niat tak nak guna MSG segala tu, terbaik.
Niat jimatkan duit, terbaik.
Niat ibadah sama ada solat, masak, urus keluarga, semua ini terbaik.
Niat nak ikut sunnah Rasulullah menyantuni keluarga dengan baik, terbaik.
Niat semua yang baik-baik, Allah pasti bantu.
Dan satu perkara penting juga, lakukannya dengan baik. MasyaAllah, kita rasa seronok sebab rasa dekaaaaaat dengan Allah. Amalan menyantuni keluarga dengan baik, termasuk memasak ini, adalah amalan ajaran Rasulullah SAW, kan?
Allah pasti bantu memudahkan.
Dan sekarang ini, anak-anak sudah tahu, setiap pagi nampak hidangan terhidang, anak-anak akan bantu ambilkan pinggan, sediakan sudu garfu, ambilkan gelas, duduk sama-sama menikmati makanan yang disediakan.
Sebelum anak mula sekolah rendah, saya ada juga masak. Kadang-kadang je la, sebab isteri nak masak. Sekarang ni pun isteri nak masakkan sebab tak nak susahkan saya, tetapi saya minta isteri beri peluang saya pun nak buat kebaikan untuk keluarga juga. Saya masak pagi, isteri masak tengah hari/malam. Kerjasama dengan penuh kasih sayang gittewww.
Kepada yang belum follow dan nak resepi best, tekan follow FB Syahr Musafir ye.
Intan Najuwa hamil anak kedua dan berkongsi pengalaman jujur tentang kehamilan, rutin penjagaan diri serta craving unik yang dialaminya sebagai seorang ibu.