
Intan Najuwa hamil anak kedua menjadi perhatian ramai apabila pelakon jelita ini berkongsi pengalaman jujurnya sebagai seorang ibu. Perkongsian ini bukan sahaja menyentuh soal kehamilan, tetapi turut membuka mata tentang realiti sebenar kehidupan seorang wanita yang bergelar ibu.
Bulan Februari lalu, pelakon jelita, Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Berita itu dikongsikan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Hamid menerusi hantaran di Instagram (IG), sekali gus menerima ucapan tahniah daripada peminat.
Hari ini, Intan sekali lagi berkongsi perkembangan kehamilan terkininya menerusi IG Story. Lebih menarik, perkongsian tersebut bukan sekadar update biasa, malah sarat dengan pengalaman jujur sebagai seorang ibu.
“Everything happened unplanned…” – Rezeki Anak Itu Amanah

Menerusi sesi soal jawab, Intan mendedahkan bahawa kedua-dua kehamilannya berlaku tanpa perancangan.
“Everything happened unplanned, even with Lunara. I’ve always believed in rezeki.”
Namun baginya, setiap anak hadir dengan rezeki dan keizinan Allah.
“If you ask me, maybe three kids, if ada rezeki dan Allah izinkan… sebab anak is an amanah dan being a parent is not easy. It’s more than just providing, it’s about giving them love, care, and everything they need in life.”
Tambahnya lagi, soal bilangan anak bukan sekadar keinginan, tetapi perlu seiring kemampuan.
“So kita ikut kemampuan yang ada. InsyaAllah.”
Perkongsian ini jelas menggambarkan sisi matang Intan sebagai ibu yang bukan hanya memikirkan jumlah anak, tetapi kualiti didikan dan kasih sayang. Kisah Intan Najuwa hamil anak kedua ini juga menunjukkan betapa pentingnya kepercayaan terhadap rezeki dalam kehidupan berkeluarga.

Rutin Jaga Rambut, Kunci Elak Gugur Teruk Lepas Bersalin
Selain berkongsi soal kehamilan, Intan turut menjawab pertanyaan tentang penjagaan rambut, isu yang sangat relatable bagi ibu.
Menurutnya, disiplin dalam rutin penjagaan adalah kunci utama.
“Alhamdulillah nak masuk 2 anak dah rambut masih tidak botak. Memang kena jaga sebab kalau tak jaga, gugur teruk.”
Malah, selepas bersalin anak pertama juga, rambutnya kekal sihat.
“Even masa lepas bersalin Lunara pun, tak gugur.”
Antara rutin yang diamalkan:
“Tips I just buat je semua routine yang betul. Makan hair vitamin (untuk bantu dari dalaman). I makan sugardoll punya hair vitamin sebab complete ada biotin semua, kena guna hair tonic, guna shampoo & conditioner yang betul. Hair mask tiap tiap minggu.”
Lebih menarik, Intan menegaskan keserasian produk sangat penting.
“I dah 2 tahun lebih guna sugardoll, memang tak nak tukar lain dah sebab ni je yang sesuai dengan I. Yang lain semua memang tak menjadi.”
Pengalamannya mencuba produk lain juga memberi pengajaran:
“Pernah try guna shampoo lain habis gatal scalp & gugur teruk. End up memang sugardoll jugak ok.”
3 Craving ‘Pelik ’

Setiap ibu pasti ada pengalaman ‘craving’, dan Intan berkongsi antara yang paling pelik pernah dialami ketika Intan Najuwa hamil anak kedua.
“Craving nak makan pencuci pinggan sunlight flavour lemon (sebab tempting bau lemon tu fresh sangat sampai rasa macam nak minum) HAHAHA tapi masih selamat belum pernah minum. Teringin je. So ambik bau je.”
Selain itu:
“Every hour kena cari bau kotak kasut baru atau bau leather kasut (memang gila every hour I duduk dalam bilik kasut).”
Dan satu lagi yang sangat relatable:
“Kunyah ice 24 jam sebab always nak gigit benda crunchy & sejuk.”
Namun, keadaan kesihatannya tetap baik.
“All good here! Did my check-up, no anemia, no low iron. Just craving crunchy, cold stuff non-stop.”
Ini menunjukkan bahawa craving semasa hamil adalah normal, selagi tidak memudaratkan. Pengalaman Intan Najuwa hamil anak kedua ini turut membuka perspektif bahawa setiap kehamilan adalah unik.
Realiti Ibu: Tak Sempurna, Tapi Penuh Kasih Sayang
Perkongsian Intan Najuwa ini cukup dekat dengan hati para ibu. Ia bukan sekadar kisah selebriti, tetapi realiti sebenar seorang wanita yang sedang melalui fasa kehamilan dengan jujur.
Dari menerima kehamilan tanpa perancangan, menjaga diri dengan disiplin, hingga berdepan perubahan fizikal dan emosi, semuanya dilalui dengan penuh kesyukuran.
Hakikatnya, seperti yang dikongsikan Intan, menjadi ibu bukan sekadar menyediakan keperluan, tetapi memberi cinta sepenuh hati. Kisah Intan Najuwa hamil anak kedua ini jelas memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.
Dan setiap ibu, dengan cara masing-masing sedang melakukan yang terbaik. Perjalanan Intan Najuwa hamil anak kedua ini membuktikan bahawa keibuan adalah satu perjalanan yang penuh cabaran, namun sangat bermakna.
Sumber: IG Story Intannajuwa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





