Benarlah apa orang cakap, apa sahaja perkataan yang dikeluarkan oleh mak ayah akan menjadi ikutan anak-anak kerana kitalah cerminan mereka. Maka berhati-hatilah dalam menuturkan perkataan.
Ada waktunya kita terlepas dari melakukan perkara kecil yang kita jangkakan tidak diikuti anak-anak. Perbaiki adab kita, perbaiki tutur kata.
Parenting Coach, Mohd Fhais Salim berkongsi 15 adab yang kita, tanpa kita perasan akan cepat ditiru anak-anak. Awas!
15 adab kita yang anak akan cepat tiru.
1 – Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 – Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 – Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
Ads
5 – Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 – Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 – Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
Ads
12 – Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, sebenarnya kita sedang untuk memahami sikap anak-anak yang berlainan. Lebih mencabar jika anak-anak menggunakan tangisan sebagai komunikasi, sebagai luahan perasaan.
Ada beberapa perkara yang anak-anak sangat perlukan daripada ibu ayah. Terkadang mereka tak tahu bagaimana nak meluahkan keinginan mereka agar ibu dan ayah memahami mereka. Mohd Fhais Parenting Influencer berkongsi 11 perkara yang anak perlukan dari ibu ayah yang boleh dijadikan panduan.
11 Perkara Yang Anak Perlukan Dari Mak Ayah
Anak kita tanggungjawab kita. Baik buruk anak kita, hanya kita sahaja yang boleh bentuk mereka. Ingat tu!
1 – Tunjuk jangan arah
Anak tak belajar dengan dengar arahan tetapi mereka belajar dengan melihat apa kita buat
2 – Manjakan mereka
Tak ada istilah anak tak boleh di manjakan, padahal itu la caranya nak connected dengan anak
3 – Tegas dan baik dalam mengajar
Ya, anak kalanya gelagat anak ni menguji kesabaran tapi jika kita tegas dan baik dalam mengajar anak pasti suka belajar
4 – Buat anak rasa selamat
Anak mahukan pelindung, bila anak rasa selamat baru la prestasi otak naik 100%
5 – Berbual bersama
Anak mahu mak ayah yang bukan sekadar boleh beri arahan tapi boleh mendengar juga
6 – Berhenti membanding
Setiap anak ni unik, ada kelemahan dan ada kelebihan masing masing. Raikan dan jangan banding banding
7 – Mahu bermain di luar
Walau banyak macam mana pun mainan di dalam rumah, anak tetap perlu main di luar
8 – Bab makanan jangan berkira
Anak nak membesar, makanan mesti la berkhasiat dan penuh nutrien untuk bantu perkembangan dia
9 – Empati
Ada kalanya anak nak mak ayah ada six sense boleh baca dan faham apa yang anak rasakan.
10 – Beri peluang
Kadang kala anak akan buat salah, selagi ia tak berbahaya beri peluang pada dia rasa salah. Supaya dia boleh belajar dan jadi lebih matang.
11 – Sentiasa sokong apa anak buat
Anak yang sentiasa bersemangat dan tak mudah putus asa adalah kerana adanya mak ayah yang sentiasa percaya pada kemampuan anak
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, namun impian untuk memiliki anak perempuan tetap menjadi misi buat pengacara, Fiza Frizzy dan suaminya.
Berkongsi kisah throwback kelahiran anak ketiganya yang merupakan seorang perempuan, akui Fiza, banyak usaha yang dilakukan untuk memiliki zuriat perempuan.
Menerusi Instagramnya, Fiza berkongsi kisah perjalanannya untuk memiliki, Fatma Zahra yang dinantikan sekian lama dalam keluarga kecil mereka.
“Punya la payah nak dapat babygirl ni, segala petua, Chinese calendar, makanan and minuman follow, tapi baru la sekarang merasa.
“Lepas ada 2 anak lelaki, 1 keguguran dan doa daripada kawan kawan. Sesiapa je yang upload story pi Makkah, Fiza dengan tak malunya minta kirimkan doa untuk dapat babygirl,” begitu kongsi Fiza.
Bahkan selepas dapat tahu dia mengandungkan bayi perempuan, dia dan suami mengalirkan airmata kerana begitu terharu.
Pun begitu, lain ragamnya berbanding anak lelaki, anak perempuannya, Fatima cukup dengan pelbagai ragam termasuklah asyik melekat 24 jam.
“Alhamdulillah, bila scan dapat tahu pregnant babygirl, Fiza VC husband and dua dua nangis tak keluar suara bersyukur sangat sangat. Inilah hasilnya Fatma Zahra Binti Mohd Fazli.
“Tapi, ada babygirl ni orang cakap senang jaga. Kenapa anak aku ni mulut bising? Asal letak je meragam? Kalau mandi tu suka tendang segala benda? Kuat menangis? Geram ye babygirl ni, memang tak sempat buat kerja. Masuk toilet pun ku angkut juga dukung.
“Yang ni, part pi beli groceries pun angkut juga si kecik. Selalu lepas hantar anak sulung pi play school, Fiza ada masa pendek je beli groceries.
“Agak agak kalau terserempak dengan Fiza tengah bawa anak pi mana mana tu, ingatlah, bukan Fiza nak hurung sangat semua anak tapi anak anak ku macam magnet dengan mama nya,” katanya lagi berkongsi cerita.
Menerusi entri yang sama juga, Fiza dilihat turut membawa ke mana sahaja anak perempuannya itu termasuklah mengendong ke pasaraya untuk membeli barangan rumah.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia Fiza turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut berkongsi pelbagai kisah anak perempuan yang hampir sama dengan Fiza.
Nak jadikan rutin anak dalam car seat tu memang struggle. Anak menangis, meronta itu perkara biasa, tapi percayalah bila dah jadi rutin anak pasti akan lebih selesa berada di dalam car seat. Malah ia juga lebih selamat untuk mereka.
Ia terbukti apabila banyak kes kemalangan yang melibatkan anak-anak yang berada di dalam car seat, mereka selamat. Tapi mesti ramai ibu ayah nak tahu kenapa anak-anak ‘benci’ dengan car seat, ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah Habib ini.
ANAK BENCI CAR SEAT…IBUBAPA TAK PERLU RISAU LAH
Soalan berkait anak menangis dalam car seat adalah antara soalan paling buat saya . Kerana, terlalu banyak kali sangat ia di tanyakan !
Senang cerita, bila bercakap soal car seat, bayi dan anak kecil terbahagi kepada 2:
Yang suka dan pasti terlelap setiap kali masuk kereta malah boleh tidur mencecah berjam-jam lamanya.
Yang benci , menjerit sekuat hati selama mungkin malah sukar dapat terlelap.
Hairan ke. Apa lah nak hairan…
Orang dewasa pun sama. Macam-macam perangai bila naik kereta.
Ada yang OK , ada yang mabuk.
Ada yang selamba boleh membaca buku di sepanjang perjalanan, ada yang nak baca mesej WhatsApp dalam kereta pun rasa nak muntah.
Ada yang tak sampai 5 minit masuk kereta dah terlelap, ada yang boleh berborak tak henti-henti di sepanjang perjalanan.
Lebih pelik, bila bercakap soal kenderaan ini:
Ada yang tak takut naik kereta, tapi cukup seram pula bila nak naik kapal terbang.
Ada yang mabuk laut, ada yang mabuk darat.
Ada yang berani tunggang basikal dan motorsikal, tapi tak berani nak pegang stereng kereta.
Itu semua bukti bahawa setiap dari kita ada penerimaan tersendiri dengan kenderaan.
dan..kita sendiri TAK TAHU APA PUNCANYA
YANG PASTI, YANG PASTI, YANG PASTI
ISU BENCI CAR SEAT IALAH ISU ON-OFF
Maksudnya:
Anak yang ‘elok’ suka car seat BOLEH SAJA tiba-tiba tak suka car seat
Ada masa anak OK , ada Masa anak TAK OK.
TIADA RESIPI tertentu untuk buat perangai tak suka car seat ini hilang selama-lamanya.
Mari ulang ayat ini sekali lagi:
TIADA RESIPI tertentu untuk buat perangai tak suka car seat ini hilang selama-lamanya
Ini soal penerimaan. Ia soal proses kebiasaan. Ini soal likes dan dislikes (perkara di sukai dan perkara tak di sukai)
Sama macam situasi:
…ha sudah faham
Keadaan sekejap OK sekejap TAK OK ini akan akhirnya hilang sendiri dengan pertambahan usia.
Jadi ibu tak usah harap ‘magik’ ya
Jadi MOHON ibubapa jangan tanya soalan-soalan:
Yang boleh di kongsi adalah tip sahaja.
Harap ibubapa faham maksud TIP: a piece of advice or information ( secebis nasihat). Berbaloi untuk di cuba namun bukan jaminan berkesan dan sesuai untuk semua.
Faktor anak benci car seat
Anak infant
Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis SENTIASA adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.
Misalnya: lapar, terlalu panas, terlalu sejuk, lampin kotor…
Maka checklist utama ibubapa bila anak infant menangis dalam car seatnya ialah: lapar? tak selesa? panas ? sejuk?
Ok..ok..boring…pasti ramai ibubapa tahu untuk check ini semua terlebih dahulu. Tapi, anak masih menangis, kenapa?
Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?
Anda tahu apa satu perkara tentang car seat yang buat anak infant ‘menyampah’?
Berbaring di tulang belakang Ya.
Semasa di dalam rahim, TIDAK PERNAH 1X PUN ANAK MANUSIA BERBARING DI TULANG BELAKANGNYA. Mereka ‘berlipat dua’ (fetal position) dan terapung sepanjang masa!
Namun bila lahir ke dunia, hampir separuh dari masa mereka perlu dihabiskan dengan berbaring di permukaan rata yang kaku.
Ini antara punca kenapa anak infant lebih mudah diam bila di angkat/peluk sambil bergerak/menari/berdodoi.
Berikut antara TIP bantu anak Infant selesa dalam car seat
Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu. Seperti anak sulung saya yang ‘giler’ Maher Zain. Dengar bunyi intro lagu saja sudah berhenti menangis. Saya memainkan CD Maher Zain pada setiap kali menaiki kereta. Selain saya naik jemu, saya juga sudah hafal semua lagu dari album pertama Maher Zain .
– Ada juga anak yang lebih suka suara sebenar manusia terutama suara ibubapanya. Seperti anak kedua saya yang akan tenang bila saya mula menyanyi. Ya, saya juga hafal hampir 20 nursery rhymes dan perlu menyanyi di sepanjang perjalanan sehingga dia benar lena.
Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.
‘Sedikit’ masalah di sini ialah :
1) Selalunya ia memerlukan ibu untuk mengangkat anak (keluar dari car seat) untuk menenangkan atau menyusukannya. Ini merbahaya bila di lakukan dalam keadaan kereta masih lagi bergerak.
2) Tidak semestinya bayi akan segera diam bila sudah di angkat ibu. Ini kerana teknik menenangkan yang betul di perlukan untuk membuat bayi infant tenang dengan pantas. Ingat, anak masih dalam fasa peralihan alam. Anak LEBIH KENAL cara ibu rahimnya tenangkannya berbanding ibu manusianya. Ramai ibu tidak menguasai teknik ini dan menyaksikan anak sukar/lambat dapat di tenangkan HATTA jika dia menangis bukan di dalam car seat pun.
Anak yang lebih berusia
Lihat betapa sakannya kedua-dua anak di dalam video ini menangis. Buat pengetahuan semua, ini adalah anak-anak rakan se universiti saya dahulu.
Biar saya petik sedikit cerita ibu kedua anak ini:
“Sometimes anak-anak ok duduk carseat, sometimes tak. Kadang-kadang, sorang nangis sorang tak. Hari ini berirama. Tapi bonda bertahan, 5 minit, lepas tu diaorang akan ok.
Hanis yang tak selalu keluar biasanya akan mula dari awal letak carseat smpi 15min kadang-kadang (menangis). Syaratnya, jangan bertentang mata. Mesti drama air mata bermula hehehe..
Kes hari ini, Hanis nangis start dari masuk carseat dari Bangi sampai tol Nilai baru calmdown. Hanan triggered by her sister. 5min sebelum sampai tol Nilai, baru mula. Lepas Hanis bertenang, 2 minit selepas tu hanan bertenang..”
….Saya fikir rakan saya ini layak mendapat pujian atas kemampuannya kekal tenang menghadapi bukan seorang, malah dua anak yang menangis serentak.
Pengalaman demi pengalaman berulang buat rakan saya ini lebih dari faham bahawa tangisan anaknya bukan tangisan urgent, lapar, cedera atau sakit. Ia tangisan nak minta keluar car seat namanya. Maka memang elok lah jika tak di turuti. Demi keselamatan.
Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam car seat:
Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat…
Tiada fahaman konsep sabar dan masa.
Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis.
Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep ‘What comes next’ . Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul (yang simple-simple, of course).
Misalnya, jika ibu mula merendahkan badan, pasti ia bermaksud saya akan di letak. Maka anak menangis untuk menghalang dari di letak, bukan kerana dia benci car seatnya. Jika bukan di car seat pun, anak yang dah explore konsep ‘What comes next’ tetap akan menangis tanda protes di letak hatta ke katil atau tilam.
Separation anxiety. Anak di usia 5-6 bulan telah mula faham konsep jarak. Bahawa ibunya dan dirinya ialah dua individu terpisah. Bahawa ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya.
Namun berapa jauh (jarak) dan berapa lama itu yang anak tak faham. Maka jika ibu bergerak hatta 3 langkah ke depan ia ibarat ibu sudah pergi ke China bagi anak. Samalah situasinya bila di dalam car seat. Cemaslah anak bila terpisah dari ibunya. Tak hilang cemasnya selagi tak di lekat ke badan ibu walau ibu duduk di sebelah car seatnya.
Manipulasi. Ya anak sudah bijak memanipulasi tangisannya seawal usia 9-10 bulan. Iaitu selepas terjadinya perkembangan mental bab kategori. Anak mula mengkelaskan setiap sesuatu dalam kumpulannya. Ia termasuk jenis emosi dan reaksi. Dia boleh menangis macam kena dera di satu waktu dan bertukar tersenyum sekelip mata.
Konsep kuasa. Jika anda ada anak berusia 13-14 bulan dan ke atas, anda pasti mula lihat anak anda sudah pandai ‘mengarah’. Misalnya mula pandai ambil kasutnya dan minta pakai kan sebagai tanda ajak jalan. Anak anda bukan lagi bayi kecil yang menurut saja perancangan anda. Anak anda kini manusia kecil yang sudah ada kemahuan untuk merancang perkara yang disukai nya. Ibarat baby bos. Sekarang anda tahu kenapa anak yang dulu ‘patuh’ saja duduk di car seatnya sekarang sudah pandai ‘melawan’?
Inilah puncanya kenapa pada awal artikel saya sebut , isu benci car seat ini isu ON OFF. Isu adaptasi seiring dengan perkembangan akal dan emosi anak.
Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.
Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan.
Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.
Jika ibu pilih (atau jika tiada pilihan) untuk teruskan perjalanan, juga silakan. Usah risau. Selama ibu masih cuba menenangkan anak dengan apa-apa cara misalnya menyanyi, bercakap, senyum pada anak, mengusap, memegang tangan anak…anak TIDAK STRESS NEGATIF walau dia tidak di angkat /tidak dapat di angkat dan enggan berhenti menangis.
Paling PENTING, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.