Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama mereka. Yalah, anak manja katakan. Kadang-kadang tu, sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah. Tak salah tidur dengan anak, tetapi biarlah ada had masanya.
Dengan membenarkan anak-anak untuk tidur bersama, sebenarnya boleh mengganggu kemesraan suami isteri. Sebenarnya bilik tidur adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isterinya.
Sumber foto: www.freepik.com
Akhtar Syamir, seorang penulis yang rajin berkongsi tentang tip keharmonian rumah tangga, berkongsi tentang hal ini di laman Facebooknya. Ikuti penjelasan ini;
TEMPAT TIDUR – RUANG PRIVASI SUAMI ISTERI
Tempat tidur. Sedar atau tidak, ibu-bapa yang terlalu menurut kemahuan anak untuk tidur bersama si ibu sebenarnya sedang menyumbang kepada keretakan perhubungan sesama pasangan.
Kesian, tak sampai hati, tak suka dengar anak melalak sebab tak nak tidur asing sentiasa menjadi alasan yang menyebabkan suami dan isteri tidur berasingan.
Tidur berasingan ini sangat tidak baik sebenarnya. Mungkin ramai yang rasa waktu tidur adalah waktu tidur sahaja. Tetapi tidak. Waktu tidur adalah waktu di mana suami dan isteri sepatutnya berada di dunianya yang tersendiri.
Sumber foto: www.freepik.com
Terasa kehangatan badan pasangan yang dicintai berada di sebelah. Segala sentuhan, pelukan, dakapan, urut-urutan dan usap-usapan menjadi sesuatu yang sangat bermakna dalam perhubungan.
BUKAN SOAL SEKS TAPI MASA PERIBADI BERSAMA
Berhentilah mencari sebab kenapa anda dan pasangan tidak lagi ada perasaan seperti dulu. Cuba tengok antara benda terpenting di dalam perkahwinan, iaitu di bilik tidur dahulu.
Ads
Saya bukan bercakap mengenai seks. Saya bercakap mengenai masa peribadi bersama. Di siang hari, masing-masing sibuk dengan kerja dan anak. Kenapa di malam hari jugak disibukkan dengan hal yang sama?
Kemudian, sesi “Pillow Talk” juga susah untuk dibuat. Takut anak terjaga.
SEAWAL USIA ANAK 2 TAHUN SUDAH BOLEH PISAH TIDUR
Pisahkan tempat tidur anak. Umur 2 tahun sepatutnya sudah boleh dipisahkan. Memang susah pada mulanya, saya faham. Tetapi benda ni memang penting untuk dilakukan. Jangan kita dibuli anak sendiri. Jangan pisahkan tempat tidur anda dan pasangan.
Sumber foto: www.freepik.com
Memang nampak macam selalunya suami akan mengalah. Tetapi anda sebenarnya dalam kerugian. Jangan pelik jika suami anda akan kurang berasa sayang apabila setiap hari tidak tidur bersama isterinya. Mereka terasa sebenarnya.
Ads
Saya harapkan, kepada pasangan yang sedang dibuli oleh anak ini dapat berubah. Kita ibu-bapa, kita yang mencorakkan anak. Jangan terus biarkan diri dibuli.
Pada umur berapakah anak anda mula tidur sendiri? Jom kongsikan cara anda pisahkan anak.
Ada benarnya perkongsian ini. Kadang-kadang waktu nak tidur lah masa paling sesuai untuk kita berkongsi segala hal dengan pasangan. Inilah waktu terbaik untuk saling berkongsi perasaan dan masalah yang ada. Perbincangan di dalam bilik tidur juga boleh dilakukan dalam suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
“Macam-macam yang isteri nak. Nak itulah, inilah” Selalu kita dengar ungkapan dan rungutan sebegini. Tak perlu merungut bila isteri nakkan sesuatu sebaliknya cubalah penuhi setakat yang mampu.
Menunaikan hajat dan permintaan isteri itu menenangkan suami dan hal ini turut diakui oleh seorang suami, The Faiz Ibrahim yang berkongsi kisah menarik.
Benar, tak salah memenuhi keinginan dan permintaan isteri kerana itu menenangkan.
Apa yang aku belajar dengan arwah abah aku, kalau isteri kita nak makan itu, nak pergi tempat tu, bawa je dia pergi selagi tak melampaui kemampuan.
Dulu aku pelik jugalah, setiap Sabtu dan Ahad, Abah rajin teman Mak pergi berurut lah, pergi cari laksa lah, pergi pasar malam lah walaupun aku tahu Abah tak suka pergi tempat-tempat macamtu.
Dan bila dah kahwin ni baru aku sedar, bila kita cuba penuhi apa yang isteri kita idamkan, hati kita akan automatik rasa tenang dan bahagia.
Macam isteri aku ni ha, dia mengidam nak makan ayam goreng, aku angkut dia terus pergi beli.
Sebab orang perempuan ni kalau dah cakap nak something melebihi 3 hari tu, maksudnya dia betul-betul nak dan benda tu boleh buat dia happy.
InshaaAllah bila kita gembirakan isteri kita, Allah jaga kita. Sesungguhnya kita tak tahu berapa lama Allah bagi isteri kita ini sebagai pinjaman.
Mak pesan, jangan pernah anggap isteri itu sebagai bebanan, tapi anggaplah sebagai anugerah, inshaaAllah kau akan rasa hidup kau Allah mudahkan.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Sesebuah pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain, suami dan isteri masing-masing mempunyai keperibadian yang tak sama. Cara dibesarkan dan didikan seseorang itu pula bergantung kepada ibu ayah mereka. Kebiasaannya, anak lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri. Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kepada melayan perasaan.
Di dalam sebuah videonya, Imam Muda (IM) Hassan ada berkongsi tentang cara suami isteri menangani sesuatu isu itu berbeza. Di dalam videonya itu, IM Hassan ada memberi contoh situasi:
Apabila anak lelaki bermain basikal dan terjatuh lalu ibu bapa akan menyuruhnya bangun dan berhenti menangis. Berbeza dengan anak perempuan, ibu bapa akan memujuk dan bertanya jika si anak sakit di mana-mana.
Itulah yang membentuk perwatakan anak lelaki dan anak perempuan sehingga dewasa. Apabila sudah berkahwin, cara mereka menangani sesebuah masalah tak sama dan cara bercakap juga berbeza.
Suami menyelesaikan masalah manakala si isteri lebih suka melayan perasaan. Seperti contoh situasi yang diberikan oleh IM Hassan, apabila seorang wanita itu mendapati rakan di pejabatnya memakai pakaian yang sama dengannya, dia akan bercerita hal itu dengan kawan yang lain untuk meluahkan perasaannya. Hal ini boleh berlanjutan sehingga ke petang.
Apabila pulang ke rumah, si isteri akan bercerita hal yang sama kepada suami. Tidak sampai 10 saat, suami akan menyarankan agar si isteri tidak perlu memakai pakaian itu lagi. Mudah! Sebenarnya isteri suka bercerita sekadar untuk melayan perasaan dan apabila suami mendengarnya, dia akan mencari penyelesaian untuk situasi itu.
Tonton video ini:
Di dalam video tersebut, IM Hassan turut menasihatkan agar si suami dengarkan luahan isteri kerana itu yang mereka mahu. Beri kepuasan kepada mereka dengan menjadi pendengar yang baik dan kemudian baharulah dicadangkan penyelesaian yang tepat untuk si isteri. Dalam rumah tangga, paling penting untuk suami isteri saling memahami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali menerima kejutan pastinya saat yang paling indah dalam hidup seorang isteri. Bagi pelakon, Mawar Rashid, kejutan dari suaminya Raf Yaakob ketika sambutan hari lahirnya pada April lalu terindah buat dirinya.
Berkongsi momen ketika sambutan hari lahir itu, akui Mawar, itulah sambutan hari lahir yang membuatkan hatinya tersentuh dan mengalirkan airmata.
Bukan hanya suami yang membuat kejutan menyewa bungalow untuk meraikannya, bahkan turut disertai kawan-kawan rapat.
Tak cukup dengan kek dan belon, tambah terharu kata Mawar, dia turut menerima hadiah mewah dari kawan-kawannya.
“Kali pertama menangis ketika menyambut hari jadi. Suami sewa bungalow dan siap sewa tukang masak wagyu, kawan-kawan bawakkan baloon.
“Lepastu semua bagi hadiah mahal-mahal bagi kat Mawar. First time kawan-kawan spend beribu untuk hari jadi,” kata Mawar berkongsi.
Akui ibu anak tiga ini lagi, hidupnya sejak kecil memang tersangatlah simple. Bila sambutan hari lahir, dia biasanya hanya menyambutnya di rumah sahaja bersama keluarga.
“Segan pula sebab tak pernah. Mawar ni sangat simple, kalau birthday, potong cake kat rumah with family pun dah happy.
“Memang dah terbiasa dari kecil potong cake je kalau birthday. Sebab tu appreciate sangat bila dapat hadiah time birthday.
“Terima kasih hubby love & my bff semua. Terharu yang teramat sampai tak dapat menahan air mata. Love you guys.
“Birthday saya bulan April, baru ada kesempatan untuk mengepost,” tulis Mawar lagi.
Jelas terpancar kebahagiaan Mawar bila diraikan suami dan kawan-kawan. Semoga yang terbaik buat kesemuanya.
Baru-baru ni, Fattah Amin sempat buat satu sesi live santai bersama keluarganya. Pada awalnya, ramai yang sangka ia cuma sesi biasa artis berkongsi masa...