Tak ada idea nak sediakan menu untuk anak, apa kata mama cuba buat sendiri apam mekar unicorn yang sangat lembut dan gebu. Bahan yang digunakan juga sangat senang dan mudah nak dapat di kedai.

Hanya perlu kukus je. Dalam tempoh tak sampai 5 minit dah boleh siap. Apa yang penting anak-anak pun teruja nak makan sebab warnanya yang menarik dan boleh ubah suai kemanisan ikut citarasa masing-masing.

Apam Gebu Unicorn Favourite Anak. Kukus 4 Minit Baru Betul-Betul Mekar!

Berikut perkongsian resipi dari Puan Ain Kamis yang boleh dicuba dan buat sama-sama dengan anak.

Apam unicorn aka apam mekar kembang setaman tanpa menggunakan minuman soda

Bahan-bahan :

1) 4biji telur gred A
2) 500gram tepung gandum
3) 400gram fresh milk sejuk (dari peti ais)
4) 360gram gula pasir
5) 1sudu besar ovalete
6) sedikit esen vanilla

IKLAN

Apam Gebu Unicorn Favourite Anak. Kukus 4 Minit Baru Betul-Betul Mekar!

Cara-cara :

1) campur kesemua bahan diatas dan pukul hingga betul-betul kembang gebus gebas & fluffy. 5 minit awal,, guna lower speed, selepas itu guna high speed sampai adunan betul2 kembang.

2) bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna yang disukai.. Letak sedikit sahaja pewarna, Sebab apam ni sesuai dengan warna yang soft gitu.

IKLAN

3) Isikan adunan sehingga penuh dalam cup untuk dapatkan effect mekar yang cantik

Apam Gebu Unicorn Favourite Anak. Kukus 4 Minit Baru Betul-Betul Mekar!

4) panaskan air kukusan dengan api yang besar. Biar sampai betul-betul mendidih. Penutup balut dengan kain untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan. Diingatkan guna api yang besar dan kuat untuk dapatkan mekar yang sebegitu

IKLAN

5) masa memasak kena set betul-betul. Hanya kukus selama 4minit sahaja.. Lebih dari tu memang terus kuncup la apam kau bila penutup dibuka.

6) susun acuan secara berjarak. Ni pun untuk effect mekar juga.. Biar wap air naik molek ke atas.

Apam Gebu Unicorn Favourite Anak. Kukus 4 Minit Baru Betul-Betul Mekar!

So simple,, tapi mencabar.. Kalau tak menjadi jangan salahkan resepi ye. Haha

Nota penting : pukul adunan kena betul-betul kembang & timing mengukus kena jaga betul-betul untuk apam yang sentiasa mekar.

Kredit: Ain Kamis

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI