Kalau anak-anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali balik ke rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga yang bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya itu kita yang kena belajar.
Bina suasana yang lebih bahagia di rumah dengan 5 cara ni.
✅ Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.
Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri.
Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.
✅ Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain.
Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza.
Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.
Ads
✅ Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.
✅ Mengugut anak tu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
❌ “Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”
✅ Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
Ads
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni kuat berlakon. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, ucaplah Alhamdulillah dan terima kasih. Aminkan kata-kata mereka moga jadi kenyataan.
Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sungguh.
Kanak-kanak kadangkala akan berkelakuan buruk mengikut emosinya. Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka, “time-out’’ perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6 taktik hukum anak dengan “time-out’’.
Cara Hukum Anak Dengan “Time Out”;
#1. Pilih tempoh dan tempat yang sesuai
Salah satu daripada aspek yang paling penting dalam “time-out’’ adalah tempat yang sesuai. Anda perlu memastikan tempat tersebut adalah masih dalam jangkauan pemerhatian anda dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh mengganggu seperti rakan-rakan atau adik-beradik anak anda, televisyen atau permainan. Anda boleh memilih tempat yang membosankan seperti penjuru dinding. Selepas menentukan tempat, putuskan pula bagaimana anda mahu hukum anak anda.
Anda disarankan meluangkan masa selama 1 minit untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan berikutnya. Jika tempohnya terlalu pendek, “time-out’’ ekstra adalah diperlukan dan tempohnya adalah separuh daripada tempoh asal.
#2. Ajar anak anda mengenai deskripsi “time-out’’
Ketika anda dan anak anda sedang berada dalam mood yang baik, ajar mereka mengenai “time-out’’. Tunjukkan mereka tempatnya dan terangkan mengapa mereka perlu melaluinya. Biarkan mereka tahu kesilapan spesifik yang mana akan menyebabkan mereka dihukum. Anda boleh gunakan contoh seperti memukul rakan-rakan, mencarut dan menjerit sebagai kelakuan yang boleh mengakibatkan “time-out’’.
#3. Tegas dengan hukuman “time-out’’
Jika anak anda mula berkelakuan buruk, hukum anak anda dan disiplinkan mereka sesegera mungkin. Jangan sesekali bertangguh. “Time-out’’ adalah lebih berkesan jika ia dilakukan pada waktu itu juga selepas mereka melakukan kesalahan. Kanak-kanak masih belum mempunyai memori yang kuat. Oleh itu mereka akan cepat lupa dan keliru tentangnya jika anda bertangguh.
Jika anda berada di luar rumah jika anak anda berkelakuan buruk, ada alternatifnya. Anda boleh menyuruh mereka melakukan “time-out’’ di penjuru dinding pasar raya atau di kerusi taman rekreasi.
#4. Kawal kemarahan anak anda
Tujuan “time-out’’ dilakukan adalah untuk memastikan mereka kekal tenang dan dapat mengawal diri. Jadi, sebagai ibu bapa anda sendiri perlu mengawal mood anda. Jangan sesekali marah, kritik atau memukul mereka.
Cuma jelaskan pada mereka mengenai kesalahan mereka dalam nada suara yang tenang dan minta mereka melakukan “time-out’’. Kemudian, jelaskan pada mereka mengenai kesalahan yang mereka lakukan selepas tamat hukuman.
#5. Kekal konsisten
Ada juga kanak-kanak yang berdegil tidak mahu melakukan “time-out’’. Mereka cenderung untuk meninggalkan tempatnya, menangis atau menyorok. Jika mereka berkelakuan sebegini, anda perlu lebih teliti memerhatikan mereka dan pastikan mereka tidak berganjak sepanjang hukuman dijalankan. Setiap kali mereka cuba melarikan diri, mula semula hukuman tersebut. Dengan melakukan ini, anak anda tidak akan beranggapan hukuman ini boleh diambil ringan.
#6. Maafkan anak anda
Selepas tamat tempoh “time-out’’, terangkan kepada anak anda mengenai kesalahan mereka dan keperluan hukuman dijalankan. Kemudian, tanya perasaan dan pemikiran mereka terhadapnya. Puji mereka kerana mampu menghabiskan “time-out’’ tersebut. Paling penting, maafkan mereka dan teruskan hari anda seperti biasa.
Ingat kalau stres jangan dekati anak dulu! Tahukah anda sekiranya anda stres, anak anda juga akan terkena stres? Mungkin anda terkejut dengan kenyataan ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Bayangkan anda bekerja seharian. Buat presentation. Dikutuk dan ditolak. Anda tertekan. Anda dapat rasakan takat stres anda meningkat.
Debaran di dada tinggi. Leher terasa sakit. Begitu juga bahu. Waktu pulang tiba. Anda pandu kereta. Fikiran melayang.
Ingatkan peristiwa pembentangan tadi. Tiba-tiba terdengar bunyi hon. Bunyi tayar dibrek mengejut.
Anda tersedar dari lamunan dan terus tekan brek. Darah berderau. Dada berdebar. Bibir jadi kering denga tiba-tiba.
Astaghfirullahal Adzim. Anda lurut dada. Hampir terlanggar kereta hadapan. Anda terus memandu. Sampai ke tempat asuhan anak anda.
Anda bergegas keluar ambil anak. Dia senyum lihat anda. Tetapi sekejap sahaja. Anak anda tiba tiba moody. Merengek.
Aku dah letih ni. Dia buat perangai pula. Mungkin ini bisikan di hati anda.
Anak akan stres bila ibu bapa stres!
Kenapa tiba-tiba anak anda berubah? Dia juga stres. Dia dapat rasai perubahan. Jawapannya ada pada kajian yang dilakukan di University of California San Francisco. Prof Wendy Mendes jemput 69 ibu dan anak. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kesemua mereka dipakaikan sensor semak degupan jantung. Sampel air liur diambil untuk kesan hormon stres – kortisol.
Anak-anak mereka ditinggalkan dengan penjaga di bilik permainan. Anak-anak gembira bermain. Ibu ibu juga bahagia lihat anak gembira.
Untuk ibu pula mereka punya tugasan. Keduanya perlu sediakan ucapan 15 minit.
Grup A perlukan bentangkan seorang diri. Tiada penonton. Hanya dinding. Grup B perlu bentangkan pada 4 orang panel.
Sewaktu pembentangan mereka ditugaskan beri response negatif seperti geleng kepala, buat buat terkejut, beliakkan mata seolah tidak percaya dan bercakap sesama sendir.
Mudahnya tugas panel ialah streskan pembentang. Bayangkan sekiranya anda adalah pembentang itu.
Usai pembentangan kedua kumpulan disatukan kembali dengan anak masing masing.
Ibu dari Grup A dan anak mereka keduanya santai dan tiada tanda stres dari sensor serta sampel air liur. Grup B sebaliknya. Anak mereka asalnya tiada stres.
Tetapi selepas ditemukan, sensor debaran jantung tunjukkan seolah mereka juga stres seperti ibu mereka.
Air liur mereka juga tunjukkan kehadiran kortisol. Tanda mereka juga stres seperti ibu mereka.
Point dari kajian ini mudah. Sekiranya stres, turunkan kadar stres anda. Berhenti di mana mana dahulu. Buatlah teknik mindfulness atau ketara sedar. Ia mampu redakan tahap stres anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mood ibu happy, pasti hari tersebut anak-anak pun rasa best. Kalau dari pagi ibu dah rasa stres, aura negatif ibu pasti akan dibawa sehingga ke malam.
Sebab itu menjaga mood ibu ini bukan boleh dibuat main-main. Ia bukan isu remeh kerana impaknya besar dalam keharmonian sesebuah keluarga.
Bagi memastikan semua dalam keadaan baik-baik saja, ibu perlu dapatkan rehat dan tidur yang cukup serta sokongan suami serta orang sekeliling penting.
Untuk membantu kaum ibu mendapat mood yang baik setiap hari, Puan Noraliza Alwi yang juga ibu kepada empat cahaya mata berkongsi mengenainya.
Saya ada 4 cara nak set mood best setiap hari:
1. Pagi-pagi cari matahari. 2. Grounding maksudnya pijak tanah dan tengok benda-benda hijau 3. Makan buah awal pagi. 4. Peluk cium anak & pasangan pagi-pagi.
Ramai dah tahu pun matahari sumber Vitamin D. Dapat matahari masa siang bantu kita tidur lena malam hari. Tidur cukup buat kita bangun pagi rasa best. Matahari pun sebagai anti stress semulajadi.
Keduanya..Grounding daan tengok alam ni ‘natural healing’. Pijak tanah, tengok pokok-pokok hijau, bunga warna-warni yang cantik-cantik. Sangat membantu stimulate hormon best dan buat kita bertenaga dan happy.
Ketiga – Makan buah awal pagi boost vitamin and mikronutrient yang dah deplete masa kita tidur. So bila first thing in the morning dah makan buah, badan cepat serap dan buat kita rasa freshen up.
Paling best dan senang, buat yang no 4 tu. Instantly feel bahagia kan. More or less ni rutin saya. Ada kalanya tak dapat buat semua pagi. Ganti masa petang.