Apam Nasi Susu Mudah Sedia, Perap Sekejap Terus Kukus, Memang Mantap!

Share

Sebut sahaja apam pasti kita sudah terbayangkan keenakannya setiap kali disalut dengan kelapa kukus. Sedapnya bukan main-main, lembut dan cukup gebu.

Nak buat apam mudah? Cikgu masakan yang cukup popular di media sosial, Azlina Ina Fans berkongsi resipi mudah. Memang gebu lain macam!

Bahan-bahan:
Nasi sejuk 1 cawan
Susu segar atau full cream 1 cawan 1/2
Gula 1 cawan

Tambah kan ke dalam
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 peket yis kering
Blender halus ya

Blender sampai hancur nasi sejuk, segar dan gula hingga hancur.

Kemudian tambahkan kesemua bahan lain dan tuangkan ke dalam bekas. Tutup dengan kain lembap.

Biarkan sekejap selama 1 jam.

Panaskan kukusan sambil tu adunan tadi dah naik.

Kembang ceduk bahagi dua letak colour kesukaan korang.

Sapu minyak pada loyang dan lepas tu tuang kat loyang. Biarkan sekejap dalam 10 minit baru nanti gebu ok dan boleh kukus 30-35 minit api sederhana.

Tak perlu tutup plastik masa kukus. Gebu gitew. Jangan cuba-cuba bukak atau intai-intai dia.

Dah siap sejukkan dan makanlah dengan kelapa parut kukus yang digaul dengan garam dan gula.

Menarik: Jemput-Jemput Dengan Inti Durian, Elok Bulat-Bulat Comel, Bukan Main Sedap Lagi

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN