Anak-anak kalau menu simple tapi berjaya tarik perhatiannya memang suka sangat. Bagi mama yang ada kerajinan sikit, apa kata cuba buat apam susu ni. Pasti anak-anak suka kerana comel dan gebu.

Letak pula inti kegemaran anak-anak seperti jem strawbery, bluebery, coklat atau apa saja ikut kesukaan anak, berebut mereka makan.

Resipi ni taklah susah kerana kukus sekejap dah boleh hidangkan. Kalau nak buat jamuan pun, elok sangat kerana mesti ramai peminatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Dapur Kak Zura ni boleh dicuba.

Asalnya nak buat apam polkadot dot2.. Last-last tak jadi. Tu buat corak macam pelangi. Adalah sikit-sikit macam jalur-jalur pelangi walaupun tak seberapa. Alhamdulillah anak-anak suka sebab meriah dengan warna warni. Letak pula filling strawberry, sedap gebu.

Apam Pelangi Comel Berinti. Buat Kecil-Kecil, Kukus 10 Minit Siap!APAM POLKADOT PELANGI

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(ayak bersama)
3 biji telur gred A – dari peti sejuk
1 cawan gula kastor
1 sudu besar ovallete
3/4 cawan susu segar/susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Filling strawberry/blueberry atau apa saja ikut citarasa
Pewarna – ikut suka

IKLAN

Cara-cara:

👉🏻Mixer telur.. gula & ovallete dgn kelajuan maxima hingga kembang & menjadi warna putih

👉🏻Masukkan tepung gandum berselang seli dgn susu segar/cair.. sambung mix paling minima hingga sebati

Apam Pelangi Comel Berinti. Buat Kecil-Kecil, Kukus 10 Minit Siap!

IKLAN

👉🏻Masuk esen vanilla.. mix sekejap bagi semuanya sebati

👉🏻Bahagi & warnakan adunan.. yang plain biar lebih.. setiap warna pelangi tu ambil 1 senduk je.. warnakan.. masuk dalam piping bag

👉🏻Isi papercup dlm acuan kuih lompang.. picit/tekan yang plain sedikit.. paipkan filling kemudian tutup semula dengan paip yang plain

Apam Pelangi Comel Berinti. Buat Kecil-Kecil, Kukus 10 Minit Siap!

IKLAN

👉🏻 Permukaan atas picitkan sikit-sikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Buat sehingga habis

Apam Pelangi Comel Berinti. Buat Kecil-Kecil, Kukus 10 Minit Siap!

👉🏻Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukus api sederhana besar selama 10 – 12 minit.

Kredit Resipi: Dapur Kak Zura

**Teringin nak shopping barangan pada harga istimewa, klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI